Asyik buat roti bakar dengan kaya dan butter saja, apa kata tukar sikit cita rasa. Buat Portuguese toast macam yang selalu orang beli di bakeri terkenal Harolds Bread.

Rasanya memang lain dari roti bakar biasa, lemak manis dan creamy. Selain dari beli roti ini pun boleh kita buat sendiri. Boleh buat untuk hidangan pagi atau pun petang.
Caranya dikongsi oleh Ju Zue.

Buat sendiri Portuguese toast ala Harolds Bread

Buat Sendiri Portuguese Toast Ala Harolds Bread. Boleh ‘Adjust’ Cheese Lebih, Manis Ikut Suka

Menu breakfast, minum petang pun boleh. Selalu kalau nampak Harolds Bread suka singgah dan beli roti ini sebab sedap.

IKLAN

Kali ini kita buat sendiri, rasanya creamy dan yummy. Buat sendiri lagi sedap sebab boleh adjust rasa manis ikut cita rasa.

Bahan-bahan

  • 2 roti keping (Gardenia) putih atau roti benggali. Boleh potong ikut tebal kita nak. Cuma kalau roti Gardenia nipis sikit. Untuk yang ini saya guna roti benggali
  • Sediakan cheesedale 2 keping.
  • Susu segar (sukatan agak-agak saja, beli kotak kecil pun dah cukup)
  • Gula, guna gula perang. Letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar.
  • Sedikit butter – dalam satu sudu
    Nota: Sukatan bahan boleh ikut cita rasa sama ada nak manis atau keju lebih.

Buat Sendiri Portuguese Toast Ala Harolds Bread. Boleh ‘Adjust’ Cheese Lebih, Manis Ikut Suka

IKLAN

Cara membuat:

1. Masukkan butter, susu, kemudian cheese dan gula. Kacau kemudian masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat tapi jangan terlalu pekat.

IKLAN

2. Tutup api dan sapuan adunan atas roti tadi. Masuk dalam oven. Bakar sampai bahagian permukaan atas roti jadi keperangan. Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160.
Adjust ikut oven masing-masing.

Siap ! Selamat mencuba.

Sumber: Ju Zue

Selain itu:  6 Stail Gantung Gambar Boleh Dijadikan Panduan Agar Dinding Rumah Nampak Kemas & Cantik
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI