Makanan Korea memang semakin diminati oleh masyarakat negara kita terutama golongan muda.Bukan saja restoren, gerai tepi jalan pun ada menu Korea ikut citarasa Malaysia.
Salah satunya adalah bibimbap atau nasi campur Korea. Sebenarnya untuk menikmati hidangan bibimbap ini tak perlu pergi pun ke restoren Korea yang ada. Ia boleh dibuat sendiri sebab penyediaannya mudah.
Cuma perlu sedia sayur, daging dan nasi. Itu saja. Jika nak cuba buat sendiri Puan Zurina Zulkifli berkongsi langkah demi langkah membuatnya.
Buat sendiri Korean Bibimbap
Korean Bibimbap, bahasa mudahnya nasi campur Korea. Saya bukan peminat mukbang atau KPop. Tapi saya tertarik dengan masakan Korea yang selalu menyajikan hidangan sayuran yang banyak. Segar mata melihatnya, kaya dengan khasiat.
Sekali sekala masak masakan Korea untuk mencuba menu. Lagipun untuk masakan Korea, bahannya mudah didapati di pasaran.
Bahan yang perlu dimasak
Daging kambing hiris memanjang, perap dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
Lobak merah hiris memanjang, perap dengan secubit garam halus.
Timun Jepun, hiris memanjang dan perap dengan secubit garam halus.
Tauge segenggam, cuci bersih
Sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras, cuci bersih.
Sebiji telur ayam, cuci bersih
Cara membuat
1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.
Ads
2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.
3. Masakkan daging kambing yang diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. Nak guna daging lembu atau ayam pun sedap. Yang penting kena hiris nipis dan memanjang.
Ads
4. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
5. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun. Lihat gambar rujukan.
6. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya, Ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata di tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
Ads
7. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasar raya.Kemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.
Cara hidangan/makan
Gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Dalam tempoh PKP ini ramai cikgu yang buat pembelajaran secara online, dan ramai juga yang kena pakai printer untuk print kerja sekolah anak.
Disebabkan itu ibu bapa pun pening sebab laptop atau komputer cuma ada satu di rumah sedangkan anak ada 3-4 orang nak guna untuk print bahan. Sampaikan ada yang nak beli laptop tambahan untuk anak.
Bagi yang tak tahu, sebenarnya kita boleh saja guna telefon bimbit untuk disambungkan pada printer bagi mencetak kerja sekolah anak. Nak tahu caranya, boleh ikut perkongsian Fizie JoeKer
Tak perlu beli printer wireless/ lap top
Hari ni nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada handhone direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni.
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh).
✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat handphone, cari kat dalam Playstore)
✅Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke handphone korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siap!
Senang je kan. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.
Selain nuget, ayam gunting juga antara jajan kegemaran anak. Biasa dijual di depan sekolah atau pasar malam. Kadang-kadang sanggup tak makan di kantin sekolah untuk beli ayam gunting ini.
Kalau anak dah suka, apa kata kita buat saja sendiri kat rumah ikut resipi perkongsian Puan Zaitun Abdul Hamid. Nak buat berniaga pun boleh juga.
Bahan-bahannya:
Ayam – beli bahagian dada yang sudah dibuang tulang. Potong nipis-nipis kemudian perap ayam dengan
4 sudu sos tiram
2 sudu serbuk BBQ Cosway/2 sudu sos black paper Kimball.
2 sudu jus lime/perahan lemon.
Bahan-bahan untuk salutan:
Tepung Bistari pedas/ori
Tepung ubi/tepung beras
Sedikit serbuk roti
Sukatannya bergantung kepada kuantiti ayam
Serbuk cili dan serbuk lada putih – untuk ditabur pada ayam yang dah siap digoreng nanti.
Cara membuat:
Perap ayam selama satu jam
Gaul ayam yg diperap tadi pada bahan salutan yang sudah siap dicampur.
Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan padu supaya nampak cantik bila digoreng.
Goreng hingga garing.
Selepas goreng tabur dengan serbuk cili dan lada putih, kemudian bolehlah digunting.
Bagi yang suka memasak, keperluan dapur dah tentulah banyak. Tepung yang ada banyak jenis contohnya bila dah masuk dalam bekas atau balang mulalah kita keliru.
Sebab itulah ramai suri rumah suka buat label untuk barang-barang dapur. Selain senang cari, nampak kemas, cantik malah boleh jadi sebahagian dari dekorasi dapur.
Memang ada saja label ini dijual di kedai tapi ia agak terhad, berbanding kalau kita buat sendiri. Boleh cetak apa saja label bahan yang kita perlu dan mahu. Nama label boleh ikut cita rasa sendiri.
Kalau nak cuba buat sendiri bolehlah ikut perkongsian Azian Imran melalui Kelab Kaki Deko.
DIY label pantri
1. Cetak label yang dikehendaki. Boleh guna Microsoft Word, Excel asalkan print. Saya guna font Certhas 36.
2. Tape yang saya gunakan. Potong dan lekatkan atas tulisan yg dah dicetak.
3. Cam ni ya.
4. Kemudian gosok-gosokkan tulisan tu. Tujuannya supaya tulisan yang dicetak itu nanti akan lekat pada pelekat itu pulak. Guna belakang sudu, kad kredit pun boleh.
5. Seterusnya gunting ikut saiz yg kita suka.
6. Ok, yang ni penting. Selepas gunting tulisan, rendam dalam air suam ya. Sekurang-kurangnya 1 minit 40 saat. Set timer kat telefon kita. Saya buat 2 minit.Selepas itu label akan bergulung. Ini tanda macam nak jadilah tu. Ok next.
7. Gosok-gosok manja label tadi. Gosok dalam air ya. Kertas yang dah lembut bila digosok akan tertanggal dan tinggalkan ink atau dakwat yang kita print tadi. Inilah sebabnya step gosok-gosok tu penting. Gosok tak betul dia tak lekat.
8. Selepas itu label yang basah-basah tak payah lap atau biar kering. Terus je tampal kat balang atau mana yang nak dilabelkan. Boleh adjust dulu kemudian biar label itu kering sendiri dan lekat sendiri. Ok siap!
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...