Cantiknya Daiyan Trisha…Diam-diam Bakal Nikah Ahad Ini

Share

 

 

Tak pernah mendengar pun gossip cinta tentang Daiyan Trisha, tapi tup-tup mengesahkan bakal bernikah 19 Ogos ini.

Heroin drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini semalam telah memuat naik foto dengan persalinan dengan layah perkahwinan selain menulis tarikh 19.8.2018.

Status tersebut membuatkan ramai peminat tertanya-tanya apatah lagi dia memuat naik beberapa lagi foto gambar perkahwinan.

 

 

Namun persoalan itu terjawab apabila penyampai Radio Era, Raden, menghubungi Daiyan dan empunya diri mengakui akan bernikah tarikh tersebut itu.

Bagaimanapun pelakon utama filem Busker itu enggan mengulas bakal suami .

“Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai lelaki pilihan hatinya itu kata Daiyan, bakal suaminya memiliki sifat ceria dan baik hati.

Itu antara faktor dia menerima lelaki terbabit dalam hidupnya.

 

Sumber: Harian Metro & daiyantrisha

 

 

IKLAN