Buat sendiri fish & chips kalau teringin nak makan. Hidangan homemade bukan saja lebih jimat tapi boleh dihasilkan ikut citarasa.
Cara menyediakan fish and chip ini juga tak renyah selain bahannya juga mudah didapati. Kalau nak cuba buat sendiri, boleh ikut perkongsian Wan Luqman ini.
1.Ubi kentang dipotong jejari, rendam sekejap untuk buang kanji. Kemudian rebus dalam 5 minit, tos dan tapis. Bila sejuk, bolehlah digoreng.
2. Sediakan dua keping isi ikan dori.
Potong dua kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping.
Hasilnya akan dapat 8 keping. Boleh makan untuk 4 orang.
3. Bahan untuk salutan ikan
-5sb tepung gandum
-3sb tepung beras
-1sb tepung jagung
-Garam dan lada hitam
-1sk serbuk kari ikan
-Air
4. Bancuh tapi pastikan tak cair dan tak pekat. Masukkan air sedikit demi sedikit. Ketepikan seketika.
6. Sebelum goreng ikan boleh buat tartar sauce.
Bahan-bahannya;
-Bawang putih – dicincang halus
-Bawang holland – dicincang halus
-5sb mayonis
-Timun Jepun
-Celery
-Jus lemon
-Parsley
-Sedikit garam dan lada sulah
Tartar sauce kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan tiada pickles dan daun dill, letak saja daun parsley, celery, dan sikit lemon thyme. Lemon thyme pun tak wajib. Timun jepun dan celery itu juga sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.
7. Siap tartar sauce ringkas. Untuk rasa yang lebih ‘kick’, boleh letak sikit susu manis. Bunyi lucu letak susu manis, tapi percayalah memang kick!
8. Kemudian boleh goreng fillet sampai garing.
9. Siap. Susun salad kale atas pinggan bersama dengan ikan dori, sos tartar, lemon dan kentang.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Luqman
Baca: Buat Sendiri Shawarma Lagi Jimat. Rempah Beli Yang Siap, Sedap & Puas Hati Makan