Selain makan nasi ayam di restoren nasi ayam popular ini, menu sayur ini juga antara kegemaran ramai.
Pak Choy masak sos tiram, dengan sayur pak choy celur yang dituang sos memang sedap rasanya.
Kalau teringin nak makan di rumah, kita boleh buat sendiri. Lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Liza Idris. Menu ini memang sedap, sampai yang tak suka sayur pun boleh ratah. Cara masak pun mudah, tak sampai 10 minit siap.
Masak Pak Choy Ala The Chicken Rice Shop
Bahan-bahan:
2 pokok sayur Pak Choy.
3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji cili merah
Sedikit bawang goreng
Serbuk lada
Cara membuat:
Potong bawah batang Pak Choy. Basuh bersih.
2. Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas. Bila batang Pak Choy dah lembut sikit, celurkan sekejap semuanya dalam air panas.
Ads
3. Angkat dah toskan. Susun atas pinggan.
4. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.
5. Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata kemudian masuk 1 cawan air.
6. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati.
Ads
7. Dah likat, boleh tambah garam dan gula jika mahu.
8. Siap kuah. Tutup api.
Ads
9. Curah sos tadi atas pak choy yang dicelur tadi.
10. Boleh tabur cili, bawang goreng, atau tabur lada sulah.
Punyalah meriah kuah sos, dan bahan tabur. Ini yang buat orang tak makan sayur pun boleh ratah.
Kebelakangan ini memang ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam, bukan saja tanam sayur tapi juga pokok buah-buahan sekeliling rumah.
Bagi yang dalam kategori beginner ini sedikit sebanyak ilmu dan tip penanaman perlu kita tahu supaya anak pokok terus hidup selepas disemai.
Rugi pula kalau benih pokok yang kita beli mahal-mahal tiba-tiba mati selepas dialih ke tanah. Supaya itu tak berlaku boleh ikuti tip asas menanam pokok buah yang dikongsi Mohd Ikhwan Hussin berdasarkan pengalaman beliau.
Tip tanam pokok buah supaya hidup cantik
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
1. Lubang kena besar
Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan, kadang kala ada tanah yang keras. Walaupun saiz polibeg anak pokok itu kecil, pastikan lubangnya besar.
2. Masukkan tanah hitam
Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ini penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur.
3. Tutup pangkal pokok
Selepas anak pokok dah ditanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa bahan yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Ia penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
4. Kena siram sebaik lepas tanam
Selepas tanam pokok, kena siram dengan air secukupnya. Tanam pokok sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah pokok akan hidup dengan cantik.
Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Siapa saja yang tak suka makan ayam masak merah dan lauk ini ada macam-macam cara memasaknya.
Tapi yang dikongsi oleh Chef Papa atau Nazri Mat Zain lain dari yang lain katanya. Banyak kuah dan ada rasa rempah menjadikan ayam masak merah ini sedap sekali. Selalunya kalau makan memang tinggal tulang.
Ayam Masak Merah Sedap, Makan Sampai Tinggal Tulang
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong, digaul dengan garam dan kunyit
2 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawa tomato sup
1/2 tin susu cair
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang merah -dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...