Salah satu yang kuih frozen yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof. Senang nak makan bila bila, goreng saja. Paling penting kuih ni rangup dan sedap.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
Ads
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
Ads
Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Ads
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Elok sungguh kejadian Japanese cheese cake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan kedai makan yang mahu mengembangkan jenama mereka.
Dalam bisnes makanan dan minuman, antara cabaran yang selalu dihadapi pemilik outlet bukan saja soal operasi harian, tetapi juga bagaimana memastikan kedai mereka lebih mudah dikenali pelanggan.
Ada kedai yang makanannya sedap, servis pun baik, tetapi jika orang ramai tidak tahu kewujudannya, memang sukar untuk mengembangkan nama dalam industri yang sangat kompetitif.
Sebab itu, apabila ada kempen seperti Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali melalui sokongan pemasaran dan platform media, ia menjadi sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian oleh pemilik perniagaan.
Astro BizOne Rewards diperkenalkan sebagai satu inisiatif untuk membantu outlet F&B mendapat pendedahan yang lebih meluas melalui platform media di bawah Astro.
Menurut Astro, kempen ini menawarkan sokongan pemasaran terjamin bernilai sehingga RM17.5 juta kepada pelanggan yang layak.
Melalui pendekatan ini, Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali dengan memberi peluang kepada pemilik premis untuk menonjolkan jenama mereka kepada khalayak yang lebih besar.
Apa yang menjadikan kempen ini kelihatan relevan ialah pendekatannya yang lebih praktikal untuk pemilik perniagaan kedai makan.
Bagi ramai peniaga, pemasaran adalah antara perkara yang ingin dilakukan tetapi sukar diberi fokus kerana memerlukan masa, idea dan juga bajet yang tidak kecil.
Dalam kempen ini, outlet yang layak berpeluang menerima ganjaran pemasaran seperti liputan di Buletin Awani, segmen di Borak SeeNI, iklan radio Astro Audio serta artikel di platform digital seperti Rasa, Maskulin, Nona dan Vanilla Kismis.
Pendedahan seperti ini boleh memberi kesan positif kerana Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali kepada lebih ramai pelanggan melalui pelbagai saluran media.
Dari sudut pemilik restoran, kafe atau kedai makan, pendedahan jenama memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah bisnes.
Dalam dunia F&B hari ini, pelanggan bukan sahaja datang kerana makanan yang sedap, tetapi juga kerana mereka pernah melihat jenama tersebut di media sosial, mendengar namanya di radio atau membaca kisah tentangnya di platform digital.
Apabila sesuatu jenama mula muncul di lebih banyak tempat, secara tidak langsung keyakinan pelanggan juga boleh meningkat.
Inilah antara sebab mengapa Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali dilihat sebagai peluang menarik untuk peniaga yang mahu memperluaskan capaian jenama mereka.
Menurut Astro, kempen ini terbuka kepada pelanggan baharu F&B yang melanggan pakej BizOne dalam tempoh kempen dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027.
Astro juga menyatakan bahawa outlet yang layak perlu mempunyai nilai langganan minimum RM800 sebulan.
Selepas pengaktifan langganan, pihak AstroBiz akan menghubungi peserta yang layak dalam tempoh 60 hari bagi urusan berkaitan ganjaran pemasaran yang ditawarkan.
Melalui pendekatan ini, Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali dengan memberikan peluang kepada peniaga untuk mendapat pendedahan media secara lebih tersusun.
Mudah kata, kempen ini boleh dilihat sebagai satu pilihan yang sesuai untuk pemilik outlet F&B yang mahu menambah pendedahan bisnes secara lebih strategik.
Ia bukan jenis kempen yang nampak terlalu menjual, sebaliknya lebih kepada satu nilai tambahan yang membantu kedai lebih mudah dikenali pelanggan.
Dalam bisnes makanan, kadang-kadang langkah kecil seperti ini boleh membawa kesan besar kepada perkembangan sesuatu jenama.
Melalui kempen seperti ini, Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali dan memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada lebih ramai pelanggan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web https://biz.astro.com.my/
Malang tak berlaku, walaupun kita dah berhati-hati bawa kereta tapi kemalangan boleh saja berlaku akibat kerosakan kenderaan.
Salah satunya boleh jadi kerana kerosakan brek.Lagi serius kalau ketika itu sedang melalu jalan menuruni bukit. Walau dah ditekan habis brek tapi kereta tidak juga perlahan dan menunjukkan tanda berhenti.
Dalam situasi ini pastinya kita akan panik. Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, sebab itu penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan bila brek tak berfungsi sewaktu memandu. Berikut adalah enam langkah yang perlu dilakukan untuk selamatkan nyawa.
Apa yang paling penting, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan masih mempunyai handbrake. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam. Proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik. Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin, dan kekalkannya sehingga kenderaan anda akhirnya berhenti.
Kekal tenang, dan angkat kaki dari pedal minyak untuk mengelakkan menambahkan kelajuan kenderaan
Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara total
Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan. Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain
Ini adalah pilihan terakhir sekiranya terdesak untuk memperlahankan kenderaan. Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan, seperti penghadang, semak samun atau sebagainya
Apabila kereta sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...