
Perasan kan beberapa hari sebelum haid, kita asyik rasa nak makan saja walau pun sebenarnya baru lepas makan.
Biasanya kita teringin makan hidangan yang manis-manis. Memang bahaya untuk yang sedang diet tapi apa nak buat ia adalah keadaan normal pada tubuh wanita menjelang waktu haid tiba.
Puncanya
Nafsu makan yang menjadi-jadi sebelum waktu haid ini berpunca dari penurunan kadar hormon estrogen dalam tubuh wanita.
Inilah yang menyebabkan perut cepat berasa lapar dan nafsu makan meningkat walaupun sebenarnya sudah makan. Menurut satu kajian, kebiasaannya sebelum mengalami haid wanita inginkan makanan manis dan tinggi kalori.
Tapi bukan saja cepat berasa lapar, penurunan hormon ini turut memberi kesan kepada emosi wanita yang menyebabkan kita semakin sensitif, mudah rasa penat dan berasa kurang menarik.
Memandangkan nafsu makan meningkat sebelum haid maka disarankan mengambil empat makanan ini ketika mulut terasa mahu mengunyah.
1. Buah-buahan
2. Roti gandum
3. Kekacang
4. Yogurt
Makanan ini dikatakan tidak akan menyebabkan kegemukan walaupun diambil dalam jumlah banyak.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Pesakit Diabetes Wajib Tahu 6 Tip Doktor Ini Sebelum Makan Nasi Untuk Kawal Gula

Umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes menolak makan nasi untuk elakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.
Tapi menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri dalam Facebooknya berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.
1.Elak makan nasi yang dimasak lembik
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.
2. Simpan nasi pada suhu sejuk
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.
3. Elak makan nasi daripada beras hancur
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.
4. Makan nasi dengan sayur
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
5. Pilih nasi goreng berbanding nasi putih
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan nasi goreng berbanding nasi putih.
6. Elak makan bubur
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.
Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur. Tapi kalau anda pesakit diabetes, elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.
Sumber: facebook Dr Suri Roowi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

Ramai kaum wanita mengalami masalah rahim seperti cyst, fibroid dan endometriosis tapi malangnya tidak menyedarinya.
Simptom penyakit seperti pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap diabaikan sehinggalah ia menjadi serius malah sehingga ada yang terpaksa dibuang rahim.
Sebelum berlaku perkara sebegini eloklah perkara ini ia dicegah dari awal. Menurut Dr Hamid Arshat, ada beberapa tips pemakanan yang yang boleh dipraktikkan buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis yang mana boleh pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Berpunca dari hormon estrogen berlebihan

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.
Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.
- Buah delima
- Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih
- Minyak zaiton
- Cendawan
- Anggur merah
- Oats
- Teh hijau
- Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis
- Kacang almond, walnut, peanuts, gajus
- Bawang merah


Perlu ambil suplemen
- Bawang merah
- Kunyit
- Spirulina, chorella
- Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad
- Minyak kelapa dara
- Bawang putih
- Kucai dan saleri
- Berries – blueberries, black currant.
- Maca
- Fax seeds
- Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi
Selain dari senarai makanan yang dicadangkan ini, kaum wanita juga disarankan supaya mengambil suplemen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.
Sumber: Sinar, Dr Hamid Arshat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Awas Bengkak Tak Surut Pada Leher, Demam, Letih & Berat Badan Turun! Boleh Jadi Petanda Kanser Limfoma

Apabila penyanyi Elyana mendedahkan dia merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat ramai yang tertanya-tanya tentang penyakit ini.
Untuk pengetahuan, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian anak ahli kumpulan Unic sebelum ini. Bazli kehilangan anaknya Mohd Syahid Jun lalu selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit ini.
Menyedari ramai yang ingin mengetahui tentang kanser limfoma ini Dr Rafidah Abdullah yang juga Pakar Perunding Perubatan memberi penjelasan dengan bahasa yang ringkas tentang penyakit ini.
Malah beliau juga memberi saranan penting kepada pesakit kanser limfoma ini agar tidak sembarangan membuat rawatan.

Kalau bengkak di leher lama, elok jumpa doktor
Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis; rawatan dan prognosis juga tidak sama.
Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL; gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.
Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu.
Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.

Bekerjsama dengan pengamal perubatan bukan founder!
Saya mohon sangat-sangat supaya artis kita bekerja sama dengan pengamal perubatan, bukan dengan founder produk apa-apa pun. Ya, kami tahu, menghadapi penyakit kanser / barah apa jenis sekalipun bukan senang.
Kami tahu; ya memahami memang tidak. Tapi bincang lah dengan kami. TALK TO US! Beri kami pemahaman tersebut.
Lepas itu, elok benar lah founder produk ambil kesempatan pulak. Yang TV pulak, teruskan lah kan mengambil revenue dari orang macam ini. Etika perubatan, pada saya langsung tidak dihiraukan disini.
Dah lah tau pun tidak apa limfoma tu; tup tup kata produk dia bagus dan boleh diambil. Yang produk-produk lain beri harapan pesakit macam ini dah kenapa? Cukup-cukup lah, jangan menipu.
Kami merayu anda yang ada penyakit apa-apa terutamanya kanser, tolong lah jumpa Doktor.
JANGAN ambil apa-apa produk. Ia bukan hanya TAK JALAN; malah ada yang membuat penyakit anda semakin teruk. Kami tak sanggup golongan ini membanjiri Zon Merah, Jabatan Kecemasan. Pada masa tersebut, sudah terlambat untuk kami buat apa-apa.
Menyesal kemudian, tiada gunanya.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan
Sumber: Rafidah Abdullah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

