Biasa bila beli ikan siakap, kita buat masak tiga rasa tapi apa kata buat menu lain pula. Kita buat siakap goreng pedas manis macam ni. Tengok pun dah tahu sedap kan, lagi menarik bahan nak membuatnya pun tak banyak.
Kalau makan di restoren harga lauk berasas siakap begini agak mahal, tapi kalau buat sendiri memang jimat. Caranya dikongsi oleh Wan LuQman.
Cara Buat Siakap Goreng Pedas Manis
Bahan-bahan
1 ekor siakap saiz kecil / sederhana
2sb cili dan bawang kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang holland
Tepung jagung
Sos tiram, sos nampla (sos ikan), cili sos
Garam
Cili padi, nenas
Air limau / air asam jawa
Gula
Daun sup
Cara membuat:
1. Siakap yang dah dibersihkan dilumur dengan garam dan tepung jagung seluruh bahagian.
2. Panas minyak dalam kuali, guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng. Bila dah garing, angkat dan tos.
Ads
3. Cincang bawang putih kemudian tumis sampai garing. Seterusnya masukkan cili dan bawang kisar, tumis lagi sampai garing.
4. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan air limau. Kacau sebati.
Ads
5. Bubuh gula dan renjis sedikit nampla. Kacau.
6. Masukan cili padi yang dihiris serta nenas yang dipotong bersama bawang.
Ads
7. Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau kemudian tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Sedia dihidang.
Ada masa kita tak tahu dah nak masak lauk apa kat rumah. Tapi masa yang sama kita tak mahu makan gulai atau sambal tumis.
Waktu macam ni elok buat lauk simple macam ni, sayur pedas timun. Bolehla guna sayur timun yang masih tersimpan dalam peti sejuk tu. Lauk ini juga selalu mak-mak kita buat.
Kalau teringin nak makan boleh ikut cara yang dikongsi oleh Tengku Azwa ini.
Masak sayur pedas ikut cara arwah mak
Kalau stok timun tak tahu nak masak apa, boleh buat sayur pedas ni. Simple je. Orang Terenganu panggil sayur pedas, jodohkan dengan sambal belacan. Saya masak ikut resipi arwah mak. Orang berpantang pun boleh makan. Masak dengan lobak putih
Bahan-bahan
1 batang timun
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2sb lada hitam
1 ekor isi ikan rebus
(Kalau tiada ikan rebus boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap guna ikan rebus)
Cara membuat:
1.Tumbuk semua bahan di atas kemudian masukkn dalam periuk semua sekali.
2.Masuk air secukupnya. Kalau nak tumis dulu bahan tumbuk pun boleh, tapi jangan tumis sekali ikan. Saya tak tumis terus je masukkan air.
3.Perasakan dengan garam, nak letak perasa pun boleh
4.Saya tak masukkan gula sebab timun dah rasa manis. Nak letak daun kesum pun boleh.
Info: Selain timun boleh juga ganti petola atau labu.
Cuci dapur terutamanya jenis kaca memang agak sukar untuk memastikan ia bersih. Selalunya tetap akan ada kesan minyak dan hitam walaupun guna sabun. Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan dapur tempat memasak ini bukan saja bersih tapi berkilat.
Menariknya tip yang dikongsi oleh Idel Hayarnulis ini tak gunakan air pun. Apa yang diperlukan hanyalah tepung gandum saja.
Cuma tabur tepung
Tabur tepung pada bahagian permukaan dapur kaca kemudian gosok dengan tangan. Tak perlu letak air.
Kemudian lap dengan kain bersih, terus nampak dapur bersih berkilat.
Waktu cuaca panas tengah hari dan petang kalau dapat teguk minuman sejuk yang kaw, memang nikmat rasanya.
Tapi tak perlulah sampai nak keluar tengah panas terik ni untuk beli. Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.
Nescafe Ais Kaw
Cara membuat:
Nescafe – 3 sudu kecil
Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.
Milo Ais Kaw
Cara membuat:
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.
Kopi Ais Kaw
Cara membuat:
Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
Rendam hingga nampak pekat
Kemudian tapis air kopi
Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
Boleh tambah susu cair kalau suka.
Teh Ais Kaw
Cara membuat:
Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna.
Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...