Cara buat sos bolognese frozen ini berbaloi dipraktikkan kalau ahli keluarga suka makan hidangan ini.

Senang bila nak makan, hatta tengah malam pun tiada masalah.  Ambil dan defrost saja. Nak lagi mudah boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.

Jika ikut cara yang dikongsi oleh beliau, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya lagi sedap dari sos segera.

Cara Buat Sos Bolognese Frozen Tahan 6 Bulan Boleh 5 Kali Makan

Cara Buat Sos Bolognese Frozen, Boleh Tahan 6 Bulan. Rasa Lagi Sedap Dari Sos Segera

Bahan-bahan

7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)

Cara Buat Sos Bolognese Frozen, Boleh Tahan 6 Bulan. Rasa Lagi Sedap Dari Sos Segera
Cara membuat

1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.

Ads

2. Masukkan tomato yg dikisar halus.

3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.

4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.

5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.

Ads

6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.

Cara Buat Sos Bolognese Frozen, Boleh Tahan 6 Bulan. Rasa Lagi Sedap Dari Sos Segera

Cara penggunaan sos

Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.

Ads

Tip buang kulit tomato

Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.

Selamat mencuba.

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sumber: Erni Abu Samah

Baca lagi: Idea Spageti Bolognese Dalam Cup Untuk Jamuan. Mudah, Boleh Terus Gaul & Makan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI