Tanam ubi kayu selain untuk menikmati ubinya, kita juga akan memetik pucuknya untuk dibuat hidangan.
Pucuk ubi ini enak direbus, dibuat gulai mahupun digoreng. Kalau lebih berminat menanam ubi kayu untuk mendapatkan pucuk, boleh ikut cara penanaman ubi kayu dalam pasu seperti yang dikongsi oleh Iskandar Ab. Rashid.
Cara tanam ubi kayu untuk tuaian pucuk
Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam. Kalau pucuknya direbus, cicah budu…. Tiada kata dapat membayangkan keenakannya. Jika nak tanam untuk pucuk boleh menggunakan pasu. Caranya adalah seperti berikut;
1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
Ads
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
Ads
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.
8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
Ads
9. Letak ditempat teduh. Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.
Kebanyakan kita pasti ada pengalaman jari tertusuk selumbar atau duri halus yang susah dikeluarkan. Kecil saja pun tapi sakit.
Jika dibiarkan boleh bengkak. Dek kerana saiznya yang kecil dan melekat pada kulit ia mungkin susah dikeluarkan menggunakan pengepit kuku.
Sebenarnya ada cara mudah tanpa sakit yang boleh kita praktikkan untuk mengeluarkan duri atau selumbar ini. Tak perlu cungkil, atau pengepit kuku pun. Dengan teknik ini duri halus akan keluar sendiri. Panduannya diberikan oleh Rose Ramli.
Petua mudah keluarkan duri atau selumbar tertusuk pada jari
Petua yang baik kena kongsi. Baru-baru ini sewaktu menanam tiba tiba jari terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.
Selepas 2 ke 3 hari, jari dah mula bengkak sakit. Saya pun cari di YouTube cara untuk keluargkan duri/selumbar. Ini caranya;
1. Ambil semangkuk air suam dan campur dengan garam. Letak 3 sudu kecil (KFC) kemudian rendam jari. Sambil-sambil tengok TV.
2. Lebih kurang 30 minit keluarkan jari dan picit bahagian tertusuk duri selumbar. Bila picit, duri terus meluncur keluar, langsung tak sakit. Sebelum ini saya memang ada picit untuk keluarkan namun berjaya dan sakit pulak tu.
Kalau tanam pokok melalui keratan sebaiknya guna hormon penggalak akar ini. Barulah akar cepat tumbuh dan benih cepat naik.
Hormon penggalak akar ini selain boleh dibeli di nurseri kita juga boleh buat sendiri. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan bawang merah saja.
DIY hormon penggalak akar organik guna bawang merah
Bahan-bahan:
Bawang merah
Air
Cara-cara:
Kupas bawang merah. Kisar bawang merah mengunakan blender bersama 10ml air. Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam besen bersama 1 liter air. Kacau sebati.
2. Tapis bahan kisar tadi menngunakan tapisan untuk mendapatkan ekstak jus bawang. Air disimpan dan hampas bawang bolehlah dibuang.
3. Simpan ke dalam bekas atau botol mineral. Sedia untuk digunakan bila-bila masa.
Cara penggunaan
Cantas atau potong batang pokok yang mahu ditanam contohnya pokok bunga kertas.
2. Campurkan 200ml hormon penggalak akar dari jus ekstrak bawang merah dengan 1 liter dalam satu bekas. Kacau sebati.
3. Rendamkan batang yang ingin di tanam selama 3 jam.
4. Seterusnya tanam batang ke dalam pasu atau polibeg sehingga berakar.
Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu ditanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.
Ramai yang tanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Hidup memang hidup tapi yang membezakan ialah antara serai hidup subur dan gemuk atau pun kurus saja.
Jika ada menanam serai dalam pasu berikut ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan supaya serai gemuk dan subur merimbun.
1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).
2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.
3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.
Foto: Ardi Tani4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.
5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.
6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.