Antara kebahagiaan menyambut Syawal adalah kerana persaudaraan akan jadi makin erat. Sebulan Syawal maka sebulan jugalah kita akan menerima tetamu dalam berkunjung ke rumah.

Makib besar famili makin ramailah yang datang berkunjung. Itu belum masuk lagi rakan taulan. Memang riuh rumah terutama seminggu beraya di kampung.

Dan kalau diperhatikan, tetamu-tetamu yang datang ke rumah ini akan ada perangai tersendiri. Ini antara tetamu yang korang akan hadap sepanjang raya ni.

1) Geng Selfie

Geng selfie tidak akan melepaskan peluang berselfie di setiap rumah yang dikunjungi. Lokasi kegemaran termasuk di meja makan, hadapan kuih, hadapan rumah, hadapan kereta dan di sudut menarik rumah.

IKLAN

2) Geng Menyantap

Geng jenis ni tidak peduli apa yang terjadi. Biasanya mereka sering dilihat berulang alik ke meja makan untuk merasai setiap hidangan. Mereka jarang menyentuh kuih raya kecuali beberapa jenis biskut atau kerepek kegemaran. Mereka inilah juga suspek utama yang sering komplen akan pertambahan berat badan sejurus selepas masuk ke kenderaan untuk menuju ke rumah seterusnya.

3) Geng Dapur

Biasanya terdiri daripada ‘mak-mak dara’ dan dibantu oleh beberapa anak dara kategori rajin atau ‘perempuan melayu terakhir’. Geng inilah yang bertanggungjawab memastikan makanan tersedia untuk tetamu, kuih-muih sentiasa ada di dalam balang dan pinggan mangkuk tidak putus.

4) Geng TV

Stesen TV berebut-rebut menyiarkan pelbagai rancangan menarik di hari raya. Filem-filem baru dan tidak kurang juga dengan sekuel telefilem serta drama popular turut ditayangkan. Geng TV kebiasaannya telah mengenal pasti rancangan yang ingin ditontoni lebih awal bagi membantu mereka merancang perjalanan raya. Jika terpaksa keluar beraya, mereka tidak segan silu meminta izin tuan rumah untuk menukar rancangan TV pilihan mereka.

IKLAN
Selain itu:  Sebenarnya Kembar Tapi Seorang Gugur, Selepas Miliki 4 Anak Syurga, Akhirnya Adam Corrie Dakap Zuriat Pertama

5) Geng Sembang

Hari rayalah waktu terbaik untuk bertemu rakan taulan dan sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa. Mulalah satu demi satu cerita dikongsi. Recap segala cerita setahun. Niat asal hendak singgah beraya dua jam, akhirnya sehingga lima ke enam jam belum selesai, daripada waktu Zuhur masuk ke Maghriblah jawabnya. Gaya bersembang seperti langsung tidak berhubung, hakikatnya setiap hari sibuk bergosip di ruangan Whatsapp dan WeChat.

6) Geng Kutip Duit Raya

Geng kanak-kanak atau lebih tepat mereka yang masih bersekolah. Geng ini akan pastikan mereka berada berhampiran tetamu terutama ketika tetamu hampir pulang. Rugi jika terlepas peluang keemasan setahun sekali. Lagipun, rasa tercabar jika bilangan duit raya yang berjaya dikumpulkan kurang daripada adik beradik atau sepupu sepapat yang lain.

7) Geng Melaram

Bukan sahaja anak dara, mak dara juga tidak ketinggalan. Persediaan awal telah dilakukan termasuk membeli busana indah secara online ataupun di butik terkemuka. Menggayakan tudung berjenama ataupun keluaran selebriti tempatan. YouTube dijadikan rujukan untuk mempelajari teknik solekan terbaik. Mereka sanggup berhabis beribu ringgit untuk tampil menawan di hari raya.

IKLAN

8) Geng Kera Sumbang

Geng ini hanyut dengan dunia mereka sendiri. Mereka kebiasaanya dilihat beraya bersama gajet masing-masing. Sebahagiannya tersenyum sendiri dan tidak kurang juga yang ralit bermain games online.

Geng ini hanya muncul untuk bersalaman dengan saudara mara sebelum mencari posisi terbaik di mana-mana sudut rumah untuk terus hanyut dengan dunia maya mereka. Cukup-cukuplah tu dengan gajet, sekali sekali bercakap dengan tetamu secara face to face, berkenal-kenalan dengan rakan baru atau paling kurang pun, bantu geng dapur… Bukankah itu lebih baik?

Selain itu:  Step By Step Lengkap Cara Masak Rendang Ayam. Confirm Menjadi & Sedap!

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI