Selalu nak buat sandwic telur untuk makan waktu pagi, kita kena rebus dan kupas telur. Kemudian hancurkan pulak. Ambil masa juga untuk membuatnya.
Tapi sebenarnya ada cara pantas nak buat sandwic telur ini. Tak payah rebus pun. Masak dalam microwave saja. Setakat nak makan 2 orang memang guna cara ni lagi senang. Dikongsi oleh Kamarul Nor Sadan ini caranya.
Cara Buat Sandwic Telur Ekspres
Ada orang yang minta saya cadangan macam mana nak buat sandwic telur yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan. Baiklah! Sandwic ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak).
Bahan-bahan
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
(Bahan ini untuk hidangan 1-2 orang makan)
Cara membuat
1. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.
Ads
2. Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.
4. Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin, mayones? Silakan. Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat.
Ads
5. Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.
6. Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.
Ads
7. Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan. Haha!
Kalau tengok hasil sawi yang ditanam oleh saudara Azuan Abdullah ini memang subur dan besar-besar saiznya. Daunnya juga elok, tak banyak berlubang dimakan serangga.
Ramai yang bertanya dan beliau sudi berkongsi cara yang dipraktikkan untuk dapat hasil sawi sebegini. Menariknya cara yang dipraktikkan bebas dari penggunaan racun kimia.
Rahsia tanam sawi jadi cantik tak dimakan serangga
Ada sahabat tanya, apa rahsia sawi jadi cantik dan tak dimakan serangga?
Sebenarnya tiada rahsia pun. Lebih kurang sama je macam sahabat lain yang buat.
Mungkin praktis tu ada berbeza sikit.
1. Dua tiga hari sebelum tanam, taburkan baja kompos di dalam petak tanaman. Nisbahnya 100-300 gram untuk keluasan satu kaki persegi (cara buat kompos sendiri boleh lihat disini https://osini.co/33resepibajaorganik). Gemburkan supaya baja kompos bergaul sebati dengan tanah.
2. Siram guna teknik banjir. Tarik hos paip dan buka air hingga petak tanaman dipenuhi air. Seolah-olah macam banjir.
3. Esoknya, spray dengan apa-apa mikrob yang ada. Jika tak ada, memadai siram dengan air peramam beras.
5. Tanam anak benih yang telah disemai. Usia 2 minggu selepas semai. Eloknya tanam waktu petang.
6. Tabur baja kompos diantara pokok. Lebih kurang 1 genggam orang dewasa untuk 1 point.
7. Esoknya baru siram teknik banjir. Siraman ini akan diulang bila tanah dah nampak kering. Pengalaman saya, paling kerap 2 kali seminggu dan paling lama 2 minggu sekali.
8. Tiga hari lepas tanam terus spray dengan foliar dan kawalan organik. Biasanya saya guna kombinasi 3 beradik ni.
-Mol Ikan : 5 ml / 1 liter air
-Mol batang pisang : 3 ml / liter air
-Pati bawang putih & cili api : 3-5 biji cili api + 1 ulas bawang putih / 1 liter air.
Ketiga-tiga bahan ini boleh dicampur sekali. Spray seminggu sekali. Eloknya spray waktu pagi.Selang masa antara 1 minggu untuk semburan seterusnya, boleh la spray pati bawang putih + cili api sahaja. Elok spray waktu petang. Jika tak sempat, malam pun boleh. Macam AA buat semalam.
Sahabat, berkebun ni tak ada la susah mana pun bila kena cara. Yang penting kita tahu apa nak buat dan mesti ada displin. InsyaAllah hasilnya akan cun melecun nanti.
Kalau kita buat air sirap, biasanya cuma letak sirap merah, gula dan daun pandan. Itu pun dah rasa sedap.
Tapi orang dulu buat air sirap memang lain macam, siap ada rempah lagi. Siapa yang pernah rasa air sirap atau sirap serbat ini memang takkan lupa. Air sirapnya terpaling sedap dan lain dari yang lain. Boleh buat stok, senang nak minum bila-bila.
Buat air sirap cara orang dulu-dulu
Siapa pernah minum sirap serbat, sirap orang dulu dulu? Mesti tau kesedapannya. Ini resipi sirapnya.
Bahan-bahan
1L air
1kg gula
1 sudu buah pelaga
1 sudu jintan manis
Daun pandan
3 sudu sirap merah
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan, masak sampai gula hancur dan mendidih.
2. Biarkan renih selama 2-3 minit kemudian tutup api.
3. Sejukkan dan tapis dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.
4. Bila nak guna ambil sejumlah sirap serbat yang sesuai tambah air dan ais batu. Siap!
Tidak dinafikan dengan adanya mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi sangat mudah dan pantas.
Walaupun ada perkhidmatan mesin cucian kering, tetapi setiap rumah pasti mempunyai mesin berteknologi ini yang akan memudahkan kerja mencuci baju.
Namun begitu apabila selalu digunakan, mesih basuh akan menjadi kotor dan banyak kotoran pejal melekat tanpa kita sedari.
Sebagai isteri tidak salah untuk kita mencuci mesin basuh kerana ia sangat mudah dan tidak memakan masa lama.
Perkongsian Puan Ana Mariana di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu menunjukkan langkah demi langkah cara membersihkan mesin basuh automatik.
Cara yang dikongsi ini boleh membersihkan kotoran pada mesin basuh serta baju yang dibasuh masih kotor dan melekat sabun.
Ayuh, ikuti perkongsiannya…
“Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak besrihkan mesin basuh..nak suruh suami buat, dia tak ada di rumah. jadi kita buat sendirilah..
“Senang je rupanya…lama dah guna mesih basuh ni, patut pun cuci baju tak berapa nak bersih, sabun pulak melekat pada baju lagi..tengok betapa kotor di dalamnya..lepas buka mesin, cuci semua kotoran di dalamnya dan hasilnya akan rasa macam mesin baru…
Rujuk Setiap Gambar Langkah Demi Langkah:
1. Mesin basuh sebelum dibuka.
2. Buka 4 skru dan di bahagian tudung pun sudah kelihatan kotoran di atasnya.
3. Buka klip di tepi.
4. Cabut di tengah-tengah klip.
5. Buka skru di bahagian dalam.
6. Cabut pula plastik yang berwarna biru ini. Nampak kekotorannya.
7. Cabut 4 butir skru ni pulak. Biasa kalau nak cabut kena pakai kasih sayang sebab takut patah. Selalunya skru ini karat sebab asyik kena air.
8. Kemudian baru boleh bawak keluar benda alah ini. Tengok betapa kotornya bahagian dalam. Bertahun daki-daki berhimpun dalam ini. Macam mana baju kita basuh nak bersih.
9. Ni pula bahagian bawah…
10. Bersihkan juga bahagian ini.
11. Bersihkan pakai berus. Guna air sabun untuk cuci..
12. Ini bahagian yang sudah dibersihkan.
13. Ini baru kilat.
14. Dah bersih pasang semula.
15. Siap sudah, orang perempuan pun boleh buat.
P/S: Walau bagaimanapun cara bersihkan untuk model mesin basuh berkenaan.
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.