Bila duduk rumah teres ramai yang akan membina dinding atau menaikkan tembok agar kawasan rumah lebih privacy.
Tapi boleh jadi juga kerana tembok ini juga ada jiran bermasam muka atau tidak puas hati. Mana tidaknya bahagian dinding tuan rumah cantik tapi dinding sebelah jiran buat cincai saja, malah ada yang tak ratakan dengan simen pun.
Berkongsi pandangan sebagai seorang kontraktor, Mahanom Mohammad menerangkan etika buat kontraktor mahupun tuan rumah sendiri bila membina tembok ini.
Etika kontraktor bila tapak melibatkan jiran
Apabila pelanggan kita minta bina dinding pembahagi sempadan mereka dan jiran, satu perkara yang tidak dapat elak adalah, memasuki kawasan jiran. Untuk?
Untuk memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka pula.
Ads
Bukan itu sahaja. Menaikkan dinding melibatkan kerja menyusun bata dan mengikat bata-bata yang disusun dengan bancuhan mortar, yang diantara bahan utamanya adalah pasir dan simen.
Kerana itulah, dalam teknologi binaan, batu bata yang disusun dan diikat dengan mortar tadi, permukaan dinding itu perlu dilepa iaitu di tutup dengan satu lapisan simen, sebelum ia dilicinkan dan di cat cantik.
Ini bukan sahaja untuk melindungi ikatan dan susunan bata itu dari terdedah kepada panas, hujan dan cuaca yang melampau.
Bahkan dengan melepa permukaan batu bata tadi, ia juga menghalang serpihan partikel yang rosak (akibat dedahan iklim) dan terbang terlepas ke udara. Dan sudah pastilah akan memasuki rongga-rongga penafasan mereka yang dekat padanya, iaitu jiran atau haiwan peliharaan mereka.
Ads
Lepa dan cat sekali bahagian rumah jiran
Saya selalu jumpa, apabila seorang pemilik rumah hendak menaikkan tembok dinding, mereka hanya melepa dan mengecat cantik permukaan dinding dalam kawasan rumah mereka sahaja.
Sementara permukaan dinding di bahagian rumah jiran, dibiarkan sahaja tidak dilepa.
Maka terdedahlah si jiran dengan partikel-partikel mortar dan bata yang tidak ditutup ini. Jangan begitu kawan.
Nasihatkan pelanggan kita untuk melepa juga permukaan dinding rumah jiran. Lebih manis jika mengecatnya juga dengan warna yang jiran suka.
Ads
Inilah etika dalam kerja. Tidak meletakkan untung semata-mata, tetapi memikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah mereka.
Bila hendak bina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita. Bila kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah jiran itu, adalah kita sendiri.
Hari ini, kita lawat tapak.Tapak ubahsuai adalah rumah sebelah, tapi yang di lawat tapak hari ini adalah kerja-kerja yang melibatkan rumah jiran pelanggan kita.
Info ekstra: Sebelum memulakan kerja menaikkan tembok sebaiknya maklumkan dulu kepada jiran.
Peminat kopi mesti ada yang menahan nafsu sekarang ini untuk minum ice latte yang sedap di kafe yang biasa kita pergi kan.
Tak boleh beli tak mengapa, kita buat sendiri ice latte. Nah ini resipi ice latte yang sedap sama macam kafe yang biasa kita beli. Paling penting pemilihan serbuk kopi.
Ice Latte kos lebih kurang RM3 untuk satu cawan. Rasa insya-Allah setanding kafeStarbuck dan McCafe. Tak tipu ! Better buat sendiri, jauh lagi murah. Bahan pun tak banyak.
Susu penuh krim
1 sachet Frenche Roast Ice Latte
50ml air panas
Ais
2 sudu besar makan air gula
Untuk hidangan 1 gelas
1. Letak satu sachet ice latte dalam cawan dan tuang sedikit air panas (50ml), cukup untuk serbuk tenggelam. Kacau hingga larut dan berbuih.
2. Sediakan cawan lain dan tuang ais dan susu full cream. Boleh letak susu 3/4 cawan atau ikut cita rasa.
3. Kemudian tuang semua bancuhan serbuk ice latte ke dalam gelas susu.
4. Dah siap tuang akan jadi begini, ada buih-buih di atasnya. Akhir sekali boleh letak air gula ikut kemanisan yang disukai.
Dah siap! Rasanya sedap macam ice latte yang kita beli di kafe yang ramai dah boikot sekarang.
Bagi mereka yang nak turunkan berat badan, oat selalu jadi makanan pilihan walaupun tak sedap rasanya. Sebabnya ia adalah makanan yang mengenyangkan tapi pada masa yang sama dikatakan tidak akan menaikkan berat.
Tapi masalahnya sekarang ada pelbagai jenis oat yang dijual di pasaran salah pilih usaha diet dengan oat boleh jadi sia-sia. Lebih serius, kadar gula dalam darah pulak yang nak mencanak seperti info perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman.
Bagi anda yang mengamalkan oat, sila ikut panduan daripada doktor ini.
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Ada beberapa jenis yang popular, Instant, Quick dan flavoured. Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat tentang perkara ini. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan jenama oats popular, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%. Tiada beza langsung. Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini? Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.
Instant oats merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang Terengganu . Beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek, lepas tu masak atas dapur.
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis “steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah “KADAR PENYERAPANNYA.” Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air Coke dan Fanta berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendi, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan, selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk, walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts, kalau sanggup boleh makan oat groat itu boleh jadi lebih baik. Mungkin tidak hehe… Saya akan ceritakan lagi mengenai oats sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan.
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak!
Pemilik rumah arah penyewa pindah segera! Situasi ini mungkin pernah dialami semasa menyewa kediaman.
Dah bertahun-tahun menyewa di situ tiba-tiba pemilik kata mahu menjual kediaman dan mengarahkan pindah segera. Masalahnya nak cari rumah lain bukan mudah dan itu belum lagi proses pindah rumah.
Ada yang panik tapi sebenarnya bila ada arahan sebegini dari tuan rumah tak perlu cemas, ia tidak semudah itu untuk dilakukan sebab jika proses sewa rumah dibuat dengan betul, ada klausa yang melindungi penyewa.
Perkara ini dikongsi oleh seorang ejen hartanah, Zam Sani dalam satu perkongsian beliau.
Ramai orang sekarang duduk menyewa, tapi tak tahu hak mereka kalau tuan rumah tiba-tiba nak jual rumah. Ada yang panik, takut kena keluar serta-merta.
Tapi sebenarnya, proses jual beli rumah sewa tak semudah itu—lebih-lebih lagi kalau perjanjian sewa anda ada klausa yang melindungi penyewa.
Satu klausa penting yang patut ada dalam perjanjian sewa adalah: “Penyewa adalah orang pertama yang akan ditawarkan untuk beli.” Maksudnya, sebelum rumah ditawarkan kepada pembeli lain, anda sebagai penyewa mesti diberi peluang terlebih dahulu.
Berikut penjelasan ringkas tapi penting yang ramai tak tahu:
1. Penyewa dapat hak beli dulu
Jika tuan rumah buat keputusan nak jual rumah, dia wajib tawarkan dulu kepada anda. Kalau anda bersetuju untuk beli, teruskan proses jual beli seperti biasa.
2. Tak nak beli? Tak apa
Jika anda tolak tawaran tersebut, barulah tuan rumah boleh jual rumah kepada orang luar. Tapi ini tidak bermakna anda akan terus dihalau.
3. Anda masih boleh menyewa seperti biasa
Walaupun rumah sedang diiklankan untuk dijual, anda tetap boleh duduk di situ sehingga rumah itu berjaya dijual kepada pembeli baru.
4. Bila rumah ada pembeli, ada dua situasi:
-Pembeli setuju anda terus menyewa: Anda hanya perlu tandatangan perjanjian baru dengan pemilik baru.
-Pembeli nak duduk sendiri: Anda akan diberi notis awal, biasanya 2–3 bulan untuk keluar dan cari tempat lain. Ini adalah tempoh minimum yang wajar, bukan “esok kena keluar.”
5. Proses jual beli ambil masa
Ramai tak tahu proses pindah milik rumah biasanya ambil masa antara 3 hingga 6 bulan. Jadi, tidak timbul isu “kena keluar mengejut” melainkan anda sendiri bersetuju begitu.
Semua hak ini bergantung pada apa yang tertulis dalam perjanjian sewa.
– Semak semula perjanjian yang anda tandatangani.
– Tanya ejen hartanah kalau tak pasti.
– Dapatkan salinan dan baca betul-betul.
Perlu diketahui menyewa bukan bermakna tiada hak—tapi syaratnya, kita kena peka dan ambil tahu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...