8 Kegunaan Lain Pad & Panty Liner Yang Ramai Tak Tahu

694

 

 

Sejak ia dicipta pada abad ke 4 pad, panty liner atau tuala wanita ini cuma ada satu kegunaannya iaitu ketika kaum wanita datang period.

Material yang digunakan untuk tuala wanita ini memang direka untuk tujuan tersebut iaitu untuk menyerap dan menyimpan cecair dalam masa yang sama bahagian atasnya kekal kering dan lembut.

Tapi disebabkan fungsi itu pad dan panty liner ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan lain.

1. Pewangi drawer

Boleh digunakan untuk mewangikan almari atau drawer. Titis atau sembur pewangi kegemaran anda pada panty liner dan letak dalam drawer di antara lipatan baju.

2. Elak kaki melecet


Petua yang kita selalu guna selepas beli kasut baru adalah dengan menggigitnya terlebih dahulu sebelum kasut menggigit kaki kita. Tak tahulah apa rasionalnya.

Tapi lepas ni boleh tukar petua, gunting panty liner dalam ukuran kecil seperti plaster kemudian tampal pada bahagian kasut yang menyebabkan masalah melecet.

3. Hindari kasut jadi licin

Selalu bila pakai kasut tinggi yang ketat kaki akan mula berpeluh dan bahagian dalam kasut jadi licin dek peluh. Untuk elakkan situasi ini, boleh letakkan panty liner dalam kasut untuk menyerap lembapan dan rasa kering.

4. Kasut tak berbau

Bila kaki dah berpeluh, mulalah kasut berbau terutama bila pakai kasut bertutup penuh. Agar kasut jenis ini terhindar dari bau yang tak menyenangkan, alaskan panty liner pada bahagian dalam kasut. Gam yang pada panty liner akan memastikan kekal di situ pada masa yang sama menyerap lembapan peluh dari kaki.

5. Tampal pada dawai bra yang terkeluar

Selalu terjadi dawai bra terkeluar hingga menyakitkan. Lagi sakit hati, itulah bra favorite kita. Lepas ni jangan terus buang, ambil panty liner potong dan tampal pada bahagian dawai bra yang terkeluar tu. Kemudian bolehlah pakai.

6.  Tiada lagi kesan peluh pada baju

Ada jenis orang yang jenis cepat berpeluh. Tapi paling segan bila peluh banyak bahagian ketiak. Part yang tak bestnya, peluh ini jugak akan tinggalkan kesan.

Jadi untuk elak ketiak basah dan tinggalkan kesan kuning, letakkan panty liner pada bahagian ketiak baju. Ia akan menyerap peluh tapi janganlah pakai pada baju warna putih. Nampak pulak.

7. Tampal luka/ bandage

Kalau terluka dan berdarah tapi takde plaster buat sementara boleh gunakan panty liner. Potong ikut ukuran luka dan tampal bahagian yang lembut pada tempat berdarah.

8. Pelindung kaca mata

Kalau tak mahu kaca mata tercalar bila kita simpan dalam sarung kaca mata jenis kain eloklah alas dengan panty liner. Dalam pada itu, panty liner ini boleh juga dibuat pengelap kaca mata. Tapi tapi tak perlulah gosok depan orang ramai ya.

 

Sumber: Brightside.me

 

 

 

Tinggalkan Komen