Disebabkan banyak kegunaan untuk masakan, ramai yang menanam pokok kunyit. Tapi masalah yang sering dirungutkan bila tanam pokok kunyit adalah daunnya akan kuning, kering, layu dan mati.
Jika ada yang berdepan masalah yang sama boleh atasinya mengikut tip yang dikongsi oleh Azizi Manap. Beliau menanam puluhan pokok kunyit di kediamannya dan hampir kesemuanya subur dan lebar daunnya. Tip berikut diberikan berdasarkan pengalamannya.
Tip supaya daun pokok kunyit lebar
Saya ingin kongsi cara saya tanam kunyit sebab ada ramai yang mengadu pokok kunyit yang ditanam kering, layu dan mati. Saya juga baru saja belajar menanam guna polibeg lebih kurang 4-5 bulan lepas.
Jangan letak bawah matahari teruk
Berdasarkan pengalaman, senang cerita kunyit suka tempat sejuk maksudnya redup. Jika diletak di bawah matahari terus tanpa hujan, kurang siram dan tanah kering daun kunyit akan kering. Jika terkena matahari pagi pokok kunyit masih boleh bertahan berbanding jika diletakkan di bawah cahaya matahari terik di mana hujung daunnya akan terbakar.
Ubah letak ke tempat teduh tanpa cahata matahari terik
Daripada sini saya pindahkan pokok kunyit dalam polibeg dan letak di tepi rumah, di tempat teduh. Tempat ini memang sejuk, berhampiran pokok dan hanya kena matahari pagi.
Ads
Bila ubah kedudukan saya lihat daun lebih lebar daun lebih hijau. Saya hanya guna baja urea dan letak sedikit nasi basi selain tanah digemburkan.
Boleh guna tanah ini
Tanah yang saya gunakan adalah = sekam bakar + sabut kelapa halus (cocopaet). Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar.
Ads
Alhamdulillah dari 3-4 pokok kini saya ada 37 pokok kunyit. Penggunaan cocopeat memang mudah, kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab. Apabila musim hujan tanaman tak terlalu terendam air. Ia juga tak mampat jadi akar senang bercambah dan pokok membesar dengan elok.
Korek pokok kunyit yang mati, layu
Lagi satu tip dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Korek isinya, jika masih cantik keras dan tak busuk biarkan saja supaya keluar tunak baru.
Ads
Jika ada pokok kunyit yang layu dan mati, potong semua daun dan batang, Insya-Allah akan tumbuh semula jika isinya tidak busuk. Jika ubi kunyit busuk elok dibuang saja, gemburkan tanah jika keras.
Semua tip ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, belajar dari kesilapan dan usaha sampai jadi.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Antara aiskrim yang ‘heaven’ rasanya dan mudah untuk kita beli adalah aiskrim Magnum. Mana-mana pun ada jual tapi nak membelinya tak bolehlah hari hari.
Sebab harganya pun boleh tahan. Kalau anak ramai memang tak dapatlah makan selalu. Tapi tak mengapa, kalau anak atau mak pun suka sangat makan aiskrim ini, boleh saja nak buat sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Masitah Awang Kechik. Buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Boleh makan banyak mana suka bila-bila masa!
Resipi aiskrim ala Magnum versi bunjut
Bahan-bahan:
200 ml whipping cream (guna brand jenama shani murah sekotak baru 4.90, cari kat kedai bakeri)
200ml susu full cream Dutch Lady
250ml susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan perisa/esen vanilla-ikut suka
Cara membuat:
Campur semua bahan ini dan putar dalam pengisar. Jangan guna blender cili, nanti pedas ice aiskrim. Masukkan dalam jag.
Bahan untuk coklat:
200 gm milk chocolate coin Beryls
150 gm Cadbury Milk Bar (yang kecik tu, beli kat petronas ja)
Korang mungkin ada banyak cincin tapi tahu tak saiz cincin sendiri. Ramai tak tahukan?
Kalau tak dapat pergi emas atau mahu membeli barang kemas secara online, saiz cincin ini penting untuk diketahui.
Macam mana nak tahu saiz cincin? Terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan ukur lilit jari dan kedua menggunakan cincin contoh.
1. Ukur jari
Bahan yang diperlukan :
Kertas
Gunting
Pembaris (ada ukuran milimiter)
Pen/pensel
Cara mengukur:
1. Potong kertas memanjang dengan lebar lebih kurang 1cm.
2. Lingkarkan pada jari anda. Pastikan tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Ia akan mempengaruhi saiz cincin anda nanti.
3. Tandakan dengan pen.
4. Ukur panjangnya dengan pembaris, kemudian samakan ukurannya pada jadual ukuran cincin menggunakan lilitan jari (circumference) seperti di bawah.
2. Gunakan cincin contoh
Bahan yang diperlukan:
Cincin anda
Pen
Pembaris
Cara mengukur :
1. Lukiskan bahagian dalam cincin dengan menggunakan pen di atas kertas.
2. Buat garis lurus mendatar pada bahagian tengah cincin. Kemudian ukur dengan pembaris garisan tersebut (diameter). Samakan ukuran tadi pada bahagian diameter dalam jadual di atas.
3. Yeay! Dah dapat saiz cincin korang.
TIP
1. Ukuran dalam milimeter (cmx10)
2. Pastikan jari kering semasa mengukur.
3. Sebaiknya ukur pada hari siang, kerana saiz jari mengembang.
4. Jika saiz cincin jatuh antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar.
5. Saiz cincin berbeza bagi jenis cincin. Kebiasaannya, cincin belah rotan lebih besar 1/2 atau 1 saiz dari cincin bercorak keliling halus.
Makanan dari negara jiran Thai memang dah sebati dengan selera kita, termasuklah hidangan pad kra pao daging ini. Pad kra pao daging ini bukan saja enak tapi wangi kerana menggunakan daun selasih.
Bagi yang mahu menyediakannya sendiri di rumah, boleh gunakan resipi yang dikongsi Nur Haziqah yang mana dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri.
Cara Buat Pad Kra Pao Daging Yang Sedap
Bahan-bahan
200gm daging cincang
Daun selasih secukupnya – cincang
1/2 biji bawang holland – hiris
3-4 ulas bawang putih – cincang
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Gula secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara membuat
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...