Tengah duduk berehat tiba-tiba ada kenalan atau saudara kata nak datang singgah.Lebih kurang sejam sampai.

Apa nak hidang dalam masa sejam. Ha boleh buat mee kari perkongsian Khairul Abdullah ini. Katanya dalam masa sejam boleh siap dan yang pasti sedap dimakan.

Cara buat mee kari sejam siap!

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

Bahan-bahan
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gram kerang siap kupas (frozen pun boleh)
1 ketul isi ayam
8 ekor udang saiz sederhana
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh (jika suka)
1 ikat sawi
1 pek fishball
1 pek fishcake
1 pek tofu goreng
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari – lebih pun boleh
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa.
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

Cara membuat:

Ads

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dalam 5 sudu dalam periuk besar dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.

2. Campurkan rempah kari ikan dan daging dalam bekas tambah air dan jadikan pes pastu masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

3. Dah mendidih masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kau kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan biar didih.

Ads

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

4. Bila mendidih masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki. Kemudian boleh rasa dan adjust masin masam kuah. Siap kuah

Selain itu:  Dituduh mencuri, buat Datuk Alha Alfa tekad berubah

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

Ads

6. Celurlah mee, sawi dan taugeh dan masukkan dalam mangkuk. Ceduklah kuah dan letak potongan limau, telur rebus, cili merah potong atau paling best kalau ada sambal tumis.

Cara Buat Mee Kari Simple, Sedap, Sejam Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Khairul Abdullah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI