Cara Masak Daging Goreng Kunyit Paling Simple. Buat Basah Sikit, Tak Letak Garam Pun Dah Sedap!

Share

 

Selain rendang, gulai, kari atau sup apa kata menu daging kita masak hidangan paling mudah tapi sedap.

Masak daging goreng kunyit! Menu ni makan dengan nasi putih dengan sambal pun dah cukup.  Caranya boleh ikut resipi Dani Shoppe’s.

Daging goreng kunyit, masak paling mudah

Bahan-bahan

Daging – hiris ikut suka
Kacang panjang- hiris
Bawang holland- hiris
Cili – hiris
Sos tiram & serbuk kunyit

Cara membuat:

1. Sediakan periuk atau kuali. Letak daging di dalamnya, hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.

2. Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau biar semua sebati & lembut serata.

3. Bila daging dah lembut, air dah hampir kering & tinggal sikit, akan terbit minyak dari lemak daging.Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang.


4. Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili. Saya tak letak garam sebab dah guna sos tiram. Tapi kalau perlu garam & gula sila tambah.

5. Dah siap!

Sumber: Dani Shoppe’s

Artikel berkait:

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Tetap Lembut Walau Sejuk

Cara Potong Daging Melintang Urat. Daging Tak Liat, Senang Kunyah

IKLAN