Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan. Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Ads
Alat-alat yang perlu disediakan:
Playar
Paku saiz seinci setengah
WD-40 (Spray anti karat)
Pisau
Cara-cara servis:
Ads
Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas).
2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
Ads
5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal). Dah siap!
Tanam pokok buah dalam pasu antara cara yang dilakukan oleh mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai halaman terhad seperti di taman perumahan atau kediaman bertingkat.
Kebiasaannya yang ditanam adalah pokok limau, mangga atau jambu. Tapi sebenarnya ada beberapa lagi jenis tanaman yang sangat sesuai ditanam dalam pasu.
Jenis pokok buah sesuai tanam dalam pasu
Dengan menggunakan teknik yang betul dan penggunaan pasu yang sesuai (sekurang-kurangnya 50 liter, pokok buah ini mampu menghasilkan hasil yang memuaskan seperti di ladang. Berikut adalah antara buah-buahan yang paling sesuai ditanam dalam pasu besar:
1. Limau (Citrus)
Limau kasturi, limau purut, limau nipis, lemon dan mandarin sangat sesuai kerana pokoknya bersaiz sederhana dan akarnya tidak terlalu agresif. Ia mudah dijaga dan cepat berbuah jika cukup cahaya matahari.
2. Jambu Batu & Jambu Air
Kedua-dua jenis jambu ini sesuai untuk pasu besar kerana pokoknya boleh dikawal saiz melalui pemangkasan. Ia juga cepat matang dan menghasilkan buah walaupun dalamruang terhad.
3. Buah Tin (Fig)
Pokok tin sangat sesuai dalam pasu kerana akarnya pendek dan tahan cuaca panas. Ia cepat mengeluarkan buah, terutama jika dijaga dengan siraman dan pembajaan yang konsisten.
4. Anggur
Walaupun anggur memerlukan sokongan seperti trellis atau para, ia boleh tumbuh subur dalam pasu besar. Penjagaan seperti pemangkasan dan pencahayaan cukup penting bagi memastikan penghasilan buah.
5. Mangga Kerdil
Mangga jenis kerdil contohnya Chokanan Dwarf boleh hidup dalam pasu, tetapi perlu dipangkas dan dijaga dengan rapi. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati buah mangga di halaman rumah sendiri.
6. Delima
Delima mudah tumbuh dan tahan lasak. Ia mempunyai akar yang tidak terlalu besar, menjadikannya sesuai ditanam dalam pasu untuk kegunaan hiasan dan juga penghasilan buah.
7. Strawberi
Walaupun kecil, strawberi menghasilkan buah dengan cepat dan sesuai untuk kawasan berangin dan redup. Ia boleh ditanam dalam pasu bertingkat atau pasu gantung.
8. Ceri Barbados (Acerola)
Pokok renek tropika ini bukan sahaja menarik dipandang, tetapi juga mudah dijaga dalam pasu. Ia menghasilkan buah kecil yang kaya vitamin C.
9. Belimbing
Belimbing sesuai untuk ditanam dalam pasu jika dipangkas selalu. Ia juga cepat berbuah dan boleh menjadi pokok teduhan mini di halaman.
Cara tanam pokok buah dalam pasu
Gunakan media tanaman yang poros dan kaya nutrien seperti campuran tanah hitam, cocopeat dan kompos.
Siram secara konsisten tetapi elakkan air bertakung.
Lakukan pembajaan sebulan sekali dengan baja buah atau organik.
Pastikan pasu diletakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Menanam buah dalam pasu bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kepuasan apabila hasilnya boleh dituai sendiri.
Hampir setiap bulan menyimpan di Tabung Haji sebaiknya kita periksa penyata kewangan. Tambahan pulak sekarang banyak kes duit hilang termasuklah yang membabitkan Tabung Haji.
Sebenarnya kita tak perlu pun susah-susah beratur di kaunter untuk periksa penyata ini. Boleh guna saja aplikasi THiJari yang sudah sedia ada sejak tahun 2020.
Langkah check penyata kewangan Tabung Haji tak perlu ke kaunter
Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta diadakan semula buku simpanan Tabung haji.
Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI. Cari “Ringkasan Akaun”. Caranya:
1. Install Apps THiJARI. Log in dan masukkan password.
2. Laman utama ada “Selamat datang”
3. Tekan menu di sebelah kiri atas.
4. Tekan Ringkasan Akaun.
5. Tekan nama yang mahu dicetak penyata.
6. Kemudian ada pilihan “Sejarah Transaksi” di sebelah kiri, dan “Penyata Akaun” di sebelah kanan. TEKAN “Penyata Akaun”.
7. Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan. Selesai!
Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji?
Ayam bakar antara lauk yang jadi perhatian kita di bulan puasa ini terutama bila ke Bazar Ramadan. Tapi sekarang harganya boleh tahan mahal.
Nak jimat kita buat saja sendiri. Paling senang untuk dimasak di dapur sendiri adalah ayam bakar mayones. Kebanyakan bahan untuk buat hidangan ini memang sudah ada di dapur.
Selain itu kita juga tak perlu berasap, bakar dalam oven saja. Ayam bakar mayones ini anak-anak pun anak akan suka.
Ayam bakar mayones paling senang buat
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -cuci bersih & toskan
Kentang -dikupas
Sedikit mentega
Chili flakes
Oregano
Bahan ditumbuk/ kisar halus
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Halia dan serai (jika suka)
Bahan B
Bahan B
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sb mayonis
2 sudu besar sos tiram
Madu
Cili flakes
Sedikit garam
Minyak bijan atau minyak masak
Cara buat ayam bakar
1. Sediakan bekas, campurkan bahan ditumbuk dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30 min. Semalaman pun lagi sedap.
2. Kemudian boleh terus bakar dalam oven suhu 200 atas bawah selama 20 minit (sesuaikan dengan suhu oven sendiri).
3. Selepas itu turunkan suhu ke 180 darjah. Bakar sehingga masak. Terbalikkan ayam supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam.
4. Kentang direbus hingga empuk. Kemudian tos air. Letak sedikit butter, cili flakes dan oregano kemudian gaul dengan kentang tadi. Gaul dengan perkalahan supaya tak hancur.
5. Letak kentang bersama dengan ayam bakar yang dipotong. Sedia dihidangkan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...