Bila tengok saja hidangan ini mesti ramai yang kata lamanya tak makan. Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk hidangan yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.
Selalunya pulut kacau ini dimasak oleh mak-mak kita, tapi kalau dah teringin nak makan bolehlah buat sendiri. Nampak macam susah tapi sebenarnya cara memasaknya agak mudah.
Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad yang turut menyertakan rahsia uuntuk menjadikan pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut. Resipi ini menurutnya adalah dari ibunya.
Cara dan tip buat pulut kacau atau wajik
Ada peminat pulut kacau/ wajik kat sini? Yang ini mak saya buat untuk besannya. Bila masak satu rumah bau harum.
Bahan-bahan
1kg beras pulut wangi
1kg santan segar
1kg gula merah hitam
Daun pandan
Cara membuat
1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.
2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.
3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.
4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.
5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.
6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.
Tip dari ibu
– Rahsia supaya gula merah berlinang tak serap dek pulut ialah kena pastikan air gula merah tak boleh cair! Kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali santan.
– Pastikan santan dan air gula dimasak sampai pekat barulah tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat jangan masukkan pulut dulu.
– Selepas masukkan pulut dalam air gula santan kacau tapi jangan sampai kering, cukup untuk sampai pulut sebati dengan air gula saja.
Selain lipas, tikus masalah cicak yang berkeliaran di dinding atau siling rumah memang buat kita sakit mata.
Terutama sekali bila tahi cicak bertaburan jatuh kat lantai atau tepi tingkap yang meninggalkan kesan kotor. Jika dah geram dengan kehadiran cicak ini boleh guna cara ini pula untuk menghapuskan haiwan ini.
Kaedahnya adalah dengan guna cecair penghapus cicak. Cuma perlu calit saja pada dinding, belakang almari atau mana tempat yang jadi laluan cicak. Esoknya memang akan nampak bangkai cicak bertaburan.
Ini perkongsian daripada Syukri Malek yang turut menggunakannya.
Tip selesaikan masalah cicak
Rumah korang banyak cicak tak? Rumah aku punya cicak ni jenis hati kering. Memang dia boleh jalan suka hati depan tuan rumah macam rumah dia sendiri. Aku suggest korang beli benda ni. Boleh beli di Shopee
Ia sejenis cecair yang hanya perlu calit saja di tempat laluan cicak. Tak payah letak banyak. Cukup guna cotton bud sapu kat dinding atau belakang almari. Cicak tu sendiri akan datang & jilat cecair tu.
Nak bagus Kalau korang da tau tempat laluan haiwan tu calit kat situ. Esoknya wajib cari bangkai cicak ni. Buang cepat sebab baunya memang tak boleh tahan.
Oh ya, produk ni berkesan untuk tikus juga. Dalam rumah aku takde tikus, jadi takde gambar tikus. Gambar cicak je yang ada.
Panduan keselamatan:
1. Pakai sarung tangan plastik bila guna. Cecair penghapus cicak ini kuat.
2. Letak kat dinding yang tinggi atau tempat tersembunyi supaya budak kecil tak sentuh.
3. Jangan cuba-cuba nak hidu, bahaya. Ia sejenis racun juga.
Bunga kertas kalau lebat bunganya memang akan menyerikan halaman rumah. Tapi ada juga yang yang tanam pokok bourgenvilla ini bunganya jarang, daun saja yang banyak.
Bagi memastikan pokok bunga kertas ini meriah berbunga sampai tak nampak dahan lakukan 6 tip ini;
6 tip bunga kertas berbunga lebat
1. Pokok bunga kertas sebaiknya ditanam secara terus di atas tanah. Kalau tanam dalam pasu, sebaiknya alihkan.
2. Perhatikan keadaan tanah, medium tanah yang terbaik adalah sedikit berpasir dan tidak menakungkan air terlalu lama.
3. Pastikan pokok bunga dapat mendapat sinaran cahaya matahari secara langsung sepanjang hari. Jangan letak bawah tempat berbumbung.
Foto: Facebook Mazura Mahadzan4. Pembajaan dengan menggunakan baja kimia (baja EM). Penggunaan baja organik boleh mengundang semut.
5. Sentiasa melakukan pemangkasan ranting-ranting iaitu 60 cm dari batang pokok.
6. Siram 2 hari sekali atau selang seharu untuk jadikannya “stress” air sekaligus menggalakkan pokok berbunga.
Ada juga yang berkongsi tip, agar siraman untuk bunga kertas dilakukan ketika matahari panas terik.
Sekiranya mengikut penjagaan ini insya-Allah pokok bunga kertas akan meriah berbunga.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...