Hari raya korban nanti mungkin ada yang akan menerima bahagian paru ini selain daging. Tapi sebelum dimasak, paru ini harus dibersihkan dengan cara yang betul dan teliti supaya tidak berbau hanyir.
Bagi yang belum tahu cara bersihkan paru ini boleh gunakan cara yang dikongsi Afy Al Habibi sebagai panduan.
Cara bersihkan paru supaya tak berbau hanyir
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
Ia perlu dicuci sampai hilang warna air darah.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
Ads
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
Ads
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.
Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.
Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin
Cara buat ayam goreng kari
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B:
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
Cara membuat
1. Kisar kesemua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Ayam goreng kari ini kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Ramai yang tanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Hidup memang hidup tapi yang membezakan ialah antara serai hidup subur dan gemuk atau pun kurus saja.
Jika ada menanam serai dalam pasu berikut ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan supaya serai gemuk dan subur merimbun.
1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).
2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.
3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.
Foto: Ardi Tani4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.
5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.
6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.
Lauk sira kentang pedas atau sambal kering kentang ini memang sedap. Boleh jadi lauk atau ratah begitu saja. Dapat pula kentang yang rangup lagi syok meratah.
Tapi masalahnya bila buat di rumah kerepek kentang yang disira tak pula jadi begitu. Bila dah digaul dengan sambal, kentang jadi lembik tak rangup.
Kalau selalu buat jadi begini mungkin boleh cuba cara dan teknik yang dikongsi oleh Missz Amira.
Cara buat sira kentang pedas sedap dan rangup
3 bahan utama
Kacang tanah – digoreng
Ikan bilis – digoreng
Kentang hiris nipis – dan goreng
Tip cuci dan goreng kentang
Kentang yang dihiris nipis direndam cuka atau soda bikabornat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.
Kemudian cuci, buang kanji dan toskan. Selepas itu barulah digoreng, pastikan goreng guna api yang perlahan hingga garing
INFO: Boleh guna salah satu bahan untuk rendam kentang sama ada cuka, soda bikarbonat atau air kapur. Kuantiti tak kisar memang bahan itu akan dicuci selepas direndam.
Ini kentang, kacang dan ikan bilis yang dah siap goreng dicampur. Makan begini pun dah sedap
Bahan untuk sambal pedas manis
Cili kering – dikisar halus/cili boh (lebihkan jika nak pedas)
Bawang putih – dikisar
Bawang merah/bawang besar – dikisar
Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup tapi jangan manis sangat)
Garam
Minyak untuk menumis
Cara membuat
Panaskan minyak dan tumis kesemua bawang kisar. Kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
Perasakan dengan sos tiram, gula garam. Sambal jangan terlampau cair ya.
Bila sambal dah masak sejukkan dahulu. Kemudian baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
Seterusnya boleh masukkan dalam bekas bertutup. Kentang akan kekal rangup walaupun dah lama.
Bangle emas memang cantik dan nampak eksklusif. Sekali sarung di pergelangan tangan, penampilan pun terus naik seri. Tapi sebaiknya jangan terus beli tanpa fikir...