Ayam masak kicap biasanya berkuah walaupun sedikit tapi yang ini memang kering tanpa kuah. Penyedapnya adakan adalah sos kicap yang digaul bersama ayam ini pekat dan pedas, kalau makan memang sampai menjilat jari.
Bagi yang nak cuba merasaikan kesedapan ayam masak kicap pekat pedas ini boleh ikut resipi perkongsian Almie Amira. Katanya masakan ini memang kegemaran keluarganya, kalau dihidang pasti akan menambah nasi.
Cara buat ayam masak kicap pekat pedas melekat
Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong
4 biji kentang -dipotong wedges
Sebiji bawang besar -dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris halus
1 inci halia -dihiris memanjang
2-4 sudu besar cili kisar
Rempah 4 sekawan -kayu manis 1, biji pelaga 3, bunga lawang 1, cengkih 3
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Gula
Garam
Bawang (potong bulat)- hiasan
Cili merah (potong serong) -hiasan
Bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 bawang besar
5-7 biji cili padi
1 inci halia
Ads
Cara memasak ayam masak kicap
1. Goreng ayam separuh masak. Angkat dan tos. Kemudian goreng kentang hingga hamper garing.
2. Menggunakan sedikit minyak goreng ayam, tumis rempat 4 sekawan Bersama bawang merah dan bawang putih yang dihiris.
3. Masukkan pula hirisan halia dan biarkan hingga naik bau.
Ads
4. Masukkan bahan yang kisar. Gaul sehingga masak kemudian masukkan cili giling. Biarkan sehingga naik bau.
5. Masukkan semua sos, kicap dan sedikit air. Letak sedikit gula serta garam secukup rasa.
Ads
5. Masukkan ayam dan kentang yang digoreng. Gaulkan sehingga sebati.
6. Masukkan bawang potong bulat dan cili merah. Gaul dan siap untuk dihidangkan.
Suka makan tauhu tapi ramai yang ragu-ragu nak membelinya. Terutama sekali bila ingat perihal kebersihan sewaktu penghasilan tauhu ini.
Kalau selalu rasa begini, ada baiknya kita buat sendiri saja tauhu. Puas hati dan tak ragu-ragu lagi nak makan. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Kak Zai
Cara buat tauhu
1. Rendam 1 kg kacang soya semalaman. Kisar kemudian tapis gunakan kain.
2. Masak air kacang soya yang sudah ditapis tadi hingga mendidih. Masukkan cuka makan anggaran satu senduk gulai untuk 1kg kacang soya, kemudian kacau. Biarkan seketika tunggu sampai jadi berketul ketul atau naik berkeladak.
3. Sediakan bekas, saya guna raga plastik yang dialaskan dengan kain yg diguna utk tapis air soya tadi. Sauk tauhu yang berketul dengan senduk berlubang sampai habis dimasukkan dalam raga tadi.
4. Selepas penuh raga dengan ketulan tahu tadi, lipat kain kiri/kanan.
5. Ambil papan pemotong sayur lalu tindih atas permukaan tauhu. Letak pula lesung batu di atasnya untuk memampatkan tauhu.
6. Pastikan bahan tindihan tidak terlalu berat, supaya isi tauhu tak keras. Tapi ringan sangat pun tak boleh, nanti tauhu ringan dan senang hancur bila dipotong.
7. Bila tauhu dah sejuk, potong dan letak dalam air. Sedia untuk digoreng atau dijadikan hidangan ikut cita rasa.
Ada masa kita buntu idea nak hidang apa waktu pagi atau petang. Asyik mi goreng, nasi goreng, cucur, nasi lemak tak pun roti.
Kalau dah ketandusan idea bolehlah cuba buat murtabak telur ini. Boleh buat untuk sarapan dan makan petang.
Idea resipi ini dari Fadhilah Khaulan yang katanya memang senang ‘yakmat’ dan bila buat berebut anak makan. Sesuai untuk mak-mak yang WFH yang nak cepat siap masak!
Cara buat popia telur yang senang ‘yakmat’
1. Sediakan bahan-bahan berikut
-Kulit popia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili api
-Telur
-Garam/perasa
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing. Kemudian garam, serbuk perasa n telur. Kacau sampai berketul. Pastikan guna sedikit minyak saja supaya kulit popia tak bocor.
3. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia dan bungkus ikut cita rasa. Boleh terus goreng gunakan minyak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.