Buat Sendiri Apam Puri Lembut Gebu. Tengok Pun Dah Tahu Sedap, Makan Tak Cukup Satu

Share

Comel sungguh kuih apam puri ni. Tengok pun dah tahu sedap. Cuma tak ramai yang jual kuih ini.

Kalau suka makan, tak salah kita belajar buat sendiri kan. Lagi puas makan, sebab selalunya memang tak cukup satu. Nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali.

Buat sendiri apam puri lembut gebu

Bahan untuk inti kastard
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan santan (Kara)
½ cawan perisa jagung
¾ cawan gula
2 sb tepung kastard
1 sb Buttercup
Garam

Cara membuat:

  • Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk.
  • Masak di atas api yang perlahan hingga likat.

Bahan untuk kulit apam
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sb minyak masak
1 biji telur
1sk baking powder
½ paket yis
Garam
Pewarna

Cara membuat:

  • Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar guna hand mixer. Biarkan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
  • Panaskan pan, sapukan sedikit minyak kemudian sendukkan adunan.
  • Bila dah mula menggelembung boleh angkat.
  • Isikan inti kemudian tekap guna acuan karipap. Siap!

Sumber: Zainoor Aliza Ali

Artikel berkait: Buat Sendiri Apam Nasi Yang Lembut Gebu. Guna Sukatan Cawan Lagi Mudah

 

IKLAN