Acar ikan talang ini elok sangat dijadikan stok di rumah. Kalau tak sempat masak, goreng telur makan dengan lauk ini pun memang dah cukup sedap. Silap-silap bertambah nasi.
Acar ini memang ada saja dijual tapi kalau buat sendiri lagi best. Boleh ikut cita rasa, nak lagi pedas pun boleh.
Jika nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norshakinah Shaleh.
Cara buat acar ikan talang
Penyedian bahan acar ikan talang
1. Mula-mula potong ikan talang masin (bukan ikan talang segar ya). Jangan potong kecil sangat, jangan besar sangat. Ini dalam 500gm, ambil bahagian isi saja. Tulang-tulang boleh simpan buat gulai.
2. Selepas siap potong rendam sekejap baru cuci bersih.
3. Kemudian tos dan goreng isi ikan talang tadi bagi garing. Dah garing toskan minyak (minyak goreng simpan untuk langkah seterusnya).
4. Sambil goreng ikan boleh kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti ikut agak-agak saja ikut kuantiti ikan.
Ads
5. Kisar pula cili kering.
6. Kemudian kupas bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Basuh bersih. Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semuanya dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
7. Ini bahan-bahan perasa lain, gula melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Ambil juga serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus. (Klik SINI untuk beli)
Ads
8. Ini pula bahan tambahan. Tak nak masuk pun boleh saja.
Cara memasak
1.Panaskan minyak yang bekas goreng ikan talang tadi tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan kisar tadi iaitu bawang dan halia tu.
2.Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan kisar tadi.
3. Goreng lagi sampai pecah minyak, baru masukkan gula melaka. Masak lama sikit pun tak apa.
Ads
4.Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam.
5. Masukkan buah buahan kering, lobak masin dan ikan talang goreng tadi.
6.Gaul bagi sebati. Biar sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala saja supaya ikan tak hancur. Biarkan acar atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
7. Akhir sekali tabur bijan. Ok dah siap. Sejukkan sebelum letak dalam bekas.
Ada banyak hidangan yang menggunakan cekur atau kencur. Dari masak lemak, kerabu, tumis malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam. Bukan saja sedap tapi punya khasiat kesihatan tersendiri.
Ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Cekur ini boleh saja di tanam dalam pasu atau atas batas. Memang berbaloi tanam kerana bukan saja daun, ubinya pun boleh dimakan.
Jika nak cuba tanam panduan berikut boleh digunakan.
– Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.
– Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.
– Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.
– Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.
– Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.
Sejak dua menjak ini penampilan Permaisuri Agong ke-16 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah jadi tumpuan.
Ramai yang berkenan dengan gaya baju kurung dilitupi selendang yang ilhamkan oleh pereka fesyen terkenal Rizalman khas untuk baginda.
Kalau korang pun nak bergaya sama macam Permaisuri Agong dengan selendang yang sopan ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh tukang jahit Nurzailiasya Zaiera.
1.Bahan yang kena ada shawl 2 helai, brooch, kapur untuk tanda & pembaris. Kalau takde kapur boleh guna pensil.
2. Mula-mula lipat dua shawl. Dari tepi bahagian lipatan tandakan ukuran bahu ÷ 2. Contoh, bahu 15′ ÷ 2 =7 1/2. Tandakan 7 inci je supaya terletak sikit atas bahu brooch tu nanti.
Close up
3. Dari ukuran bahu 7 inci tadi, tanda utk tangan pulak. Kita buat sampai siku je dalam 10 inci.
Close up
4. Bentangkan shawl pertama dan cantumkan dengan shawl kedua.
5. Pinkan tempat yg ditanda tadi. Bahagian bahu dan siku.
6. Ok, siap.
7. Kalau nak nampak tangan penuh, boleh pinkan kat bahu je.
8. Gaya pemakaian selendang yg kedua. Pusingkan shawl, belahan tu bahagian depan.
9. Tip penting
Disarankan untuk menggunakan selendang half moon untuk nampak kemas dan cantik. Selendang dengan bentuk bersegi akan membuatkan selendang pada baju kurung kelihatan sangat labuh.
10. Ini pula kalau pin di bahagian bahu sahaja.
11. Yang ni rupa kalau pin bahu dan siku.
Ok dah siap. Kalau pakai baju kurung hari Jumaat, boleh ikut stail selendang ala Permaisuri ni ya.
Kuih abuk abuk sagu ini antara makanan tradisi yang semakin rare sekarang. Memang jarang jumpa orang jual.
Kalau teringin nak makan memang kena buat sendiri dan elok juga kita belajar buat sendiri supaya kuih ini tak hilang ditelan zaman.
Bagi yang nak buat boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek.
Buat sendiri kuih abuk-abuk sagu
Bahan-bahan
2 cawan sagu
1/2 biji kelapa parut
1 sdt garam
4 keping gula melaka (gula merah pun boleh)
Daun pisang dilayur secukupnya
Cara membuat:
1. Basuh sagu, toskan
2. Gula melaka dicincang halus dan ketepikan
3. Gaul sagu, kelapa parut dan garam
4. Bentukkan kelongsong daun pisang (seperti kon)
6. Masukkan 2 sdb sagu ke dalam kelongsong, diikuti dengan 1 sdb gula melaka tadi dan masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong.
7. Kemaskan dan kukus selama 15 minit. Siap!
NOTA:
-Untuk membuat abuk-abuk pandan, kisar 10 helai pandan dan tapis. Jadikan dalam 1 1/2L air pandan
-Selepas sagu dibasuh rendam dalam air pandan selama 2-3min (boleh masukkan sedikit pewarna hijau jika suka)
-Akhir sekali tos sagunya
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...