Buat Sendiri Yong Tau Fu, Lagi Jimat. Ini Cara Buat Kuah Yang Paling Mudah & Sedap

Share

 

Makan yong tau fu ini memang sedap, dapat pula kuah yang manis dan pedas-pedas. Tapi setiap kali beli mesti ramai yang akan terkejut bila diberitahu harganya terutama bila ambil banyak bahannya.

Lepas ni jangan merungut lagi tentang harga, kita buat sendiri. Cara buah sos/kuah yong tau fu oleh Addarosa Rose Garden

ini memang mudah.

Nak lagi senang kita beli saja bahan-bahan steam bot yang dah siap dalam paket. Tinggal celur saja.

Boleh klik SINI untuk beli set ini

Cara buat kuah yong tau fu homemade

Bahan-bahan:

2 senduk kicap manis
2 senduk sos cili
2 sudu cili mesin
2 senduk sos tiram
Belacan sikit
Air satu cawan atau lebih ikut pekat yang dikehendaki
Taucu masin – jika suka (boleh kisar dulu)
2 sudu tepung jagung (bancuh air dulu)
Gula kabung
Bijan sangai untuk ditabur

Cara membuat:

  1. Masak semua bahan di atas sampai pekat. Boleh letak garam sikit jika nak lebih masin. Dah siap kuahnya!

2. Panaskan air untuk celur bahan-bahan yong tau fu dan sayur. Jika nak lebih sedap letak serbuk Cukup Rasa dalam air celur. Dah celur, tos.

3. Tabur bijan dalam kuah dan hidang bersama bahan-bahan tadi.

4. Hidangkan.

Mudah sangat kan. Selamat mencuba!

Sumber: Addarosa Rose Garden

IKLAN