Berapa ramai pun anak tapi bagi seorang wanita setiap kehamilan itu berbeza dan ada cerita tersendiri. Demikian juga kisahnya buat pelakon Indonesia yang popular di Malaysia Oki Setiana Dewi.
Beliau telah pun selamat melahirkan bayi lelaki baru-baru ini yang diberi nama Ibrahim Muhamad Abdullah. Menyambut kelahiran anak lelaki yang ditunggu, Oki telah berkongsi tujuh catatan tentang kehamilannya kali yang berbeza.
Catatan yang indah namun dalam masa yang sama sebak kerana dia sebenarnya cukup mengidamkan kelahiran secara normal namun tidak berkemampuan untuk merasainya.
Tapi aturan itu sesungguhnya adalah yang terbaik, Oki diberi kelebihan dan rezeki lain pada kehamilan ini. Tiada alahan, diberi peluang menyambung pengajian dua kali dengan biasiswa, malah sempat menunaikan haji ketika sarat. Ini antara perkara indah yang dilalui selama kehamilan.
okisetianadewi STORY 1
Setiap kehamilan memiliki ceritanya sendiri-sendiri. kehamilan ini berbeda dari sebelumnya.. seingat saya, saya hanya muntah 2-3 kali saja pada kehamilan ini. mengandungnya menyenangkan. saya berterbangan kemana saja sampai usia kehamilan 32 minggu.
Ads
okisetianadewi STORY 2
Pada saat mengandungnya, saya mendapatkan 2 biasiswa untuk mempelajari Islam di Australia dan Jerman untuk menjalankan studi singkat. Allah izinkan saya menjelajah bumi Andalusia dalam proyek pembangunan masjid di Seville, hingga pergi haji ke Baitullah.
okisetianadewi STORY 3
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, saya betul-betul membatasi kegiatan. saya hanya pergi kuliah sambil menyelesaikan tulisan saya untuk sebuah buku. serta menghadiri beberapa kegiatan yang saya anggap sangat penting. salah satunya : Palestina. banyak waktu dihabiskan bersama kakak maryam dan kakak khadeejah. mengajak mereka berdua bercengkrama dan merasakan tendangan sang adik.
okisetianadewi STORY 4
Hal yang tak pernah saya lupakan dan saya tau merupakan mustajab nya doa adalah meminta doa dari para jemaah pengajian/ dalam majelis ilmu serta doa dari santri penghafal quran @maskanulhuffadz. doa-doa mereka mustajab. selain doa dari para orangtua dan guru tentunya.
okisetianadewi STORY 5
Tiba saatnya melahirkan. sungguh saya ingin menjalani persalinan normal sejak kehamilan pertama. saya begitu sedih saat dokter menyatakan sy harus menjalani oprasi caesar saat itu karena sy mengalami simpisis pubis disfungsi yg membuat saya tak bisa menggerakkan kaki. hingga qodarullah sampai persalinan ketiga pun harus menjalankan operasi caesar.
Ads
okisetianadewi STORY 6
Saya tak ingin kelelahan seperti kehamilan kedua yg lalu. saat persalianan khadeejah, hemoglobin saya yang hanya 9 membuat saya sangat lemah saat menjalankan oprasi dan merasa sulit sekali bernafas. kehamilan ketiga ini saya betul2 menjaga agar keadaan fisik saya baik.
Ditangani semua dokter perempuan (dokter kandungan, dokter anak, dokter anastesi) dan perawat-perawat perempuan , ditemani alunan murottal syeikh mishari rashid favorit saya serta genggaman tangan yg erat dari suami, persalinan pun berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah!
okisetianadewi STORY 7 @ibrahimmuhammadabdullah
Alhamdulillah,telah lahir anak ke 3 kami , Ibrahim Muhammad Abdullah, pada hari Senin ,18 Desember 2017 pkl 6.20 pagi dengan panjang 51cm dan berat 3,7 kg.
Semoga anak ini diberkahi dan dikaruniakan kebaikkan olehNya. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.” (QS. Huud: 75). yang berbahagia, Ory Vitrio Abdullah dan Oki Setiana Dewi.
Ekoran daripada pelbagai kontroversi tanpa henti membabitkan dirinya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan perasaannya di instagram.
Banyak ujian hidup termasuk disleksia
saya boleh gila.. saya juga manusia biasa ada perasaan dan hati… sy rasa sunyi…rindu dgn mak,abah,isteri jadi sy pergi tenangkan diri di rumah kl saya…kadang kala say pelik..smuaa org salahkan saya..hidup seorang usahwan yg bernama aliff syukri ni mmg terlalu byk sgt ujian dari dulu sbb saya bodoh tak ada pelajaran dan penyakit deleksia
Bila naik, semua nak menjatuhkan
Dlm bisnes ni kita tak lari dr masalah tax,kastam, pensijilan, kroni politik, PR, saman menyaman, masalah pengguna dan bayangkan sy seorg budak tiada pelajaran nak handle smua ni???sy mengalami dugaan dr awal sy bisnes tiada siapa tolong dan bila dah naik smua org cuba menjatuhkan dari berbagai sudut…
Saya perlu kuat urus 7 bisnes serentak
kalau anda lihat saya skrg, yg indah hanya di luaran di dlm hanya isteri, keluarga dan team kerja sy seramai 500staff bayangkan mcm mana nak strugle kan bisnes kalau sy tak kuat.. sy hanya tidur 2-3jam sekali utk handle 7bisnes serentak bkn shaja dherbs kosmetik jee yg anda lihat.. tpi sy buat byk lagi bisnes mcm @sugeh.resort @romahmakanterlajaklaris (5cawangan kedai makan) @aliff_syukri (jenama tudung dan textile saya) @palacealiffsyukri (kedai perabot dan perhiasan rumah) dewan kahwin dan event @dpinanglaris @as.beautymalaysia bisnes sistem line ..kejayaan tnpa batasan .. mantee saya utk sy didik dlm bsines)
Saya pilih untuk mengalah
bagi saya cara utk memudahkan semua org yg sy pilih mengalah sebb sy tahu, tidak akan selamanya berada di atas, akan berada di bwh jua, tapi smpi bila saya terus di buat begitu dan mengalah, kecaman sy halusi satu persatu dan teliti utk pembaikan, tapi yg heran nya cuba lihat video2 kontroversi lebih byk view drpd video2 produk2 yg saya jual sedangkan beribu produk sy promote tipi kenapa tidak di hebahkn, berjuta saya memberi zakat, buatkan surau, dan apa kabaikan yg saya buat tidak pernah di kongsikan atau viral??..tapi xpe la saya tahu ini mungkin dugaan saya… kerja saya dan itulah punca rezeki saya dan saya yakin Allah sayang saya sbb tu dia menguji hambaya yg kerdil ini..
Netizen puji makan semeja dengan pembantu rumah
Di samping itu, ada satu posting instagram Aliff Syukri yang menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen memujinya kerana tidak segan silu makan semeja bersama pembantu rumah atau selalunya dipanggil bibik di negara ini.
Walaupun bergelar jutawan, namun beliau tidak menjarakkan hubungan. Netizen menganggap inilah salah satu sebab mengapa Aliff Syukri tetap murah rezeki.
Selalu bila bekerja barulah kita daftar jadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tapi rupanya untuk jadi ahli ini tak perlu tunggu bekerja pun boleh.
Seawal usia 14 tahun dan boleh mendaftar jadi ahli untuk buat simpanan. Lagi awal menyimpan lagi banyak tabungan, selain itu dapat juga dividen dan insentif lain.
Perkara ini dikongsi oleh Mo Ameen yang telah mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menjadi ahli KWSP. Berikut dalam perkongsian beliau.
Seawal 14 tahun pun boleh jadi ahli KWSP rupanya
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam. Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna. Sekian!
INFO: Duit simpanan ini boleh dikeluarkan lebih awal tapi ikut jenis pengeluaran yang dibenarkan seperti pendidikan, kesihatan, beli rumah dari akaun 2.
Selepas namanya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018, penyanyi Shila Amzah yang turut cipta nama di China sekali lagi mengharumkan nama negara.
Terbaru Shila Amah merangkul dua anugerah di negara Tembok Besar itu. Penyanyi ini berkongsi perkara tersebut di dalam instagramnya kelmarin.
Shila menerima Anugerah Most Popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste dalam satu majlis yang diadakan di Zhengzhou.
Berkongsi kegembiraan ibunya Fauziah Sarman turut membuat naik ucapan tahniah kepada anaknya yang juga sekali gus hadiah hari lahir istimewa untuk Shila yang akan menyambut ulang tahun ke 28 13 Ogos nanti.
“Congratulations kakak. Awards yang ke berapa Mak tak ingat ☺️. Kakak sentiasa menjadi kebanggaan kami. Pada mak ni antara hadiah terbaik sempena hari jadi kakak yang ke 28 tahun pada 13Ogos ni..Alhamdulillah. Love you so much. 1. Most popular South East Asian Artiste, 2. Hottest International Artiste.”
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...