Ada masa kita tak tahu nak makan atau nak masak lauk apa. Tapi yang pasti tekak nak makan lauk yang simple-simple saja. Ayam masak kicap ini lauk yang boleh kita buat .
Ayam masak kicap ini juga ada banyak versi. Kalau nak kelainan, apa kata ikut versi Yayar Mohamad Nor pula. Ini adalah resepi dari arwah ibunya. Memang ringkas tapi menyelerakan sangat.
Bahan untuk kuah kicap
2 batang serai -dihiris nipis
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Bahan lain
Bawang besar & cili besar -dipotong bulat
1 senduk cili kering – kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
Ads
Cara membuat:
1. Tumbuh semua bahan untuk kuah kicap hingga halus dan lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
Ads
3. Masukkan cili kering kisar, biar hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Perasakan garam aji dan gula.
Ads
5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
6. Masukkan ayam yg dah telah digoreng. Gaul rata, sedia dihidangkan.
Jenama Hero Remaja & Dewi Remaja sudahpun memasuki tahun ke 38 penganjurannya. Sudah banyak nama popular dalam industri seni tanah air dicungkil melalui program pencarian ini dalam tempoh tersebut.
Bagi menyuntik kelainan, edisi tahun 2023 akan diberi kelainan. Kedua-dua pertandingan akan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023.
Dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis telah pun diumumkan. Menerusi sidang media yang dilangsungkan di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan.
Kesemua finalis telah dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
“Edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik,”ujar Menurut Fiezreen Ahmad selaku Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” tambah Fiezreen.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan
Kejadian mangsa yang maut akibat disengat tebuan memang biasa kita dengar, malah baru-baru ini juga kejadian yang sama berlaku terhadap seorang juruteknik di Kulim, Kedah.
Mangsa maut disengat tebuan ketika bertugas di sebuah pencawang. Memang menyedihkan. Mana tau sengatan binatang kecil ini mampu menyebabkan kematian.
Bagi memastikan kejadian sama tak berulang Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...