Lauk sira kentang pedas atau sambal kering kentang ini memang sedap. Boleh jadi lauk atau ratah begitu saja. Dapat pula kentang yang rangup lagi syok meratah.

Tapi masalahnya bila buat di rumah kerepek kentang yang disira tak pula jadi begitu. Bila dah digaul dengan sambal, kentang jadi lembik tak rangup.

Kalau selalu buat jadi begini mungkin boleh cuba cara dan teknik yang dikongsi oleh Missz Amira.

Cara buat sira kentang pedas sedap dan rangup

3 bahan utama
Kacang tanah – digoreng
Ikan bilis – digoreng
Kentang hiris nipis – dan goreng

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

IKLAN

Tip cuci dan goreng kentang

  • Kentang yang dihiris nipis direndam cuka atau soda bikabornat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.
  • Kemudian cuci, buang kanji dan toskan. Selepas itu barulah digoreng, pastikan goreng guna api yang perlahan hingga garing

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

INFO: Boleh guna salah satu bahan untuk rendam kentang sama ada cuka, soda bikarbonat atau air kapur. Kuantiti tak kisar memang bahan itu akan dicuci selepas direndam.

IKLAN
  • Ini kentang, kacang dan ikan bilis yang dah siap goreng dicampur. Makan begini pun dah sedap

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

Bahan untuk sambal pedas manis

Cili kering – dikisar halus/cili boh (lebihkan jika nak pedas)
Bawang putih – dikisar
Bawang merah/bawang besar – dikisar
Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup tapi jangan manis sangat)
Garam
Minyak untuk menumis

IKLAN

Cara membuat

  • Panaskan minyak dan tumis kesemua bawang kisar. Kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
  • Perasakan dengan sos tiram, gula garam. Sambal jangan terlampau cair ya.
  • Bila sambal dah masak sejukkan dahulu. Kemudian baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
Selain itu:  Buat Sendiri Sizzling Yee Me Di Rumah, Tak Perlu Hot Plate. Masak Dalam Kuali Saja

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

  • Seterusnya boleh masukkan dalam bekas bertutup. Kentang akan kekal rangup walaupun dah lama.

Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

Selamat mencuba.

Sumber: Missz Amira.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI