Selain rendang, gulai, kari atau sup apa kata menu daging kita masak hidangan paling mudah tapi sedap.
Masak daging goreng kunyit! Menu ni makan dengan nasi putih dengan sambal pun dah cukup. Caranya boleh ikut resipi Dani Shoppe’s.
Ads
Daging goreng kunyit, masak paling mudah
Bahan-bahan
Daging – hiris ikut suka
Kacang panjang- hiris
Bawang holland- hiris
Cili – hiris
Sos tiram & serbuk kunyit
Cara membuat:
1. Sediakan periuk atau kuali. Letak daging di dalamnya, hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
2. Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau biar semua sebati & lembut serata.
3. Bila daging dah lembut, air dah hampir kering & tinggal sikit, akan terbit minyak dari lemak daging.Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang.
4. Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili. Saya tak letak garam sebab dah guna sos tiram. Tapi kalau perlu garam & gula sila tambah.
Bersih ikan, ayam balik dari pasar biasanya kita akan terus masuk dalam singki. Kemudian barulah ‘disiang’, dicuci dan disimpan berasingan.
Tapi sebenarnya cara ini tak disarankan. Menurut Dr Mazliana Mazlan lauk mentah ini sepatutnya diletakkan dalam bekas ketika hendak dibersihkan dalam singki. Kenapa? Sebab singki walau nampak bersih tapi ia sebenarnya penuh dengan kuman. Malah lebih banyak dari tandas. Baca penjelasan beliau ya.
Ada doktor pakar mikrobiologist kata, singki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di singki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi singki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di sinki.
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz singki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada kat situ kan. Seram pulak.
Bakteria boleh datang dari;
Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam singki. Ramai suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam singki.
Jangan buat lagi dah lepas ni ok. Bakteria tu, tak tahu bila nak bagi kesan kat badan kita dan anak-anak kan.
Ikan ke, ketam ke, ayam ke, apa-apa lah bahan makanan mentah. Makanan yang belum dimasak itu sendiri pun dah ada bakteria, bila kita campur pulak dengan bakteria dalam singki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Ada hari, kita tak masak dengan betul pulak makanan tu, bakteria masih ada tak habis lagi riwayat dia. Anak makan makanan yang kita sendiri masak kat rumah, pun boleh dapat cirit birit dan muntah nanti.
Kalau yang dah tak buat macam ni, alhamdulillah. Kalau ada yang masih buat, hari ini jadi hari terakhir, insya-Allah. Kita cuba sama-sama ya.
Bagi yang punya laman luas selalu tumbuh pokok besar yang ada diantaranya tiada fungsi pun. Boleh jadi pokok buah yang tiada hasil atau pokok liar yang dibiarkan hingga tumbuh meninggi.
Pokok besar dan tinggi ini juga jika berhampiran dengan rumah boleh membahayakan kalau dahan patah atau tumbang. Nak upah pekerja untuk tebang pun boleh menelan kos yang tinggi. Boleh cecah RM1000 satu pokok.
Tapi bagi yang ingin jimatkan kos upah, ada kaedah yang boleh kita lakukan sendiri. Caranya dengan mematikan pokok tanpa perlu ditebang.
Kaedah untuk mematikan pokok besar ini dikongsi oleh Ejatt Jayymelalui akaun TikTok beliau. Pokok perlahan-lahan akan mati dan mereput sendiri.
1. Buat lubang pada batang pokok (atas sedikit dari pangkal) menggunakan cordless drill. Buat 3-4 lubang yang dalam.
2. Kemudian tuang atau masukkan racun untuk matikan pokok besar menggunakan syringe.Boleh guna racunTri-Ester 32, KenLon, CH Triclopyr. Racun ini boleh kita beli secara online di Shopee. Bagi pokok ini Ejatt menggunakan racun Pure glyhosate Isopropylamine.
3. Suntik racun ini pada setiap lubang yang dibuat kemudian tutup lubang dengan tanah liat.
4. Selepas seminggu boleh lihat daun pokok akan menguning dan luruh, dahan mereput dan mati.
5. Selepas tiga minggu kita akan lihat pokok akan ‘botak’ dan mula mereput.
Cara ini sesuai dilakukan pada pokok yang berhampiran dengan rumah supaya tak tumbang dan merosakkan kediaman.
Cuaca panas sekarang ini kita memang mencari cara untuk sejukkan ruang. Salah satunya dah tentu pendingin hawa atau aircond. Tapi nak beli alat ini perlukan modal yang banyak selain itu bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.