Kita sangka selesema biasa, tapi selepas tiga empat hari disahkan kena influenza. Ada banyak kes begini berlaku memandangkan simptom demam selesema malah Covid-19 dengan influenza ini sama saja.
Memandang wabak influenza semakin menular maka ramai yang gusar terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Adalah penting untuk kita membezakan dua masalah kesihatan ini supaya rawatan boleh diambil secepat mungkin jika disahkan mengalami influenza.
Untuk pengetahuan semua demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan, adalah simptom demam selesema biasa. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya.
Ads
Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza. Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus.
Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.
Selesema
Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
Ads
Influenza
Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1. Bagaimana ingin membezakannya?
Cara untuk membezakan
Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan antara kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom yang dialami.
Ads
Namun, secara amnya simptom influenza lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Berbeza dengan selesema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur. Beberapa perbezaan lain pula adalah:
Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
Influenza menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom influenza.
Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam influenza.
Tanda bahaya
Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:
Sesak nafas.
Bibir dan kulit berwarna biru.
Ruam.
Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.
Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi
Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi. Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.
Ramai teruja mula bercucuk tanam tambah lagi bila tengok biji benih dah bercambah jadi anak pokok.
Tapi yang ‘spoil’ adalah bila dah alih dari tempat semaian anak pokok tak naik sebaliknya bantut.
Kalau jadi begini salah satu sebabnya mungkin kerana cara kita mengalih anak pokok dari tempat semaian tidak betul. Salah cara alih anak pokok akan stres dan bantut.
Berdasarkan pengalaman, D’Pro A’nas berkongsi tip mengalih anak pokok dari tempat semaian.
Tip alih anak pokok dari tempat semaian agar tidak stres dan bantut
Tip berikut adalah dari pengalaman bercucuk tanam. Caranya;
1. Pastikan media tempat baru untuk mengalih anak pokok telah digembur dan disuburkan terlebih dahulu.
2. Lembapkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan. Siram dengan air.
3. Bila dah ada empat daun, tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali. Pastikan tidak putus akar. Jika putus, anak pokok akan stres dan lambat membesar atau mati.
4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah disuburkan tadi. Timbus akar dan tekan perlahan-lahan media supaya mampat sedikit. Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah. Kalau ada ruang kosong, pokok akan stres, bantut dan akhirnya mati juga.
5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam. Tanam satu pokok satu terus siram, buat setiap satu anak pokok begini. Jangan tunggu selepas habis tanam ke semuanya baru siram.Tujuannya bagi menghidari pokok stres.
INFO PENTING
Waktu terbaik untuk mengalih anak pokok adalah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja.
Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari tanpa ikut masa di atas memang boleh tapi bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu atau mati.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...