Alat penapis air seakan jadi perkara wajib ada di rumah sekarang bagi memastikan air yang diminum terjamin kebersihannya. Malah ketika ini memang pun banyak jenama penapis air terkenal di pasaran.
Namun harga yang mahal selain terikat dengan bayaran bulanan dalam tempoh masa yang panjang membuatkan ramai berfikir dua kali untuk membelinya. Untuk sediakan bajet RM80-RM100 setiap bulan selama bertahun-tahun tak semua kita boleh.
Bagi yang tak mampu sediakan bajet bulanan, sebenarnya ada saja penapis air yang boleh disesuaikan dengan kemampuan kita. Ada harga antara serendah RM275 hingga RM500, pilih ikut kemampuan. Pembelian pun mudah, boleh beli secara online saja.
Cuma jika beli penapis air jenis ini kita kena buat kerja lebih. Kena pasang sendiri, beli filter asing dan juga servis sendiri. Namun berbaloi dengan harga dan kita tak terikat dengan bayaran setiap bulan.
Zhaf Zafran berkongsi pengalamannya menggunakan alat penapis air bajet ini.
Ads
Ini yang termampu, ada air panas dan air sejuk. Senang nak buat susu anak malam-malam.
Produk Korea, rumah mak pun guna yang sama. Filter beli di Shopee dan pasang sendiri (sebelum beli pastikan filter ada status Halal).
Ads
Kalau beli, keluarkan dulu air aliran 3 atau 4 kali. Kalau tak buat nanti air rasa payau. Selepas dah boleh digunakan.
Ads
Alat penapis air ini beli di Shopee, boleh klik link di bawah jika nak beli atau survey.
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Sardin dalam tin selain dimasak sambal atau digoreng, ia juga boleh juga dibuat gulai. Sama ada gulai lemak atau kari.
Kalau berhajat nak masak kari guna sardin dalam tin ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Wan N Wan M. Kari ini tak menggunakan santan mahupun bawang merah seperti kebiasaan namun rasanya cukup sedap. Boleh dimakan dengan dengan nasi atau dicicah dengan roti atau roti nan pun enak.
Cara buat kari sardin yang sedap
Bahan-bahan
2 biji tomato potong dadu
8 ulas bawang putih
3 biji lada hijau besar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1 tin sardin
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat
1. Kisar lada hijau dan bawang putih guna chopper saja. Jangan hancur sangat. Boleh juga ditumbuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih & lada hijau yang dikisar kasar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, kacau.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan setengah cawan air.
5. Masukkan sardin 1 tin termasuk semua sosnya sekali.
Solat tarawih antara keistimewaan di bulan Ramadan. Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Meski ramai yang mengerjakannya di masjid namun tak semua berpeluang untuk turut serta kerana tanggungjawab pekerjaan dan juga keluarga di rumah. Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya.
Kita boleh saja menunaikan solat sunat tarawih yang banyak ganjaran pahala ini di rumah secara sendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.
Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.
Bilangan rakaat
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Niat solat tarawih
Solat Tarawih Bersendirian
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.
Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.
Bacaan solat sama seperti solat fardhu
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Pemilihan surah
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.
Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah,:
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Solat sunat witir 3 rakaat (dua salam)
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Lafaz niat Solat Witir
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Doa selepas solat witir
Selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih.
Semoga kita beroleh ganjaran mengerjakannya pada bulan Ramadan nanti.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...