Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.

Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.

Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas

Bekas plastik makanan ‘tipuware’ untuk tanam sayur

Bahan- bahan yang diperlukan

  • Bekas makanan (guna botol air mineral pun boleh)
  • Kain mikrofiber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
  • Cocopeat (hampas sabut kelapa) boleh beli di nurseri
  • Soldering Ion – untuk membuat lubang
  • Alumium Foil atau cat
  • Anak Pokok

Cara membuat

1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur

2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah. 

Ads

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur
Soldering iron

3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur

Ads

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur

3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.

Ads

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Boleh Buat Tanam Sayur

Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.

Sumber: D Pro A’Nas

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Artikel berkait: Guna Bekas Plastik Ini Saja Untuk Simpan Daun Kesum. Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI