Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.
Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.
Bawang goreng stail mak
Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.
1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.
Ads
2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
Ads
4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.
Ads
5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
Ini bawang goreng dari 2kg bawang dapat lah 1 bekas tu, kena rajin dan sabar ya nak buat ni.
Tip dari mak
Bila warna bawang dah mula kekuningan bolehlah perlahankan api gas supaya tak hitam dan hangus. Sini lah biasanya orang terlepas pandang sebab hitam bawang itu akan jadi pahit, tak sedap.
Sentiasa kacau bila dah perlahankan api sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.
Tip naik kapal terbang ini bukan untuk mereka yang baru pertama kali menaiki pesawat tapi untuk korang dah selalu menaiki pengangkutan udara ini.
Memang tak termaktub pun aturan ini kat mana-mana tapi perkongsian dari anak kapal atau krew kabin @HillmyT ini mampu memudahkan bukan saja kita tapi penumpang lain juga.
Kalau kita permudahkan urusan orang, Insya-Allah urusan kita juga dipermudahkan. Takde lah kelam kabut dalam flight, atau membuat kan orang jengkel dengan kita.
Kalau lebih 3 jam bawa toileteries
Bila korang nak naik flight. Ini antara perkara yang perlu & tak perlu korang lakukan. Aku nak share sikit pengalaman aku sebagai anak kapal.
#1 Bila korang tau korang akan fly from point A to Point B. Print out semua travel itinerary. In case kalau ada masalah mengenai seat, flight insurance etc. Korang boleh terus tunjuk dokumen ni kat ground staff
#2 Make sure korang dapat awal ke airport untuk document check, sebab certain country mcm Philippines, kalau korang x de return ticket, korang tak boleh board the aircraft. jgn tanya aku kenapa, tapi ini rules regulations by the Philippines authority
#3 Make sure korang eat something b4 the flight. Bila fly,perut akn bloated.Bila bloated korang akn rasa perut tu masuk angin.This is the time korang akan dpt air sickness,muntah etc.kalau nak tau bloated tu cmne,beli twisties snack on ground. nnt bila fly,ko tgk packaging jd cmne
#4 Yes. Kalau dah tau flight tu lebih dari 3 jam. Korang mest akan tidur punya. Rajin2 la bawak toileteries. Klau x nak gosok gigi, kunyah chewing gum. Lepas kau bangun tido, 3 rows dari belakang kau, diorang boleh hidu aroma therapy naturally dari mulut kau.
#5 Bila boarding, kalau tau bag korang banyak, once dah smpai seat, kau masuk seat korang dulu. let passengers behind you to get to their seat. jgn jadi selfish. time tu la kau nak kuarkan eye shade,ear plug etc. preferably you do it at the waiting hall. easier
#6 once dah settle down + duduk kat seat, time ni la korang nak akan main phone. Kindly observe the seatbelt sign above you. Kalau seatbelt sign is off,it means the aircraft is in refuelling process.Pam minyak shell pun suruh off phone bila isi minyak,sama juga mcm kapal terbang.
#7 Bila travel in group, masing2 akan jadi kelam kabut. “AKU DUDUK SEBELAH KAU!” “weyh, aku nak sebelah tingkap”
Guys,chill, kapal terbang tu akan menuju ke tempat yang sama. tak de beza kalau kau duduk sebelah tingkap, ko ke perlis, yang duduk tengah akan ke sabah.
#8 masa nak take off, crew akan walk around the cabin to ensure everything is in order.Bag is stowed, no bag blocking the aisle.All passengers are seated with seatbelt fastened. tak payah la time tu korang nk select lagu kat spotify bagai. do it after take off ok.
#9 Masa nak take off, ramai yang akan letak headset/airpods/earphone etc. guys, masa ni korang kena take it off, sbb during take off & landing, time ni time crucial, takut nnt bila emergency happens,org lain dah keluar kapal, korang still duduk kat seat layan lagu “Cik Mek Molek”
#10 finally, aircraft pun fly. korang happy tgk kereta atas darat yang x ubah mcm permainan lego. Time ni baru la boleh ko blh tgk ipad, tgk hp etc. Crew akan dtg bagi landing form kat korang (international flt) so pleaseeee make sure korang ada pen sendiri.
Jangan letak kat lantai
#11 It’s Makan time!! masa ni korang excited la sbb nak makan nasi lemak dalam pesawat. Masa ni, please la tegakkan tempat duduk korang,be considerate dgn org blkang kau. kesian diorang nak makan pun,terpaksa pendekkan leher masing2.if only u get what i mean
#12 bila dah habis makan,put it on a table and hand it over to the crew. jgn la letak on the floor, mcmana crew serve kau cmtu la kau kene bagi kat diorang balik. basic courtesy ada je org letak foil lepas makan atas lantai n expect crew to collect it next to their feet.
#13 Bila dh habis meal service, time ni semua akan pergi toilet,plz ye, toilet kapal bukan mcm jamban umah korang. Dah pakai, lap balik sink tu. Courtesy to the next passenger yg nak guna toilet. Kalu rasa toilet tu bau hawau, always ask crew for a cabin spray. they know wht 2 do
#14 bila nak perlukan apa2 jgn la poke crew punya blkg badan/his buttock. Infinity level punya annoying ok! Simply cakap “excuse me”. Trust me they will be very happy to assist u.
Tapi ada je yang panggil aku pakai bunyi cencorot mcm dekat mamak tu. nah,biar aku ngn dia je yang tahu apa aku sekolah kan dia time tu. aku rasa dia mest ingat muka aku smpai mati
#15 masa turbulence, crew akan buat announcement,masa ni korang x payah nak kelam kabut nk ke toilet, just be seated, weather is unpredictable. Plus jgn sesekali challenge the nature. Crew are there for your safety, kalau itu pun korang x nak dgr. sakit nnt tanggung sendiri.
Jangan segan tanya bila waktu solat
#16 okay ni utk to those muslim,kalau korang nak solat dalam kapal, jgn segan silu tanya crew, pukul berapa masuk waktu solat. sbb captain sendiri akan buat calculation waktu solat. Pasal wudhu plak, tayamum je.
#17 2 jam sebelum waktu mendarat.its highly recommended korang freshen up yourself. Korang mesti tak nak nampak muka mcm zombie once korang keluar daripada kapal.
#18 Bila dah nak mendarat, sama routine mcm nak take off tadi. Strictly no phone,earpod,headphone etc. Sampai la kapal park at parking bay and the seatbelt sign above you turns off.
#19 lastly kau akan dgr “cabin crew disarm all doors and cross check”
masa ni korang dah boleh berdiri and take your belongings. Lagi sekali, jgn kelam kabut sgt. Tak de benda nak dikejarkan. They will wait until last passenger disembarks.
#20 bila nak kuar kapal, smile and say thank you. Bukan paksaan tapi again, its a basic courtesy. Sebb dlm pengalaman aku, org kita ni payah nak cakap terima kasih. kalau ckp tu mcm maruah tu dipijak2. Respect is earned. How? Its all start from you.
#21 ooh lupa plak.dont’t expect crew to lift your bag ye.bag korang,korang punya tanggungjawab sendiri,takkan dari rumah angkat bag smpai airport. masuk je kapal terus tak larat angkat bag sendiri? crew manusia juga, kalau ada 10 flt,10 kali angkat bag, rabak tulang belakang weyh…
Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Harga emas baik aksesori, gold bar atau jongkong emas bukannya murah. Beribu-ribu! Disebabkan harganya yang mahal kena pastikan emas yang dibeli adalah tulen bukan palsu macam beberapa kes yang tular baru-baru ini.
Dalam hal ini ada baiknya kita kenali macam mana rupa emas palsu ini. Tip ini dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad
7 tip kenali emas palsu!
1. Uji dengan magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.
2. Secara visual
Emas biasanya akan dicop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
3. Gigit emas
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
4. Gores emas pada seramik
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.
5. Bawa ke Ar Rahnu
Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
6. Timbang emas
Jika emas jongkong, bar di atasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
7. Harga emas
Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulen.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...