Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Share

Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.

Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.

Paling menarik mushroom seasoning ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.

Cara buat mushroom seasoning homemade

Bahan-bahan

100g cendawan kering/ dried shitake mushroom
50g garam
50g gula

Cara membuat:

1. Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.

2. Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.

3. Selepas sejuk masukkan dalam TM6 semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.

4. Boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Sumber: Nawal Yasmin Mat Noh

Kalau teringin nak Thermomix boleh survey sini ya https://invle.co/clequx6

Atau nak cari grinder/ pengisar kering boleh klik link ini https://invle.co/clequzy

IKLAN