Bila semua duduk rumah waktu PKP ini kita pun buntu fikirkan menu untuk dimasak. Termasuklah waktu pagi. Kalau nak mudah kita buat saja hidangan roti macam dikongsi oleh Nora Yusof.
Ada lapan cara masak roti yang sedap. Selain pagi, petang pun boleh hidang roti ni.
1.Roti telur sardin
Sardin (letak sos sardin sikit, hancurkan isi ikan sardin)+ bawang + cili+ telur+ susu(segar/cair, tak letak pun tak apa). Campur garam + pepper kemudian pukul rata. Salut dgn roti dan goreng(pan fried).
2. Roti telur madu
Telur + susu(segar/cair, tak letak pun tak apa)+ garam + pepper. Pukul rata,salut roti dan goreng(pan fried). Tuang madu di atasnya.
3.Roti telur gula aising
Ads
Telur + susu (segar/cair, tak letak pun tak apa)+ garam + pepper. Pukul rata, salut roti goreng (pan fried),ayakkan gula aising di atasnya.
4.Roti bawang putih (Garlic bread)
Mentega/ marjerin + bawang putih yang dicincang + mix dried herbs/daun parsley segar yang dicincang. Gaul rata semuma bahan,sapu atas roti dan bakar.
5.Roti piza
Sosej (apa saja filling yg disukai isi ayam, daging burger, chicken ham dan lain-lain) + bell pepper 3 warna (atau apa saja jenis sayuran disukai contoh mushroom, broccoli).
Ads
Campur bawang dipotong bulat(jika suka) + sos pasta tomato based+mozzarella cheese (atau boleh pakai cheese keping) + dried oregano (kalau ada) + butter/ marjerin.
Sapu butter/marjerin, ratakan sos, susun bahan-bahan, tabur cheese dan dried oregano dan bakar.
6.Roti telur cheese
Telur + garam + pepper + susu(segar/cair) + cheddar cheese keping + nak letak cheese lain pun boleh + butter/marjerin. Sapu butter/marjerin, letak cheese kepilkan dengan roti, salut roti dengan telur dan goreng
7. Roti pisang madu dan peanut butter
Ads
Peanut butter + pisang + madu + butter/marjerin. Sapu butter/merjerin, letak peanut butter,susun pisang, tuang madu dan bakar.
8.Roti telur goyang
Telur + butter/marjerin + kicap + pepper. Bakar roti, sapu butter/marjerin, buat telur setengah masak (atau buat poached egg). Letak dgn cermat atas telur, letak kicap dan pepper.
Semua resipi roti ini bahannya tiada sukata, boleh letak ikut cita rasa.
Kita biasa tanam nenas daripada sulur atau jambulnya. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya kita juga boleh tanam nenas melalui biji benih.
Dan paling menarik, dari sebiji nenas boleh menghasilkan 50 benih nenas. Info menarik ini dikongsi oleh Mahadzir Hashim.
Rupanya sebiji nenas boleh hasil 50 lagi benih nenas
Tahu kah anda sebiji nenas boleh menghasilkan 50 lagi benih nenas? Sebenarnya tiap mata nenas adalah benih nenas.
Caranya
1. Untuk menghasilkan benihnya anda perlu keluarkan biji nenas dari mata nenas.
2. Letak biji nenas atas tisu basah dalam bekas plastik dengan penutup dan letak bekas di tempat agak gelap selama 5-6 hari.
3. Selepas tumbuh anak tunas, pindahkan ke tapak semaian. Pokok nenas perlukan tanah poros dan tidak menakungi air. Sebagai nisbah boleh gunakan 2 bahagian pasir, 1 bahagian tanah dan 1 bahagian organik. Campur sebatikan tanah. Anak semaian ini perlukan siraman pagi dan petang.
4. Selepas 2-3 bulan benih dah cukup matang untuk dipindahkan ke kebun. Pengawasan kurang diperlukan kerana nenas biasanya kurang makhluk perosak . Siraman di perlukan sekali sehari dan pembajaan sebulan sekali.
5. Nenas akan matang selepas 10 bulan dan akan mula berbuah.
6. Buah nenas akan cukup matang untuk dipetik selepas 3 bulan.
Ramai yang gemar makan pisang dan kebiasaannya buah ini akan sentiasa ada saja di rumah.
Tapi jadi masalahnya buah pisang ini tak tahan lama. Cepat jadi lembik dan busuk.
Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Korang suka makan pisang boleh praktikkan 5 petua simpan pisang agar tidak cepat lebam dan busuk.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epas akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Kuih lapis ini ramai peminatnya, budak-budak pun suka. Boleh makan waktu pagi dan juga petang.
Nampak macam remeh nak buat tapi sebenarnya mudah saja, nak lagi senang ikut sukatan cawan. Gerenti jadi.
Boleh ikut resipi ini yang dikongsi oleh Shameema Ahamed ini, katanya sudah banyak kali membuat kuih ini guna resipi yang sama dan ia tak pernah mengecewakan.
Buat kuih lapis guna sukatan cawan lagi mudah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula (nak lebih manis tambah 1/4 cawan lagi ke dalam adunan)
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1/2 cawan susu cair (saya guna santan cair)
3 cawan air
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat
1. Mula-mula, panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara itu sapukan sedikit minyak pada loyang.
2. Satukan santan, susu cair, air, gula dan garam. Kacau perlahan-lahan sampai larut.
3. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan ke dalam bancuhan santan tadi. Kacau sebati kemudian tapis ke dalam bekas lain.
4. Bahagikan adunan yang ditapis kepada 2 atau 3 bahagian ikut warna yang mahu digunakan. Bahagikan sama rata. Boleh guna senduk.
5. Kemudian titiskan warna pada adunan yang dah dibahagikan tadi.
6. Dah boleh mula kukus, letak loyang ke dalam pengukus dan tuang adunan untuk lapisan pertama. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain supaya air tak menitis.
7. Kukus selama 5 minit setiap lapisan, guna api yang kuat. Kemudian boleh buat lapisan kedua dan seterusnya.
8. Untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit. Kukus sekejap selama 15 minit.
9. Sejukkan sebelum dipotong. Potong guna pisau plastik.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...