Daging goreng ketumbar ini pernah viral sebelum ini selepas pereka terkenal Dato’ Rizalman berkongsi resipi yang asalnya dari Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah dalam satu program masakan.
Kelihatannya macam daging goreng kunyit kan tapi bukan. Daging goreng ketumbar ini lebih enak dan punya aroma yang harum dari rempah ketumbar terutama waktu digoreng. Tak sabar nak makan.
Cara buat daging goreng ketumbar
Bahan-bahan
Daging secukupnya – dipotong
4-5 sudu besar – ditumbuk kasar
Bawang besar -dibelah empat
Lobak merah -dipotong
Cili api
Cili besar atau lada benggala
Kicap lemak manis
Serbuk kunyit
Garam
Ads
Cara membuat
1. Gaul daging yang sudah dipotong dengan serbuk kunyit (lebihkan) bersama garam. Perap seketika.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing.
3. Selepas daging garing, masukkan biji ketumbar yang tumbuk (sesuaikan dengan kuantiti daging). Gaul.
Ads
4. Seterusnya masukkan bawang besar, lobak merah dan cili. Gaul.
5. Renjiskan kicap lemak manis dan gaul rata. Siap, boleh kaup daging dan bahan-bahan lain, jangan kaup sekali minyak.
Antara sayuran yang ramai tanam di rumah adalah bayam Brazil. Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.
Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.
DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik
Bahan-bahan
Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)
Langkah demi langkah
1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.
3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.
4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.
5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.
6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.
2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss & cocopeat sama banyak. Kalau cocopeat 1kg, peatmoss pun sama (boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah dalam bekas semaian, jangan tabur benih dulu ya. Siram air sampai tanah betul basah.
4. Kemudian barulah tabur benih pokok daun sup, selepas itu tutup nipis dengan tanah semai tadi.
Lobak merah antara sayur yang selalu ada di rumah. Jadi elok juga kalau suka bercucuk tanam, kita cuba tanam lobak merah ini.
Tak perlu batas atau tanah yang luas pun untuk cuba tanam. Boleh guna plastik beras saja.
Cara menanam boleh ikut langkah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan
-Beg bekas plastik beras saiz 10kg
-2 bahagian tanah gambut atau tanah hitam
-1 bahagian baja kompos, organan, tinja binatang yang dah reput.
-1 bahagian pasir sungai
-Benih lobak merah (anggaran 10 – 15 biji)
-Pisau untuk menebuk
-Spray atau air untuk menyiram
Langkah menanam dalam plastik/polibeg beras
1. Terbalikkan plastik beras 10kg dan tebuk/buat lubang pada plastik beras 10kg itu dengan pisau jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil supaya air mudah mengalir keluar. Hujung plastik beras 10kg tersebut dilipat 2 hingga 3 kali, jangan lipat lebih nanti polibag beras anda terlalu pendek.
2. Campurkan 2 bahagian tanah gambut,1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai ke dalam satu bekas dan gaul merata.
3. Setelah itu masukkan campuran medium tanaman itu ke dalam plastik beras yang telah ditebuk tadi. Pastikan tinggi tanah harus melebihi satu kaki. Ini kerana lobak memerlukan tanah yang dalam untuk berisi. Takut nanti isi lobak terbantut/ketot sekiranya tanah tidak dalam.
4. Gaulkan benih lobak dengan tanah dan tabur di atas tanah plastik beras tadi. Benih lobak digaul bersama dengan tanah untuk menjarakkan benih lobak di antara satu sama lain. Taburkan sedikit tanah di atas benih tersebut, jangan terlalu tebal. Ini bertujuan agar benih lobak tidak diganggu oleh semut dan siput.
5. Spray atau siram dengan air secukupnya dan letakkan di tempat terkena pancaran matahari tetapi tidak melebihi 3 jam. Lobak merah memerlukan haba atau sinaran matahari sederhana untuk bercambah namun terik matahari yang melampau akan mematikan cambahan benih lobak.
Benih lobak akan bercambah selepas 1 minggu hingga 3 minggu mengikut suhu di tempat anda.
Tip penjagaan
Terdapat beberapa tips yang harus diambil kira semasa menanam benih lobak hingga penjagaan dan penuaian;
1. Jangan letakkan fertilizer atau baja subur terlalu banyak ke dalam polibag beras kerana ia akan hanya merimbunkan pokoknya tetapi tidak akan berisi, isinya ketot dan bercabang.
2. Jangan letakkan plastik beras yang disemai benih lobak pada sinaran matahari terik yang melampau kerana ia akan mengeringkan tanah pada polibag beras dan benih tidak akan bercambah.
3. Spray beras plastik beras berisi benih lobak dengan air agar lembab dan tidak kering.
4. Sekiranya meletakkan di tempat terkena matahari pastikan polibag beras tidak terkena hujan lebat kerana hujan lebat akan mengeluarkan benih lobak dari polibag dan juga mampu memusnahkan percambahan benih.
5. Cabut anak pokok lobak sekiranya terlalu rapat dan benih pokok lobak yang dicabut bolehlah di tanam di tempat lain.
6. Lazimnya lobak merah yang telah matang dapat dituai selepas 8 minggu disemai.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...