
Baru dua bulan memasuki keluarga diraja Britain Duchess of Sussex, Meghan Markle, menerima banyak kritikan apabila dilihat duduk dengan bersilang kaki dalam satu acara yang turut dihadiri Ratu Elizabeth.
Meghan hadir menemani suaminya, Putera Harry, ke acara Anugerah Pemimpin Muda Ratu, di Istana Buckingham, London pada Selasa lalu.
Duduk bersilang kaki memang perkara biasa bagi rakyat biasa, namun dilarang bagi keluarga diraja. Malah ia dianggap biadap apabila Ratu turut berada dalam majlis yang sama.
Artikel berkait: 9 Perkara Tidak Boleh Dilakukan Meghan Markle Selepas Berkahwin Putera Harry
Wanita dalam keluarga diraja diajar untuk duduk dengan gaya Duchess Slant, iaitu duduk dengan kaki dirapatkan, serta dicondong sedikit ke sebelah kiri atau kanan.

Namun bagi peminat Meghan, bekas aktres itu tidak sepatutnya terus dihentam kerana dalam tempoh dua bulan menjadi ahli keluarga diraja, tentunya masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Selama 36 tahun dia sudah terbiasa duduk bersilang kaki, tentu dia memerlukan masa untuk mengubah tabiat itu,” kata seorang peminat di Twitter.
Ini bukan kali pertama Meghan melakukan sesuatu di luar kebiasaan tradisi keluarga diraja Britain.
Awal bulan ini, dia dikritik hebat selepas mengenakan pakaian off shoulder yang menampakkan sedikit bahagian bahunya, yang dilarang dalam etika pemakaian keluarga diraja.
Sumber: People.com & Astro Awani
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
“Tiada Lagi Imam Solat Saya, Betulkan Bacaan Tajwid Saya.” Suami Maut Kemalangan Tinggalkan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Baru saja mengecap kebahagian hidup berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata pertama tapi isteri ini didatangi dugaan hebat.
Suami tercinta dipanggil mengadap Ilahi dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Johor Bahru baru-baru ini
“Tiada lagi yang menjadi imam setiap Subuh, Maghrib & Isyak, tiada lagi yang akan membetulkan bacaan tajwid” demikian antara luahan hati Nurmasfalina Mohd Azmi, isteri kepada arwah Mohd Azam Karimin, 27, yang dikongsi melalui Facebook beliau.
Catatan yang sangat menyentuh hati ini VK kongsi dan sama-sama kita doakan arwah ditempatkan kalangan penghuni syurga dan Nurmasfalina tabah berdepan dugaan maha hebat ini.
Urusan sayang di dunia dah habis
Sayang arini tido awak tak de di sisi. Awak dah dgn pencipta awak. Orang tau awak dekat dgn kami. Malam ni orang tido masuk la dalam mimpi. Orang nak tahu kata-kata terakhir sayang.
Orang redha sayang. Orang tau sayang dah bahagia kat sana. Doakan org boleh syahid macam sayang. Jumpe sayang kat syurga nanti. Urusan sayang kat dunia ni dah abis.
Doakan bonda dgn baby sayang. Sayang dah sediakan yg kenangan terindah buat org n baby. Awak terlalu sempurna sayang.
Orang tak kan dengar lagi sayang imam kan org tiap subuh, maghrib dan isyak lagi mcm selalu kalau syg kerja. Org tak boleh dengar lagi sayang tegur org dgn bacaan tajwid.
Orang tak boleh dengar lagi sayang ketuai bacaan tahlil untuk org lain. Org tak boleh dengar lagi suara sayang. Datang la dlm mimpi sayang. Org sedia nak jumpe sayang dlm mimpi.
Org tau sayang tak bace tapi ini je luahan yg org ada. Kenangan yg org ada. Terima kasih layan kerenah org. Awak cukup sabar dgn saya. Terima kasih sayang untuk hadiah dalam kandungan ni.
Hadiah hari lahir saya bulan 10 hadiah hari lahir awak bulan 11 hadiah anniversary kita bln 12, bulan 9 awak pergi tinggalkan kami.
Buat kekasih hatiku. Bergembiralah syg di sana. Ketahuilah bahawa org Nurmasfalina bt mohd azmi sgt menyayangimu Mohd Azam Bin Karimin.
#kenagantrakhirgambarkita
#awakdemamtemanamikmc

Baby dah 33 minggu
Baba saya dah 33 week. Im trying to be the best for our baby syg. Doakan kami berdua jumpe sayang di syurga nanti.
#baba
#mohdazamkarimin
#13/9/2018

Doakan saya kuat untuk anak kita sayang
Sumber: Nurmasfalina Mohd Azmi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
‘Sebahagian Diri Saya Telah pergi, Dia Satu-satunya Cinta Saya…’, Netizen Sebak Baca Luahan Saiful Azam Di IG Stories

Beberapa hari lalu tular kisah pemuda yang menikahi gadis pesakit kanser yang dalam keadaan tenat.
Bernikah sebelah pagi pada 3 Ogos lalu namun tak sampai 24 jam, awal pagi esok hari isteri kepada Saiful Azam Azmi iaitu Fatin Syahirah, 24 Yusuf menghembuskan nafas terakhirnya.
Usia pernikahan tak sampai sehari namun Saiful Azam harus menerima hakikat isterinya sudah tiada.
Cerita pasangan ini tersebar di media sosial selepas abang Fatin Syahirah, Shukur Yusuf memuat naik kisah arwah adiknya itu di laman sosial. Status tersebut mendapat perhatian netizen yang berasa cukup simpati dengan apa yang terjadi.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga arwah rata-rata netizen kagum dengan keikhlasan hati Saiful Azam serta kekuatannya berdepan dugaan Yang Maha Esa.
Cuma satu, biarpun kisahnya tular namun empunya diri mengambil sikap berdiam diri, malah dalam satu laporan berita Buletin Utama Saiful Azam menolak untuk diwawancara kerana masih bersedih tapi beliau mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan dia dan arwah isterinya.
Sahabat kongsi luahan Azam di IG Stories
Bagaimana pun rasa hati anak muda ini terungkap melalui satu satus dari sahabatnya WANAJAK @HZWNRZK di Twitter yang berkongsi IG stories yang dimuat naik oleh Saiful Azam.
Sebahagian diri saya telah pergi…
Sebahagian daripada diri saya telah pergi untuk menemui Penciptanya. Dia satu-satunya cinta saya dan segala-galanya buat saya. Minta jasa baik rakan-rakan sedekahkah al- fatihah terhadap arwah isteri saya Fatin Nursyahirah binti Yusuf.

Gambar terakhir saya dengan isteri, ya saya pakai baju nikah…
Dalam thread yang sama turut dikongsi adalah gambar Saiful Azzam mencium isterinya kali terakhir sebelum dikebumikan.
Mengenakan baju nikah pada hari isterinya dikebumikan, dalam catatan Saiful kisahnya itu hanyalah cerita biasa. Orang lain juga akan melakukan perkara yang sama pada orang yang disayangi.
“Gambar terakhir saya dengan isteri. Ya saya mengenakan baju Melayu, baju nikah memandangkan katanya saya kelihatan segak dengan baju ini.
“Tiada yang menginspirasikan dari cerita saya ini, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama pada insan yang anda sayangi.
“Terima kasih semua atas ucapan dan doa, Moga Allah berbalik kepada kalian kembali. Saya ok. Dia tengah rehat cantik cantik pakai bedak celak tadi.

Kau kuat dan setia zam
Menerima lebih 31 ribu retweets, dalam hantaran itu Wanajak mendoakan agar sahabatnya itu kuat berdepan dugaan.
“My friend, kau memang kuat, kau setia dan baik. Allah bagi kau dugaan untuk orang yang kuat macam kau zam. Aku doakan kekuatan untuk kau zam dan salam takziah,”tulisnya.

Thread tersebut juga viral dan dipenuhi ucapan takziah dan doa buat arwah dan juga Saiful Azam.
Sumber: WANAJAK
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
KWSP Untuk Suri Rumah Bermula Minggu Depan. 3 Faedah Ini Suri Rumah Akan Dapat! Tapi…

Berita baik untuk suri rumah! KWSP untuk suri rumah bermula minggu depan. Program Sukarela Insentif (SURI), yang membolehkan surirumah peluang menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.
Ia bagaimana pun akan dilaksanakan dalam tiga fasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suri simpan RM5, Kerajaan Sumbang RM40 sebulan
Beliau berkata, fasa satu akan bermula minggu hadapan pada 15 Ogos di mana anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.
“Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri daripada para surirumah kepada ketua isi rumah. Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri-isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.
“Kerajaan berhasrat memastikan kebajikan orang ramai. Bagaimanapun, setiap rakyat perlu menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan taraf hidup, Sumbangan minimum RM5 setiap bulan di bawah program ini mewakilkan komitmen daripada orang ramai dan pada masa sama menyemai sifat suka menabung untuk masa hadapan mereka,” katanya hari ini.
Perlindungan Perkeso fasa kedua
Dalam ucapannya pada Persidangan Sekuriti Sosial Antarabangsa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2018, Dr Wan Azizah berkata sumbangan kerajaan itu akan dinaikkan kepada RM50 pada fasa kedua insentif itu, di mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).
Dr Wan Azizah berkata, bagaimanapun, sebagai perlindungan di bawah PERKESO buat masa sekarang ia tidak diperluaskan kepada surirumah, kerana terdapat keperluan untuk membuat beberapa perubahan undang-undang bagi membolehkan fasa kedua boleh dilancarkan awal tahun hadapan.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
Dua peratus sumbangan suami, fasa ketiga
Beliau berkata, program berkenaan akan dilanjutkan pula ke fasa ketiga di mana dua peratus daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan dalam akaun isteri.
“Untuk sampai ke fasa ketiga ini akan mengambil masa kerana ia memerlukan pindaan dilaksanakan terhadap Akta KWSP 1991. Kita masih meninjau beberapa pilihan untuk tujuan ini, dengan mengambil kira beberapa faktor kewangan dan bukan kewangan,” katanya dan menambah bahawa kerajaan berharap dapat melancarkan fasa itu awal 2020.
Beliau berkata, menerusi perkongsian strategik dengan KWSP dan PERKESO, kerajaan berharap dapat melihat lebih ramai wanita di negara ini mendapat perlindungan sosial dan sekuriti pendapatan yang mereka layak terima dan bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan kehormatan sepanjang usia emas mereka.
“Apa yang penting ialah mempelajari daripada kesilapan lepas dan memperkenalkan dasar berkesan yang boleh bertindak balas kepada keadaan ekonomi, penyelesaian bukan sahaja kepada kesan daripada keadaan semasa malahan bagi menguatkan persediaan menghadapi masa hadapan,” katanya.
Sumber : Bernama
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

