Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
Ads
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Ads
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Ads
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Di sebalik hijab yang turut menutup wajah mereka, ramai yang kagum melihat kecantikan wanita Arab hingga kaum hawa sendiri pun boleh terpegun melihatnya.
Kebanyakan mereka berkulit putih, punyai hidung yang mancung, bola mata yang tajam serta bibir yang penuh. Menariknya walau pun sudah cantik namun mereka adalah golongan yang suka menjaga kecantikan diri untuk tatapan suami.
Enam makanan sunnah berikut adalah antara yang mereka amalkan untuk tujuan kecantikan.
1. Bunga saffron atau za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.
2. Minyak zaiton
Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka tamar atau cuka epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.
5. Habatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Mungkin ada yang rasa cantik bila mengenakan solekan tebal malah sampai satu tahap tak akan keluar rumah tanpa mekap mampan.
Awas ya bagi anda yang ada perasaan begini sebab dari aspek psikologi ia merupakan petanda masalah.
Kajian mengatakan sering memakai solekan tebal bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kulit tetapi sebenarnya ia menganggu kesihatan mental.
Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial mendedahkan, kebiasaan mengenakan mekap tebal akan menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. Sekaligus, membuatkan mereka tidak suka dengan diri sendiri.
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar universiti Scotland yang sering mengenakan solekan dan tidak mengenakan solekan.
Hasil kajian mendapati responden yang memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri.
Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan mental terganggu. Menyebabkan rasa rendah diri dan rasa wajah sendiri buruk tanpa solekan
Jadi buat anda yang suka bersolek tebal mungkin boleh belajar kurangkan tabiat ini sedikit demi sedikit agar tidak dipandang semacam selepas ini.
Apabila kita ingin mendapatkan khidmat urut, sudah pasti perkara paling utama ialah kemahiran yang dimiliki. Sebab itulah, jutawan kosmetik, Bonda Rozita Ibrahim sanggup pergi mencari walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau sendiri mengakui bukan mudah nak dapat seorang tukang urut yang mahir dengan ilmu yang ALLAH berikan. Menurut Bonda Rozita, tempoh tujuh bulan pun belum tentu dia dapat menemui tukang urut yang menepati cita rasanya.
Melalui instagram, beliau memberitahu bahawa jika ada yang mengenali tukang urut mahir, beliau sendiri akan menemui tukang urut itu untuk mencuba khidmat urut yang ditawarkan. Begitulah betapa terperincinya pemilihan tukang urut mahir bagi Bonda Rozita.
Saya akan test sendiri urutannya
Cari tukang urut yg mahir sgt susah.. 7 bulan blm tentu sy dpt sorg.. Merata2 tanya dan kalau dh jumpa sy akan dtg test sendiri urutannya. Selalunya mereka masuk ke kwasan pendalaman survey dr org2 setempat di kampung bertanyakan kebolehan pd penduduk setempat..
Kenal pasti tukang urut mahir
Sy pernah buat semasa arwah ayah sy sakit saraf dn tulang belakang ..Apa yg saya buat di rumah hutan merupakan kemahiran yang ada pada saya mengenalpasti tukang urut yang bagus untuk memudahkan orang yang ingin berikhtiar dengan cara berbagai teknik urutan dlm aura 6 sendi
Mahir mengurut ialah anugerah ALLAH
Tukang urut sy dapat mengenal urat2 yg menyelit dn saraf2 tenggelam utk dibetulkan..Ilmu Allah beri pd mereka sgt unik dn susah nk belajar..(belum tentu pandai..gifted dr Allah)..Slip disk..peranak keluar boleh masik balik..Susah gerak dn macam2 kebolehan yg ada diantara mereka..
VK setuju. Memang susah nak dapat khidmat tukang urut mahir ni. Memang ada yang belajar teknik mengurut. Tapi kalau dapat tukang urut yang memang pandai mengurut atas anugerah ALLAH ni memang amat bertuah. Senang cakap, tukang urut macam ni, dia sentuh-sentuh je tempat yang bermasalah tu, boleh sembuh.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...