
Almari pakaian jenis slididing bila lama digunakan, biasanya akan mengalami masalah pada pintu.
Pintu akan terkeluar dari landasan bila ditolak. Jika berdepan masalah ini tak perlu upah orang untuk baiki atau beli almari baru. Kita boleh betulkan sendiri sebab apa yang diperlu cuma mengganti satu alat saja iaitu roller/roda.
Perkongsian Basyeer Hulala boleh dijadikan rujukan.
Untuk sesiapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh DIY tukar anti jump roller macam ni.
Roller V2 adalah yang asal, tiada besi memanjang terjuntai yang berfungsi sebagai anti jump. Fungsinya akan jadi macam spring, kita boleh tolak masuk roller ke dalam.
Roller ini boleh beli di Shopee. Klik SINI untuk beli roller.
Kalau sliding door memang macam dalam gambar pertama, cuma beli roller set saja, yang lain tak perlu. Untuk stopper nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail.
Semoga bermanfaat
Sumber: Basyeer Hulala
Punca Peti Sejuk Cepat Rosak, Jangan Buat 7 Perkara Ini Lagi

Isi Kandungan
TogglePunca peti sejuk cepat rosak boleh jadi kerana cara penggunaan kita sendiri. Baru dua tahun guna dah mula rosak. Ini yang buat kita geram, nak baiki memang makan modal.
Boleh habis beratus-ratus terutama kalau komponen penting yang rosak. Sebenarnya ada banyak punca peti ais rosak disebabkan cara kita sendiri menggunakannya. Boleh semak 7 punca ini, kalau selalu buat eloklah hentikan.
Punca peti sejuk cepat rosak
1. Letak Makanan Masih Panas Dalam Peti Sejuk
Kebiasaan ini menyebabkan kompresor bekerja lebih keras untuk menurunkan suhu, yang akhirnya boleh merosakkan komponen dalaman peti sejuk. Sebaiknya, biarkan makanan sejuk dahulu sebelum disimpan.
2. Terlalu Kerap Membuka Pintu Peti Sejuk
Membuka dan menutup pintu peti sejuk terlalu kerap menyebabkan suhu dalaman berubah-ubah. Ini memaksa peti sejuk bekerja lebih keras untuk menstabilkan suhu, sekali gus mempercepatkan kerosakan komponen.
3. Menyimpan Makanan Tanpa Penutup Rapat
Makanan yang tidak ditutup dengan baik akan mengeluarkan wap air, meningkatkan kelembapan di dalam peti sejuk. Ini boleh menyebabkan pembentukan ais berlebihan, mengganggu aliran udara dan mengurangkan kecekapan penyejukan.
4. Menyimpan Terlalu Banyak Makanan
Memenuhkan peti sejuk melebihi kapasiti boleh menghalang peredaran udara sejuk. Ini menyebabkan suhu tidak diedarkan dengan sekata, menjadikan sesetengah bahagian lebih sejuk berbanding yang lain.
5. Tidak Membersihkan Peti Sejuk Secara Berkala
Debu dan kotoran yang terkumpul di bahagian belakang atau sekitar sistem penyejukan boleh menyekat aliran udara. Ini menyebabkan peti sejuk bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu, sekali gus mempercepatkan kerosakan.
6. Meletakkan Barang Panas di Atas Peti Sejuk
Meletakkan barang panas seperti microwave, cerek dan sebagainya di atas peti sejuk boleh meningkatkan suhu sekelilingnya, memaksa peti sejuk bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang dalamannya.
7. Tidak Tetapkan Suhu dengan Betul
Menetapkan suhu terlalu rendah bukan sahaja membazir tenaga elektrik tetapi juga boleh menyebabkan makanan membeku secara tidak sepatutnya. Sebaliknya, suhu yang terlalu tinggi pula boleh menyebabkan makanan cepat rosak dan basi.Set suhu pada kadar yang sederhana adalah yang terbaik.
Sumber: Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Baca Lagi: Condenser Kotor & Berhabuk Punca Peti Sejuk Jadi Tak Sejuk. Kena Bersihkan, Ini Caranya
Kuali Hitam Berkerak Cuci Guna Satu Bahan Saja Dah Bersih

Isi Kandungan
ToggleKuali hitam berkerak ini memang selalu ada di dapur kita. Sungguh pun hitam dan buruk rupanya tapi kuali legend ini paling ‘sedap’ digunakan untuk memasak.
Sebab itulah ramai yang akan terus menggunakannya. Tapi bila dah kerak hitam banyak sakit boleh buat kita sakit mata juga. Lagi satu kalau tetamu nampak kita mungkin akan ‘dikata’.
Supaya kuali legend ini boleh terus digunakan, boleh gunakan cara ini untuk membersihkannya. Walaupun kerak hitam yang nampak tebal tapi petua ini dikatakan sangat berkesan.
Caranya hanya menggunakan satu bahan saja iaitu asam gelugor ataupun asam keping. Kesannya sampai belakang kuali yang hitam jadi putih flawless. Caranya boleh ikut perkongsian Hidayah Abdullah
Kuali hitam berkerak pun boleh bersih
Petua kuali legend bersih berkilat
1. Rebus 8 asam keping dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)
2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.
3. Masukkan kuali/periuk didalam air asam, rendam selama 10-15 minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan dulu kemudian cuci guna sabun dan berus dawai.
5. Sewaktu sental, kurangkan penggunaan air.
6. Bila sudah bersih, bilas. Memang puas hati tengok kuali legend bertukar rupa.
Selamat mencuba
Sumber: Hidayah Abdullah
Baca Lagi: Tip Bila Beli Kuali Baru, Kena Bakar Dulu! Barulah Goreng Apapun Tak Melekat
Sebelum Makan Limau Mandarin, Basuh Dulu Untuk Elak Bahaya Kesan Sulphur Dioxide

Isi Kandungan
ToggleBuah limau mandarin ini memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.
Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.
Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.
Ia bertujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Elak masalah batuk bila makan limau mandarin?
- Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
- Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
- Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.
Sumber: Rosli Abdul Jalil