Cara buat kari ayam ini lebih kurang macam kari di restoren nasi kandar. Tak gunakan santan tapi pekat dan pedas. Kari macam beginilah yang kena dengan citarasa. Tak perlu makan dengan sambal.
Selain sedap makan dengan nasi boleh juga cicah dengan lempeng, roti atau pulut kuning. Semuanya sedaplah…
Ayam -dipotong
Daun kari
Rempah 3 sekawan -kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas
Serbuk cili (mengikut citarasa)
4 sudu kecil gula merah
½ sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
2/3 biji kentang -dipotong
1-2 biji cili besar -jika suka
1 biji tomato -jika suka
1½ biji bawang besar
1 ½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
12 tangkai cili kering -dibuang biji
1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 3 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili serta sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.
5. Seterusnya masukkan gula merah, diikuti kentang. Masak hingga kentang empuk.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Ketika ini boleh masukkan cili besar dan tomato jika suka. Masak hingga gulai pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
TIP : Pastikan kari ini tak menggunakan banyak air supaya kuahnya pekat. Barulah rasanya sedap.
Sumber: Nurrsyazwani Mahmud
Baca Lagi: Kari Daging Sedap, Kena Perap Dulu. Lagi Lama Lagi Sedap