Perkongsian daripada seorang jurugambar Ayul Rahman sejak semalam mencetuskan simpati netizen di laman sosial bila beliau menceritakan pengalamannya bertugas dalam satu majlis akad nikah yang suasananya cukup berbeza.
Menurut Ayul beliau diminta merakamkan gambar untuk majlis akad nikah yang diadakan di sebuah hospital di hadapan bapa pengantin lelaki yang sedang sakit tenat.
Diadakan di wad dalam keadaan sedih namun pasangan pengantin selamat dinikahkan demi menyempurnakan hajat si bapa.
Bagaimana pun ujar Ayul berita duka menyusul bila tak lama majlis selesai, dia dimaklum bahawa bapa pengantin lelaki menghembuskan nafas terakhir.
Ads
Kisah ini dikongsi Ayul dalam laman sosialnya hingga menarik perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan simpati mereka.
“Hari ni merupakan sejarah bagi aku selama 7 tahun dalam industri photography.
Last minute dapat inquiry untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.
All the way event aku tak dapat tahan air mata. Sebak gila.
Ads
Right after majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak. a few minutes after that, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
a bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah. Salam takziah dari Dreamy Weds Company.
Demikian tulis Ayul yang turut menyertakan beberapa foto dari majlis berkenaan yang diiringi air mata.
Selepas penyanyi Elyana mendedahkan tentang penyakit kanser yang dihadapi terbaru ada khabar yang menyatakan pelakon muda Ardell Aryana turut berdepan penyakit yang serius.
Meski berita tersebut tidak keluar dari mulut pelakon itu sendiri tapi perkara itu diungkap oleh teman rapatnya iaitu Nadzmi Adhwa selepas dia memuat naik status di instagram berserta kapsyen panjang lebar mengenai kesihatan Ardell. Sejak itu netizen mula berteka-teki mengenai tahap kesihatan pelakon tersebut.
“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.
“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.
Pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang penyakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin. Kapsyen pada video yang dimuat naik itu hanya menyebut Ardell bakal menjalani rawatan terapi.
Memetik dalam laporan Sinar Harian daripada ruangan komen netizen pada status Nadzmi itu dikatakan Ardell sedang berdepan dengan penyakit kanser tahap 3.
Dalam laporan Astro Awani, Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon telah gagal.
Pertanyaan melalui WhatsApp pun tidak berjawab selepas Nadzmi menjawab salam. Terkini, ruangan komen di status instagram video tersebut telah ditutup.
Dalam pada itu status Ardell di instagram sendiri menggambarkan dia sedang berdepan dugaan besar dan menyakin dirinya akan tidak menyerah kalah.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini mula mengeluarkan Pasport Baharu Malaysia yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi keselamatan dan reka bentuk. Dokumen perjalanan terkini ini bukan sahaja menampilkan wajah lebih moden, malah dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang lebih canggih bagi mengurangkan risiko pemalsuan.
Penambahbaikan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pasport Malaysia kekal memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa, selain meningkatkan keyakinan negara luar terhadap ketulenan dokumen perjalanan rakyat Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa Pasport Baharu Malaysia kini dilengkapi dengan sebanyak 94 ciri keselamatan terkini.
Menurut beliau, penambahbaikan ini dibuat bagi memperkukuh perlindungan terhadap dokumen perjalanan rakyat Malaysia serta memastikan ia terus mematuhi standard keselamatan antarabangsa yang sentiasa dipertingkatkan.
Dengan penggunaan teknologi yang lebih moden, pasport ini dijangka mampu mengurangkan risiko pemalsuan identiti, penyalahgunaan dokumen rasmi dan cubaan penipuan rentas sempadan.
Selain ciri keselamatan yang dipertingkatkan, Pasport Baharu Malaysia turut tampil dengan reka bentuk yang lebih segar dan moden.
Setiap helaian pasport dihiasi elemen grafik yang mengetengahkan identiti negara seperti flora, fauna dan mercu tanda ikonik Malaysia. Rekaan ini bukan sahaja memperindahkan dokumen tersebut, malah membawa imej Malaysia setiap kali digunakan ketika berada di luar negara.
Gabungan elemen keselamatan dan nilai estetika menjadikan pasport baharu ini lebih berkualiti serta setanding dengan dokumen perjalanan negara maju.
Salah satu pembaharuan utama ialah penggunaan teknologi keselamatan canggih pada halaman biodata serta setiap helaian pasport.
Teknologi ini direka bagi meningkatkan tahap ketulenan dokumen, sekali gus menjadikannya lebih sukar untuk dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Langkah tersebut mencerminkan komitmen Jabatan Imigresen Malaysia dalam memastikan pasport negara terus dipercayai, selamat digunakan dan diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.
Walaupun Pasport Baharu Malaysia sudah mula dikeluarkan, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada.
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan bahawa semua pasport lama yang masih berada dalam tempoh sah boleh terus digunakan sehingga tarikh tamat tempohnya.
Proses permohonan baharu dan pembaharuan pasport juga kekal seperti biasa di semua pejabat imigresen serta melalui platform dalam talian yang disediakan oleh jabatan tersebut.
Pengenalan Pasport Baharu Malaysia membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara seiring perkembangan teknologi semasa.
Usaha ini bukan sahaja memberi perlindungan lebih baik kepada rakyat Malaysia, malah membantu mengekalkan reputasi pasport Malaysia sebagai antara dokumen perjalanan yang mempunyai tahap keselamatan tinggi di peringkat antarabangsa.
Dengan gabungan 94 ciri keselamatan baharu, reka bentuk moden dan teknologi perlindungan yang lebih canggih, pasport ini dijangka mampu memenuhi keperluan keselamatan global untuk tempoh yang lebih panjang.
Kisah kematian si kecil Adam Rayqal sememangnya membekas di jiwa kita semua. Lebih lebih lagi buat yang bergelar ibu.
Tak dapat diterima dek akal buat kita bila bayi yang maut akibat kecederaan di kepala itu mayatnya disumbat di dalam peti sejuk oleh si pengasuh.
Tapi sedar tak sedar, bila timbul kes kematian bayi di rumah pengasuh ini sering kali akan ada bait-bait ayat seperti ‘sebab itu saya sanggup bekerja, jaga anak sendiri.’
Ungkapan dari kaum ibu juga tapi sebenarnya cukup mengguris jiwa ibu lain yang bekerja. Perkara inilah yang diluah oleh Meera Naser dalam catatannya di Facebook semalam.
Tanpa disangka catatannya yang meminta supaya berhenti membandingkan ibu bekerja dengan ibu tak bekerja ini dapat perhatian ramai terutama kaum hawa.
Mendapat lebih 15 ribu perkongsian di laman sosial, pandangan Meera nyata dipersetujui ramai kaum ibu.
“Bila ada kes anak kecil meninggal di bawah jagaan pengasuh, mulalah keluar ayat-ayat nak bangga diri “sebab tu sy sanggup berhenti kerja pentingkan nyawa anak” , seolah yang terus bekerja ni tak pikir nyawa siapa-siapa.
Tolonglah, ubah ayat kita, semua tu mengguris hati tau tak, semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak, kalau ikut hati siapa je yang nak kerja?
Banyak bidang memerlukan wanita harini, terutama di labour room, bila tak banyak doctor perempuan, kita juga yang complain, demand, tapi tak sedar ke kita wanita-wanita tulah antara yang tinggal anak setiap hari pada pengasuh.
Hentikanlah banding membanding tu. Jagalah hati-hati kebanyakan ibu yang turut tidak senang hati takkala memikirkan anak mereka bersama pengasuh sekarang ini.
Sama-sama kita harap selepas ini, lebih banyak sektor dan syarikat yang boleh sediakan NURSERY KHAS buat kakitangan pekerja, insyaAllah kesan positif akan banyak terhasil dengan adanya nusrsery sebegini.”
Dalam pada itu Meera turut memuat naik luahannya di instagram berkenaan isu yang sama.
Pada VK sendiri tak perlulah kita membandingkan ibu bekerja dengan ibu suri rumah tangga yang dapat menjaga anak sendiri. Itu semua rezeki masing-masing, begitu juga kematian sudah ditetapkan Yang Maha Esa. Ada saja bayi yang maut di rumah ketika di jaga ibu sendiri.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.