Kuih ropa ini kulitnya seakan ketayap tapi intinya pelbagai. Mungkin tak berapa dikenali oleh orang luar tapi bagi anak Terengganu kuih ini cukup popular.

Kuih ropa intinya boleh jadi ikan dan kentang bersama daging yang dimasak ikut cita rasa sama ada kari, lada hitam dan sebagainya. Tapi paling sedap inti ikan.

Cara membuatnya ditunjukkan oleh saudara Muliadi Ramli. Bagi yang nak mencari kelainan kuih untuk berbuka bolehlah buat kuih ropa ini.

Cara buat kuih ropa inti ikan

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Bahan untuk inti ikan

5 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping dan garam, ambil isi dan ditumbuk lumat)
5 biji bawang merah (dimayang nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 sb halba
1 kotak kecil santan
Gula, garam & perasa secukupnya

Cara membuat:

Satukan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga kering atau lembap, ikut cita rasa. Ketepikan.

IKLAN

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Bahan untuk kulit ropa

300g tepung gandum
2 biji telur
2 sb minyak masak
600 ml air
1 sk garam
2 sb tepung jagung
1/2 sk pewarna kuning

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kacau rata. Kemudian kisar semua bahan.

2. Kemudian gunakan pan atau kuali tak melekat, ambil satu senduk tuang dan ratakan atas kuali. Macam buat kulit ketayap.

IKLAN

 

3. Dah masak angkat. Ulang sampai habis adunan.

4. Ambil kulit yang siap dan isikan inti ikan di tengah. Lipat jadi empat segi memanjang seperti kuih popia.

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

IKLAN

5. Kemudian goreng kuih ropa ini menggunakan sedikit minyak. Angkat dan tos, sedia dihidangkan.

Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Tradisi Dari Terengganu. Inti Ikan Paling Sedap

Selamat mencuba.

Sumber: Muliadi Ramli

 

Selain itu:  Resepi Buat Sos Bawang Putih Yang Sama Sedap Macam Kedai Pak Arab
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI