Bagi peminat sambal yang rasa tak lengkap makan kalau tiada menu ini elok sangat buat stok sambal cili kering garing ini.
Dikongsi oleh Jona MJ sambal yang juga resepi keluarganya ini turut digelar ‘sambal kurang ajar’ kerana jika menu ini muncul katanya pasti akan makan nasi bertambah dan bagi yang berdiet mesti akan terbabas.
Menjadi kesukaan keluarga, beliau turut berkongsi cara membuat sambal sedap ini. Caranya mudah, cuma goreng empat bahan dan kisar dengan chopper. Tak perlu tumis lama-lama.
Cara buat sambal ‘kurang ajar’
1. Cili kering digunting untuk dibuang biji. Kemudian goreng garing tapi jangan sampai hangus.
2. Bawang merah, segenggam, jangan kedekut. Potong empat saja dan goreng hingga layu.
Ads
3. Bawang putih juga sama, potong dan goreng hingga layu.
4. Ikan bilis digoreng garing.
5. Semua bahan di atas digoreng berasingan menggunakan minyak yang sama. Nak mudah goreng ikan bilis > bawang merah & bawang putih > cili kering
6. Dah goreng semuanya, masukkan dalam chopper secara berasingan. Guna chopper kerana hasil yang kasar.
Ads
7. Kisar semua secara berasingan. Waktu kisar cili kering masukkan gula & garam sekali. Waktu kisar ikan bilis, bawang merah & bawang putih masukkan minyak masak anggaran dalam 3/4 cawan.
8. Selepas semua dikisar kasar, campurkan semua bahan. Tak perlu masak atas dapur semula.
Ads
INFO
Jika tiada chopper boleh tumbuk guna lesung batu, ini memang resipi asal tapi jangan guna blender.
Simpan dalam bekas kedap udara, tak perlu masuk dalam peti sejuk. Sambal ini tahan sampai sebulan.
Boleh makan dengan nasi bersama telur mata. Cicah dengan cekodok pun sedap.
Pertambahan kes Covic-19 di Malaysia memang merisaukan. Disebabkan itu ramai yang peka dengan langkah pencegahan hingga menyebabkan topeng, cecair pembersih tangan habis laku keras di pasaran.
Selain dua perkara ini satu lagi, langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan terutama di rumah dan di tempat kerja adalah dengan mengamalkan semburan antibakteria.
Semburan antibakteria atau disinfectant ini memang ada dijual namun jika sukar diperoleh kita boleh saja membuatnya sendiri di rumah. Paling penting, semburan ini dari bahan semula jadi.
Semburan ini juga langkah pencegahan kerana diketahui virus dan kuman ini boleh disebarkan melalui sentuhan. Oleh itu permukaan atau barang di rumah atau di pejabat yang selalu disentuh ramai bolehlah disembur dengan semburan ini.
Bahan yang diperlukan:
3 cawan air
1/2 cawan cuka makan
15 titis minyak essensial
Botol spray
Cara membuat:
1. Campurkan air dan cuka dalam botol semburan. Cuka adalah bahan antibakteria dan anti kulat semula jadi. Ia boleh membersihkan peralatan di rumah mahu pun dinding secara alami.
2. Campurkan 15 titis minyak esensial lavendar atau pun tea tree. Boleh juga menggunakan lemon untuk bau yang lebih segar.
3. Goncang dan masukkan dalam botol semburan. Sedia digunakankan.
Cara menggunakan
Cuma semburkan pada peralatan rumah yang ingin dibersihkan dan biarkan. Tak perlu dilap.
Kuih bakar ramai yang suka makan tapi ada juga yang teringin nak makan cuba tak berapa suka jika ada telur ataupun ada masalah alah dengan telur.
Supaya tetap dapat merasa kuih ini, apa kata buat saja sendiri kuih bakar tanpa telur. Walaupun tanpa satu bahan ini rasa dan tekstur kuih bakar tetap enak. Terutama sekali bahagian keraknya. Lagi tebal kerak lagi sedap.
Bagi nak cuba membuat kuih bakar tanpa telur ini boleh gunakan resipi yang dikongsi oleh Nuraishah Binti Ibrahim. Kata sekian lama mencuba membuah kuih bakar tanpa telur, namun resipi ini paling sedap dan menjadi katanya.
Cara buat kuih bakar tanpa telur
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 suku cawan gula
2 cawan santan
3 1/2 cawan air daun pandan
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dalam penisah dan kisar.
2. Sapukan loyang dengan marjerin tebal-tebal kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
3. Masukkan dalam oven yang dipanaskan dulu pada suhu 170 darjah selsius, kemudian bakar 40 minit atau sehingga berpuas hati dengan keraknya.
4. Tunggu kuih sejuk dulu kemudian baru keluarkan dari loyang.
Blender atau pengisar di dapur biasanya akan ada kesan kuning hasil dari mengisar kunyit dan juga cili. Malah kesan kuning ini dah sebati walau dibasuh dengan sabun pencuci tetap tak hilang.
Sebenarnya bukan tak boleh hilang, cuma cara yang digunakan kenalah betul. Jika kena caranya memang sekejap saja hilang kesan kuning ini seperti cara yang dikongsi oleh Norbaya Dahalan. Caranya memang mudah sangat;
1. Sediakan;
-Baking soda
-Cuka makan
-Cecair pencuci pinggan
2. Masukkan semua bahan di atas bersama air dan kisar lebih kurang 1-2 minit.
3. Buang air kisar tadi dan bilas. Waktu ini boleh nampak blender kembali bersih, tiada lagi kesan kunyit.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...