Waktu sekolah dulu kehadiran lori Milo ni memanglah ditunggu-tunggu. Selain dapat minum free, air Milo yang dibancuh ini juga sedap sangat rasa.
Beza sungguh dengan Milo yang kita bancuh sendiri. Macam mana ya mereka buat Milo nih? Sebelum ada yang share caranya cuma sukatan yang dikongsi dalam jumlah satu tong. Kita bukan nak minum sampai banyak tu kan.
Tapi Zainun Mamat ada resipi bancuhan Milo ini dalam sukatan jag sesuai untuk satu famili. Resipi ini katnya diperoleh dari pekerja yang sedang membancuh air Milo. Ada beberapa tip yang diturunkan.
TIP PENTING!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air Milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya kenapa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat. Ini tip yang diberi
Ads
Katanya masa bancuh air perlu panas.
Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.
Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan
10 sudu besar serbuk Milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Cara membuat
Ads
1. Kacau rata semuanya dengan air panas. 2. Campurkan air sejuk. 3. Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
Rumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Kenapa petunia asyik layu, ini sebab yang perlu anda tahu
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.
Foto Nurseri Klang
1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Periksa pokok dan tukar medium / tanah jika perlu. Pokok bunga petunia yang ada di nurseri selalunya telah lama dan mempunyai akar yang penuh di dalam pasu.
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Tips penjagaan supaya petunia sentiasa berbunga
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Baru-baru viral masakan Thai omelette yang harganya RM13. Mesti ramai yang nak rasa kesedapan telur ini. Jadi jomlah kita buat, jimat sikit rasanya. Caranya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
Buat sendiri Thai omelette
Bahan-bahan
3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun Thai basil *
Daun bawang *
Cili padi hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (guna bawang ini)
Sos ikan brand Tiparos
Garam secukupnya
Serbuk perasa 2 jenis
Gula perang (jangan guna gula putih)
Cara membuat:
1. Hiris semua bahan bertanda, masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain.
2. Pukul hingga rata dan sebati. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap kali buat omelette. Dah siap tabur dengan taugeh.
Cara buat Prik Nam Pla
1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos Golden Mountain
4. Perah asam limau
5. Gula Thai/ gula somtam satu sudu.
6. Kacau semua bahan dalam mangkuk, siap! Hidang dengan Thai omelette tadi.
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada juga yang dah beli tapi tak masak atau tak digunakan dalam hidangan hingga lobak yang segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...