Bersungguh-sungguh diet tapi bila timbang angka makin naik atau tak berubah. Frust sungguh. Tapi jangan terus putus asa, mungkin juga angka sebegitu sebab kita salah cara menggunakan alat penimbang.
Nak timbang bukan boleh letak dua kaki atas penimbang ya. Kalau tak betul anda akan terus menerus kecewa dengan keputusan angka yang tertera. Ini adalah antara 8 kesalahan yang biasa kit buat sewaktu menimbang berat badan.
1. Timbang sebelum tidur
Waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah waktu pagi selepas bangun tidur sebelum sarapan. Jangan timbang pada waktu malam terutama sekali selepas makan kerana itu adalah waktu berat badan paling maksimum. Anda mungkin menangis melihat angkanya. .
Ads
2. Timbang setiap hari
Kalau ya pun nak kurus cepat tak perlu timbang setiap hari ya. Ia hanya akan menambah tekanan bila lihat hanya sedikit perubahan. Anda juga yang down. Disarankan timbang berat seminggu sekali.
3. Guna penimbang berbeza
Minggu ni timbang kat rumah, minggu depan di pejabat kemudian di rumah kawan pula. Ini salah. Kena guna satu penimbang saja untuk dapat kesan yang konsisten.
4. Beli yang murah
Nak pakai lama jadi eloklah beli yang elok sikit. Penimbang yang murah kebiasaannya kurang tepat bacaannya. Sebaiknya beli jenis digital supaya dapat bacaan yang tepat.
Ads
5. Pakaian tebal
Baju dan seluar yang tebal akan mempengaruhi angka berat badan. Jadi seeloknya timbang menggunakan pakaian paling nipis tanpa kasut.
6. Letak di atas karpet
Akibatnya penimbang tak rata dan akhirnya bacaannya pun tepat. Anda dapat bezakan bacaan jika penimbang di permukaan lantai yang rata dan kukuh berbanding atas permukaan tidak seimbang.
Ads
7. Timbang tapi tak ukur
Selain daripada timbang berat badan, kena juga ukur perut, lengan, peha dan pinggu. Ada masa bila bersenam berat tak turun malah naik. Tapi sebenarnya badan makin mantap sebab lemak dan jadi otot.
8. Timbang ketika haid
Bagi kaum wanita, menimbang ketika haid tidak disarankan kerana adanya gangguan hormon yang mungkin akan mempengaruhi berat badan.
Ada masa kita rasa tak nak makan nasi dengan lauk yang heavy- heavy macam gulai, masak lemak atau sambal. Tekak nak makan lauk yang simple-simple saja.
Kalau tiba selera yang macam ini, lauk ikan rebus sambal picit memang sesuai sangat. Tak perlu nak goreng atau kisar bahan bagai.
Rebus dan picit-picit saja dalam mangkuk, dah siap. Tapi awas ya gabungan lauk macam inilah yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Lauk ini juga lengkap ya, ada ikan, sayur dan sambal sekali. Memang cukup khasiat.
Cara buat lauk ikan rebus sambal picit
Cara buat ikan rebus
– Sediakan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
– Dalam periuk masukkan ikan bersama dengan asam keping dan garam.
– Rebus hingga mendidih dan ikan masak. Jangan masuk ingat bila air mendidih ya, nanti ikan hancur.
Cara buat sambal picit
– Sediakan 20 biji atau lebih cili api kampung hijau dan merah bersama dengan satu sudu besar belacan (bakar dahulu), 1 sudu besar asam jawa, garam dan gula.
– Satukan semua bahan ini dalam mangkuk
– Picit cili padi sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air masak.
– Bila cili dan hancur dan bahan lain dan sebati, perah limau kasturi 2 biji. Gaul sebati.
Cara celur pucuk ubi
– Masukkan ulam pucuk ubi dalam periuk berisi air. Tambah garam dan halia serta letak minyak satu sudu. Celur pucuk ubi dan tos.
Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
Cara sediakan pati kurma homemade
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah balik ke kampung untuk beraya dalam tempoh lama. Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.
Modal cuma plastik & getah
Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
Caranya:
1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...