Salah satu hidangan nasi dari negara jiran Thai yang kena dengan citarasa kita adalah nasi khoumok atau nasi komok.
Nasi Khoumok ini adalah variasi nasi ayam biryani Thai yang ayamnya diperap di atas nasi yang penuh rasa kemudian dihidang dengan potongan segar tomato, timun dan sos cili Thai. Ringkas tapi sedap.
Hidangan ini boleh dimakan waktu pagi membawa ke tengah hari. Cara membuatnya juga agak mudah dan dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
Bahan untuk nasi khoumok
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu pekat manis/ cair
Bahan hiris
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih
Cara memasak nasi
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
Ads
2. Masak air dalam rice cooker hingga mendidih. Sambil itu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah khoumok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati-hari mengacau supaya tak hancur.
4. Tuangkan beras dalam rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.
Ads
Bahan untuk ayam goreng berempah
1 ekor ayam dipotong 12
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Semua bahan kecuali ayam dikisar dan dilumur pada ayam.
2. Perap selama 30 minit atau sejam.
3. Goreng ayam dalam minyak banyak hingga masak.
Ads
Tip: Untuk dapatkan ayam yang cantik dan serdak yang tak hangus api perlu dijaga, jangan terlalu besar atau kecik apinya.
Bahan untuk sos cili Thai
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuat
1. Kisar semua bahan.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat. Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.
Dah pulas rapat tap tapi air paip tetap menitis. Ini antara masalah paip yang biasa dihadapi di rumah sama ada paip di dapur atau dalam bilik air. Rugi kalau dibiarkan mengalir begitu saja.
Sebaiknya kerosakan ini dibaiki segera. Sebenarnya tak perlu pun panggil plumber kerana ia boleh saja dibaiki sendiri. Panduannya ada dikongsi Yan Lan, memang mudah saja pun.
Cara baiki sendiri air paip yang menitis walau tap dah tutup rapat
1. Pertama sekali sebelum buka skru paip, tutup dulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper.
2. Selepas buka cap, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Phillip. Jika tiada screw driver bersesuaian boleh saja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya.
3. Brand yang mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.
4. Bila dah keluarkan valve, kita akan dilihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti atau cuci (boleh beli di hardware).
4. Selepas ganti, masuk ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal.
5. Selepas itu masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan. Kemudian pasang skru dan cap tadi.
Tengok jeruk pauh ini terus kecur air liur. Kalau di rumah ada pokok pauh atau mempelam ini elok juga belajar buat jeruk pauh ini. Boleh buat makan sendiri atau jual.
Biasanya bila nampak darah saja kita akan cepat panik. Apatah lagi jika anak yang mengalaminya dan ini termasuklah bila hidung anak berdarah.
Ada ibu bapa yang masih tak tahu apa yang perlu dilakukan jika berdepan situasi ini. Betulkah perlu dongak? Jangan panik, tenang dan lakukan langkah ini pada anak.
Langkah 1
Arahkan anak bertenang, duduk tegak dengan kepala ditundukkan sedikit, bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan. Jangan mendongak atau berbaring kerana boleh menyebabkan darah masuk ke belakang tekak.
Langkah 2
Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.
Langkah 3
Anda juga boleh letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.
Langkah 4
Arah meludah atau mengeluarkan darah dari mulut dengan perlahan (lembut). Lepaskan picitan selepas 10 minit dan lihat sama ada pendarahan sudah berhenti.
Kena dapat rawatan jika
• Anak anda sangat kerap mengalami masalah hidung berdarah. Keadaan ini tidak harus dipandang ringan kerana ia juga mungkin memberi petanda kepada penyakit lain.
• Anak anda mungkin memasukkan bendasing ke dalam hidung.
• Hidung anak anda amat mudah lebam.
• Pendarahan yang banyak daripada luka yang kecil atau pendarahan daripada bahagian lain, misalnya gusi.
Ibu bapa juga harus segera mendapatkan rawatan kecemasan jika pendarahan hidung
• Terlalu serius atau diiringi dengan anak berasa pening dan lemah.
• Pendarahan disebabkan terjatuh atau kecederaan kepala.
• Pendarahan masih tidak berhenti selepas dua percubaan memicit hidung selama 10 minit setiap kali.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...