Kita memang selalu beli air mineral untuk minuman dan botolnya, sama ada kita buang atau kita simpan untuk dikitar semula.
Dari terkumpul dan terbiar saja di rumah elok juga kalau digunakan semula botol ini untuk tanam sayur sekitar rumah. Dapat juga jimat sedikit sebanyak belanja dapur, tambah pula harga sayur sekarang mahal.
Idea ini juga dilakukan oleh Amb Jerome. Gara-gara sayang nak buang botol mineral 1.5 L ini botol-botol ini dikumpul dan dijadikan bekas tanam sayur.
Menariknya tanam sayur dalam botol ini ada kelebihannya. Kata Amb ia lebih mudah senang dijaga, letak baja, siram dan merumput.
Projek sayur dalam botol mineral 1.5 L
Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni. Ada kangkung, bayam putih, bayam merah. Bayam dah boleh dituai.
Ads
Kelebihan tanam dalam botol mineral ini senang dari segi penjagaan, letak baja, siram dan merumput.
Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak dalam botol lain.
Ads
Medium yang diguna tanah merah campur tanah kompos. Siram setiap pagi dan petang siram. Selang 3 hari siram dgn baja AB. Saya pakai baja AB leafy juga.
Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
Bagi kaum wanita mesti ada kuali kegemaran di dapur ataupun memang ada satu saja kuali. Biasanya kuali ini dah lama digunakan.
Dipanggil kuali legend. Disebabkan terbiasa dengan guna kuali ini saja rupanya ada yang dah hitam legam. Meskipun suka dengan kuali ini tapi nasihat ahli kimia Fatimah Salim ia sebaiknya tidak gunakan lagi.
Menurut beliau peralatan memasak yang sudah hitam begini adalah berbahaya. Berikut dalam penjelasan beliau.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya. Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Masalah pepijat pada tilam atau kusyen memang meresahkan. Walaupun saiznya kecil tapi jika digigit memang mendatangkan masalah. Bahagian kulit yang digigit pepijat akan kemerahan dan juga gatal sangat. Malah kegatalan ini berpanjangan, lagi risau jika pepijat ini menggigit anak-anak kecil.
Selain kesan gigitan, kita boleh tahu kehadiran pepijat ini bila ada kesan seperti darah atau seakan karat. Pepijat juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan kuat.
Jika ada tanda ini cubalah perhati di bahagian tepi dan celah celah tilam. Tak mustahil ‘si kecil’ ini sedang berlindung di situ.
Cara mudah gunakan servis untuk menghapuskan serangga ini, tapi ia memakan modal. Selain itu ada beberapa cara yang boleh kita buat sendiri untuk menghapuskan pepijat ini.
1. Gunakan pengering rambut
Pepijat ini alah pada haba atau kepanasan. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat 3-4 kali. Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam & kain cadar untuk menghapuskannya.
2. Sembur
Gunakan spray menghapus serangga yang banyak dijual. Boleh guna Baygon atau Ridsect. Sembur dan biarkan seketika kemudian vacum. Lakukan 4-5 kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam vacum kerana pepijat boleh hidup dan merebak dari situ jika tak dihapuskan.
3. Jika ada gel silica, tabur pada tilam
Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.
4. Guna baking soda
Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus. Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.
5. Keringkan cadar dalam mesin pengering
Haba yang panas akan membunuh pepijat, jadi basuh cadar yang ada pepijat dengan air panas dan keringkan guna pengering.
6. Guna daun durian belanda
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini. Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.
7. Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.
8. Ganti tilam baru
Jika sudah beberapa cara di atas digunakan dan pepijat masih ada, ada baiknya ganti dengan tilam baru. Buang jauh tilam lama kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.