Dalam kebanyakan situasi, usia 15 tahun masih sinonim dengan kehidupan di bangku sekolah menengah. Namun bagi Puteri Nur Azzahra, anak sulung kepada pengarah filem terkenal Aziz M Osman dan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman, perjalanan akademiknya melangkah jauh lebih pantas daripada kebiasaan.
Remaja yang lebih dikenali sebagai Ara Aziz itu mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai pelajar termuda yang mendaftar di Manipal University College Malaysia (MUCM), Melaka bagi sesi pengambilan tahun ini.
Menurut laporan Berita Harian, Ara dijadual memulakan pengajian dalam program asasi di universiti berkenaan pada 23 Julai, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan pendidikannya pada usia yang masih muda.
Pencapaian itu bukan berlaku secara kebetulan. Ia hadir hasil perkembangan akademik yang luar biasa apabila Ara sebelum ini berjaya menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan memperoleh sijil O Level tahun lalu.
Laluan Akademik Yang Lebih Pantas
Menurut ibunya, Ara akan mengikuti program asasi selama setahun sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.
Lily berkata, sebaik sahaja memperoleh keputusan O Level, anaknya tidak menunggu lama untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Lepas menduduki peperiksaan IGCSE tahun lalu dan memperoleh sijil O Level, Ara terus menyambung pengajian di peringkat asasi. Insya-Allah, tahun depan dia akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah,” katanya kepada Berita Harian.
Lebih menarik, Ara bukan sekadar menyasarkan satu kelulusan akademik.
Ads
Menurut Lily, anaknya turut menyimpan impian besar untuk memiliki dua ijazah, walaupun perancangan tersebut masih berada dalam fasa jangka panjang.
“Ara juga memasang impian untuk mengambil dua ijazah, namun itu masih perancangan jangka panjang. Buat masa ini, kami mahu dia menamatkan pengajian asasi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai bidang yang akan dipilih,” katanya.
Walaupun usianya jauh lebih muda berbanding kebanyakan pelajar universiti, keluarga memilih untuk memberi tumpuan kepada perkembangan akademiknya secara berperingkat tanpa terlalu tergesa-gesa membuat keputusan.
Minat Dalam Bidang Perubatan
Sejak awal lagi, Ara dilaporkan menunjukkan kecenderungan terhadap bidang perubatan.
Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana syarat kemasukan program perubatan menetapkan calon perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Menurut Lily, keadaan itu menyebabkan anaknya memilih bidang lain terlebih dahulu sebelum kembali mengejar cita-cita asal apabila tiba masanya.
“Dia cenderung dalam bidang perubatan, tetapi syarat kemasukan memerlukan pelajar berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Disebabkan belum cukup umur, Ara akan meneruskan pengajian dalam bidang lain terlebih dahulu.”
Ads
Beliau berkata, bidang yang bakal dipilih nanti akan ditentukan menerusi perbincangan bersama pensyarah serta pihak universiti agar keputusan yang dibuat benar-benar bersesuaian dengan potensi dan minat Ara.
Sudah Biasa Belajar Bersama Pelajar Lebih Berusia
Walaupun bakal bergelar pelajar universiti pada usia 15 tahun, faktor umur bukanlah sesuatu yang terlalu membimbangkan buat keluarganya.
Ini kerana Ara sudah biasa mengikuti pembelajaran bersama pelajar yang lebih berusia selepas beberapa kali melangkau tahap persekolahan ketika mengikuti sistem IGCSE.
Menurut Lily, sepanjang pengajiannya sebelum ini, Ara tidak belajar bersama rakan sebaya, sebaliknya berada dalam kelas yang dihuni pelajar lebih tua.
Pengalaman itu secara tidak langsung membantu dirinya menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang lebih matang serta mencabar.
Keupayaan menyesuaikan diri inilah yang memberi keyakinan kepada keluarga bahawa Ara mampu mengharungi kehidupan sebagai pelajar universiti walaupun usianya masih muda.
Di sebalik kejayaan tersebut, Lily mengakui dirinya tetap melalui perasaan bercampur baur sebagai seorang ibu.
Beliau berasa bangga melihat pencapaian anaknya, namun pada masa sama tetap menyimpan kebimbangan memandangkan perjalanan akademik Ara masih panjang.
“Sebagai seorang ibu, saya sememangnya bangga melihat kejayaannya. Namun pada masa yang sama, saya tetap berasa risau kerana perjalanan yang perlu dilaluinya masih panjang.”
Menurut Lily, keluarga sebenarnya merancang untuk menghantar Ara melanjutkan pengajian ke luar negara pada masa hadapan.
Namun, keputusan untuk menempatkannya di Malaysia terlebih dahulu dibuat bagi mengelakkan kejutan budaya memandangkan usianya yang masih muda.
Beliau berharap Ara dapat membina kematangan, pengalaman dan keyakinan diri sebelum meneruskan pengajian di luar negara apabila mencapai usia 18 tahun.
Bukti Bakat Dan Kesungguhan Tiada Had Umur
Kisah Ara Aziz membuktikan bahawa pencapaian akademik tidak semestinya bergantung kepada usia, sebaliknya ditentukan oleh kemampuan, kesungguhan dan sokongan yang diterima sepanjang proses pembelajaran.
Walaupun perjalanan pendidikannya masih jauh, pencapaian menjadi pelajar universiti pada usia 15 tahun sudah cukup membuktikan bahawa beliau memiliki potensi luar biasa.
Dengan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara dan cita-cita menceburi bidang perubatan pada masa hadapan, perjalanan Ara dijangka terus menjadi perhatian ramai serta memberi inspirasi kepada pelajar lain bahawa usia bukanlah penghalang untuk mengejar kecemerlangan akademik.
Sejak semalam di laman sosial ramai berkongsi rakaman MasterChef UK yang memaparkan peserta berasal dari Malaysia tersingkir dari pertandingan memasak itu bila juri tidak berpuas hati dengan hidangannya.
Menghidangkan menu nasi lemak bersama sambal udang dan rendang bagaimana pun hidangan rendang Zaleha Kadir Olpin yang kini menetap di UK kini dikritik oleh juri Gregg Wallace.
“Ayam tidak rangup, ia tidak boleh dimakan,” katanya.
Selain itu Chef John Torode juga turut mengkritik bahawa rendang ayam yang dibuat oleh Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur serta daging perlu luruh dari tulang.
Gara-gara komen ini rakyat Malaysia memenuhi ruangan komen akaun Youtube Masterchef UK dengan mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak tahu tentang masakan tersebut kerana tidak pernah pula rendang ayam dihidangkan ranggup.
Turut mempertikaikan komen juri tersebut adalah Chef Wan. Dalam entrinya di instagram _chefwan58 menjelaskan panjang lebar rasa tidak puas hatinya.
“Kedua juri yang kurang pengetahuan untuk menyediakan masakan ini memberi komen bahawa rendang ayam yang disediakan Zaleha kulitnya tidak ranggup, terlalu banyak sos di atasnya dan pada masa yang sama daging ayam tidak lekang dari tulangnya.
“Mereka juga komen tentang nasi lemak dan sambal yang saya rasa tidak adil kerana keduanya tidak tahu pun macam mana rasa masakan itu apatah lagi menyediakannya.
“Zaleha disingkir atas alasan yang salah. Bukan itu saja mereka telah memalukan Zaleha dan merosakkan penyertaannya dalam pertandingan tersebut.
“Tak mengapa jika dia kalah kerana alasan yang betul tapi dalam kes ini tidak. Mereka seharusnya memasukkan Zaleha kembali dalam pertandingan dan memohon maaf kepada umum sekiranya Masterchef UK mahu mengembalikan kredibilitinya.
“Sekiranya John Torode dan Greg tak faham tentang sesuatu masakan lebih baik tidak berkata daripada memberitahu sesuatu yang salah.
“Mana ada semua sambal kena pedas berapi dan nasik lemak kena kurang santan, semuanya tak masuk akal.
“Torode sendiri pernah membuat rakaman program di Malaysia dan menyediakan rendang bersama Kak Ani dalam rancangannya sebelum ini.
“Memang melihat daripada hidangan Zaleha di skrin saya rasa dia mungkin boleh memasak rendang itu dengan lebih lama sekiranya ada masa tapi bukanlah sampai daging ayam itu tertanggal dari tulangnya.
“Saya juga telah diberitahu oleh seorang rakan bahawa Torode juga adalah lelaki yang sama membuat hidangan ketam bercili menggunakan pes sambal rojak sebagai ganti.
Pada tahun 2016 John Torode pernah ke Langkawi untuk programnya dan memasak rendang Itik. Ia ada dalam You Tube, dia tak ingat ke macam mana nak buat?
“Dia sepatutnya memberitahu Greg supaya diam kerana dia tak pernah pun memasaknya!
VK memang selalu baca pengalaman mereka yang mengalami cyst tapi tak pernah lihat yang sebesar ini. Justeru pengalaman yang dilalui gadis bernama s a l m a h@nrezzxti ini dijadikan pengajaran oleh wanita lain.
Apatah lagi kebelakangan ini masalah cyst berlaku pada ramai wanita. Lebih malang lagi ramai yang tak menyedarinya macam apa yang berlaku pada Salmah.
Walau perut dah membesar dia masih tak mengetahui tentang masalah cyst. Sehinggalah satu ketika dia tuduh hamil, dari situlah masalah yang dialami terungkap. Ikuti pengalaman Salmah yang dikongsi melalui Twitter miliknya.
Sebab ramai yang request , meh nak share my very own hectic journey.
Bermulalah kisah hidup seorang mahasiswi di Uitm Dungun pada hujung tahun 2013 bila aku diserang senak perut yang melampau dan perut yang semakin membuncit.
On that time ramai dah yang start tegur kenapa perut macam nampak pelik. Even parent aku sendiri dah syak bukan bukan dengan aku. (Al maklum la perempuan kalau buncit pelik ni orang fikir lain)
Tapi biasalah manusia, takpernah nak alert dengan keadaan diri sendiri. Aku tak endahkan apa orang kata. Just let it go and anggap perut buncit tu sebab gemuk. Sampai la satu tahap period dah semakin tak teratur.
Sampai tahap lebih dari 15 hari (dah memang tak normal kalau ikutkan tu) Paling runsing bila perut dah makin membesar dan mengeras. Masa tu aku masih lagi husnudzon dengan diri sendiri. (Takde apa ni sebab nak sedapkan hati sendiri)
Masih segar dalam ingatan aku petang after class otw balik ke kolej aku singgah pejabat kolej dengan keadaan mengah mengalahkan marathon 100m dengan tujuan nak ambik kunci kolej je. Dalam tak sedar rupanya banyak mata yang perhatikan aku bila aku masuk pejabat kolej tu. Tetiba aku terdengar penyelia kolej panggil aku masuk bilik dia.
“Dik dik sini kejap masuk bilik saya”
Dengan perasaan bersahaja aku masuk bilik dia then tetibe telinga ku panas disapa
“Dik, awak pregnant ke?!”
Oh god!!!! Masatu hanya Allah je yang tahu perasaan cuak takut nak nangis nak blah semua nya bercampur baur. Gila kau terdiam aku dengar soalan macam tu. Okay aku tanya korang eh. Apa perasaan kau bila kau tak pernah kahwin tapi dapat soalan macam tu
Okay sambung balik…Aku ingat lagi perasaan cuak nak jawab soalan tu. Nak menangis bila kita deny something yang kita tak pernah buat tapi orang sekeliling nak kita mengaku benda tu.
Damn‼️‼️ Masa tu aku bermati matian tak mengaku yang aku “pregnant” tapi sayang penyelia kolej tu tak bagi aku peluang nak pertahankan diri aku. Bertubi tubi soalan dia tanya aku. Punyalah dia nak aku mengaku,sampai tahap dia pujuk aku. Dia siap boleh cakap macam ni
“Dik, kalau awak pregnant bagitahu je.Kami akan provide kolej yang lebih dekat. Jangan risau kami tolong awak. Saya risau if anything bad happened lagi teruk.”
Dalam hidup aku satu je, kalau aku tak buat hidup mati balik pun aku tak mengaku. Hahahaha. Tapi penyelia kolej tu masih tak puas hati dengan jawapan aku bagi.
Then tetibe je dia tarik tangan aku lalu bawak aku ke belakang (ke surau dalam office tu) Nak tahu tak dia buat apa dekat aku?
Jeng jeng jengggggg…Dia bawak aku masuk dan minta aku baring. Dengan muka terpinga pinga aku turutkan juga. (Redha jela dah kena baring). Usai baring laju je tangan dia pegang perut aku. Aku macam wondering la, dah kenapa pulak nak pegang pegang perut aku ni.
Tak tahu ke aku rasa sesak nafas baring dengan takde bantal macam tu. Dia pegang pegang taktahu apa yang dia nak sampai la kawan dia masuk dia cakap…
“Eh takde rasa kepala baby pun. Perut dia keras macam ni je.”
Halamakkkk…Kepala baby yang dicarinya. Penyelia tu masih takpuas hati dengan keadaan tu. Dia seolah olah takdapat nak terima hakikat yang aku ni tak pregnant. Dengan muka takpuas hati dia cakap dekat aku macam ni.
“Kalau awak taknak mengaku juga yang awak ni pregnant, saya bawak awak ke klinik untuk check up & scan”
Agak agak korang apa jawapan aku masatu. Kalau korang la kan, kita takbuat something bad so perlu ke nak rasa takut?????? Yes!!! Macam tu la dengan aku. Sikit pun tak takut apa adahal setakat nak pergj check up. Dah memang aku confident aku tak buat kenapa nak takut en en en.
Pendek cerita aku ikut je penyelia kolej tu pergi ke sebuah klinik di bandar Dungun. Sampai sampai je dia minta doctor check aku & terus minta scan perut yang oncet ni .
Big AHAAAAA!!!! Doctor tu cakap…Dia cakap kan…
“Maaf puan, adik ni tak pregnant”
On that time rasa Alhamdulillah YaAllah aku tak pregnant aku takbuat bukan bukan. Tapi masih dengan muka kerek penyelia tu, dia takpuas hati kenapa aku tak pregnant.
Hahahahaha kenapa kenapa??? Kenapa dia takpuas hati sangat dengan result scan tu. Then dia pun bersuara ..
“Doctor, macam mana tak pregnant sedangkan perut dia ni dah macam cukup bulan ni”
Dari baringan aku, aku nampak doctor tu pandang aku dengan satu berita yang kurang enak. Hambar senyuman dia. Doctor tu pun cakaplag bebaik dengan penyelia kolej aku; “Puan, dia tak pregnant tapi dia suspect CYST”
Terpinga pinga aku dibuatnya. Apa benda dohhh cyst tu??? Cyst tu ada dekat mana? Sejenis apa? Nah la belanja sikit gambar aku dalam keadaan perut membuncit tu. Bila korang tengok gambar aku on that time tu apa first perception korang? Jujur k jujur.
At first memang tak boleh nak terima kenyataan aku di diagnosed dengan penyakit tu. Lagi tambah tak tenang bila doctor tu cakap “dik, cyst awak ni dah besar sangat ni sampai dah tertutup organ dalaman awak yang lain”
MashaAllah masatu rasa macam nak hilang nyawa kejap. Time time tu lah nak teringat parent dekat kampung ni ha. Tapi apa yang penting aku puas hati sebab aku berada di pihak yang benar. Tak sudah sudah penyelia kolej aku tu minta maaf siap offer akan tolong aku settlekan semua procedure aku nanti (tukar kolej/refer letter hospital/bil hospital)
Tapi tulah orang kata, adat hidup dekat dunia bukan dia la kalau tak diuji lagi dan lagi. Tak tahula kenapa malang sangat nasib, dah la sakit dah tahap kritikal. Ehhhhh boleh pulak difitnah lagi sekali. Kali ni bukan setakat geng kolej tu tapi satu UiTM Dungun membuat satu pertuduhan takrasmi dekat aku.
Nak tahu tak kenapa? Punya la bad luck aku ni. Kebetulan masa tu UiTM tengah famous dengan kes ni. (Agak mengaibkan UiTM) tapi aku rasa terkesan dengan semua ni.
Selamber je aku dapat pertuduhan tak rasmi macam ni. Allahu sekali lagi diuji plus mendapat tomahan yang kurang enak didengar sebab sentap dia sampai ke lubuk jiwa yang paling dalam tau tau tau.
Ada ke patut rakyat jelata cakap aku mak kepada baby yang teraniaya tu. What de heck!! Kalau tu anak aku takkan la masatu perut aku membuncit lagi.
Hari berganti hari issue tu dah makin slow diperkatakan. Tapi serious aku cakap, dasat penangan issue tu dalam hidup aku. Gila stress weh pergi memana dengar orang cakap pasal aku. Dah la dengan keadaan yang tengah sakit. Macam macam kena tanggung.
Bayangkan masatu jk teruk (jiwa kacau). Mana nak mantapkan emosi yang tengah goyang. Mana nak hadap mulut manusia. Nak menahan sakit lagi.
Gentle aku cakap, lepas je di diagnosekan tu hari hari aku menangis. Hari hari rasa give up. Mental koyak teruk kot dengan masatu perut aku dah kritikal. Penat wehhh gi kelas jalan kaki hari-hari dengan bawak perut besar macam tu.
Tapi Alhamdulillah sangat. Sepanjang perjalanan aku yang berliku dekat UiTM tu aku dapat support system yang sangat power dari parent,family,kekawan & ada hamba Allah yang baru sangat lagi kenal dia.
Apa yang menarik tentang hamba Allah ni, dialah manusia yang sanggup susah payah dekat UiTM tu, manusia yang angkut aku bawak pergi segala jenis appointment dekat Hospital Dungun.
Kalau dia baca ni confirm dia ingat segala pengorbanan dia tu. Hamba Allah ni sangat sangat baik even masatu baru kenal dia 3 bulan macam tu. semoga Allah balas segala jasa & pengorbanan dia dalam permudahkan urusan aku dekat Dungun dulu. (Tapi sayang dia baru je kahwin 18 Ogos lepas)
Okay dah dah stop kelaut. Sorry guys teringat cinta lama pulak ops. Okay back to the story, result check up dengan specialist Hospital Dungun memang CONFIRM aku punya cyst tu dah tahap kritikal and i need Immediately Operation. Masa tu doctor tanya aku to make the best choice for my life.
1.operate dekat private hospital 2.operate dekat government hospital
Agak agak korang mana aku pilih? Masa tu takda choice sebab i got no insurance or protection at all. Kalau nak pergi private hospital makan cost berbelas k jugak. Sebab taknak susahkan parent & family aku. I just choose for government hospital. Doctor Hospital Dungun provide me refer letter sebab aku minta transfer HTAA Kuantan sebab parent & family semua dekat sana.
I thought bila ada refer letter tu memang terus dapat buat operation lee lee tu jugak. Tapi sayang, aku lupa yang government hospital need to wait for a queue list. (Almaklumla first experience plus masatu bolok bolok lagi taktahu benda). Masa aku dah transfer ke HTAA kuantan tu size cyst aku dalam 36cm dah. (Kritikal la orang kabo tunggu masa nak popppppp je)
Then after beberapa kali appointment aku dapat exact date operation aku on 29 Januari 2014. Lebih kurang dalam sebulan lebih lagi aku nak kena tunggu masatu. (Lamanya sebulan).
Dalam tunggu queue list tu, parent & family ada juga ikhtiar perubatan tradisional sebab diorang semua taknak aku kena operate. Merata pergi berubat termasuklah darul syifa. Tapi yang tak masuk dek akalnya semua cakap aku kena buat dengan orang.
Macam macam dah cuba tapi sayang takde yang serasi. Even aku pernah kena minum air telaga yang berkeladak tu demi taknak operation. Bukan tu je aku pernah melecet jari sebab kena picit 44 biji limau sebab nak buat mandi sebelum subuh.
Derita masa tu Allah je yang tahu. Dengan debaran menunggu date operation lagi, lepas tu nak kena buat itu ini untuk perubatan tradisional. Waktu terus berlalu, tapi satu pun tak menjadi.
Dul dap dup dap…Hari yang dinanti telah tiba. 28/1/14. Aku kena warded awal sehari sebab nak kena puasa apa bagai kan. Hmm dugaan takhabis habis lagi even nak masukkan branula (jarum dekat tangan tu) ni pun doctor tu boleh careless sampai memancut mancut darah aku keluar.
Muka steady je lagi…Perasaan cuak takut semua takboleh nak cerita dekat manusia. Berdebornyala nak tunggu esok hari tu
Petang lepas warded tu, doctor yang handle kes aku ni panggil masuk bilik dia.Macam macam dia cakap dekat aku plus nak kema sign banyak gila term & condition apa semua. Paling takboleh lupa dia cakap “if any emergency case happen, i terpaksa remove your rahim, I’ll do for the sake of your life.
Oh god!!! How i can continue mylife without my rahim. How i can produce my very own production (anak)
Esoknya telah tiba. 29/1/2014. Tarikh keramat dalam hidup aku. Aku ni jarang sakit tapi bila dah sekali sakit padunya… Pagi tu aku orang pertama yang akan masuk operation room. Doctor cakap aku punya major case sebab cyst aku dah makin membesar and cant hold on lagi.
Benda terakhir yang aku ingat sebelum aku ditolak masuk ke operation room. Ma usap kepala aku sambil cakap “Istighfar selawat banyak banyak. Ma tunggu awak dekat keluar ye”
Oh god I’m crying. Masih ingat air muka ma dengan penuh harapan tunggu aku keluar dengan selamat. Dalam OT tu tak payah cakap la rasa dedor dia tu macam nak tercabut jantung. Sebab doctor dah pesan awal if there’s any complications dia akan buat segala benda yang aku dah sign hari sebelumnya tu.
Aku punya major case.Ovarian cyst aku dah memenuhi ruang perut.I’m 50/50 guys! Sampai ke harini terasa sakit bius tulang belakang ni. Jangan pelik ye kalau nampak aku ni takbuat kerja berat berat, taktidur dekat lantai.
Bukan tak nak buat tapi rasa dia tu menusuk semula ke tulang belakang tu. Last moment dalam operation room tu aku diberi bantuan oxygen lepastu doctor minta aku mengucap and kira 123. Gila woiiii masatu aku ingat mati je. Takputus doa minta Allah selamatkan aku & bagi aku peluang hidup sekali lagi.
Sedar taksedar dah settle operation aku. Ingat lagi masa first tersedar dari bius tu, tangan aku dekat perut then dengan muka blur blur doctor nurse semua datang dekat aku cakap “tahniah”
Hahahahaha rupa rupanya dorang semua dah lama tunggu aku nak sedarkan diri. Diorang cakap lama sangat aku “tidur”
Memang cerita dia memula sedar tu rasa dah takde perut la. Perut aku dah kempis woi! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan.
Okay guys, korang nak tak tengok ovarian cyst yang keluar dari perut buncit aku ni? Tapi kalau tengok janji tak shock k.
Gambar ni Dr Huda HTAA yang bagi aku tengok. Dia cakap semua orang dalam operation room terkejut tengok size ovarian cyst aku ni. This is very first time dorang handle ovarian cyst sebesar ni. It’s 12kg and 42cm bruh‼️
Ramai yang takpercaya kan. But it’s real guys! It’s happened to me. Ni medical report aku
Lesson yang aku dapat share bout cyst dengan seluruh kaum hawa bidadari syurga:
1. Kalau period tak teratur please guys cepat cepat pergi buat check up 2.Jaga pemakanan (avoid unhealthy food/cheese/soya) 3.Avoid pantiliner usage 4.Makesure your feminine part always kering.
Banyak liku & pengorbanan yang dah aku lalui. Even sekarang pun aku masih jaga pemakanan even kekadang culas jugak hahahahahaa. But then till now aku still follow up doctor sebab aku kena buat tu for the rest of mylife even once a year check up.
So buat kaum hawa semua, please alert dengan keadaan diri kita. If rasa lain macam take fast action & jangan jadi macam saya. Dah kritikal baru heboh nak operate. Cukuplah sekali kerna takmahu lagi.
Sakit derita pengorbanan takdapat nak deacribe macam mana. Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang berpanjangan.
Baru dua bulan memasuki keluarga diraja Britain Duchess of Sussex, Meghan Markle, menerima banyak kritikan apabila dilihat duduk dengan bersilang kaki dalam satu acara yang turut dihadiri Ratu Elizabeth.
Meghan hadir menemani suaminya, Putera Harry, ke acara Anugerah Pemimpin Muda Ratu, di Istana Buckingham, London pada Selasa lalu.
Duduk bersilang kaki memang perkara biasa bagi rakyat biasa, namun dilarang bagi keluarga diraja. Malah ia dianggap biadap apabila Ratu turut berada dalam majlis yang sama.
Wanita dalam keluarga diraja diajar untuk duduk dengan gaya Duchess Slant, iaitu duduk dengan kaki dirapatkan, serta dicondong sedikit ke sebelah kiri atau kanan.
Namun bagi peminat Meghan, bekas aktres itu tidak sepatutnya terus dihentam kerana dalam tempoh dua bulan menjadi ahli keluarga diraja, tentunya masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Selama 36 tahun dia sudah terbiasa duduk bersilang kaki, tentu dia memerlukan masa untuk mengubah tabiat itu,” kata seorang peminat di Twitter.
Ini bukan kali pertama Meghan melakukan sesuatu di luar kebiasaan tradisi keluarga diraja Britain.
Awal bulan ini, dia dikritik hebat selepas mengenakan pakaian off shoulder yang menampakkan sedikit bahagian bahunya, yang dilarang dalam etika pemakaian keluarga diraja.
Retatrutide menjadi perhatian selepas seorang bakal pengantin dilaporkan kritikal akibat dipercayai mengambil produk penurunan berat badan yang dibeli secara dalam talian. Ketahui fakta, risiko dan amaran pakar.