Cara buat soto sedap ini kena belajar terutama kalau berhajat nak menyediakan menu ini untuk tetamu yang datang beraya atau mengadakan rumah terbuka.
Resipi ini akan buat tetamu menghirup kuah terutama bila ditambah sambal kicapnya yang padu. Puas hati makan.
Cara buat soto sedap, kuah dan sambal kicap padu
Bahan kisar
1 inci halia
4 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
Bahan lain
Ayam secukupnya (potong besar, untuk dicarik nanti)
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
½ pek serbuk sup Adabi (peket kecil)
½ pek serbuk kurma Adabi
1 kiub ayam
Akar daun sup (dipotong dan dicuci bersih)
2 liter air (lebih kurang 1 jug besar)
Ads
Cara memasak kuah soto
Tumis bahan kisar, serai, dan akar daun sup hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto, kacau rata.
Masukkan ayam. Bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.
Tambah kiub ayam, perasakan dengan garam dan gula. Reneh hingga ayam masak.
Angkat ayam, toskan dan carik untuk hidangan.
Kuah soto siap.
INFO: Boleh juga guna rempah soto sebagai ganti serbuk sup/kurma. Tapi bahan lain jangan tinggal ya! Itu yang membuatkan kuah pekat dan wangi.
Cara buat begedil kentang
Bahan-bahan
5–6 biji ubi kentang (buang kulit, potong kecil, rebus dan lenyek)
Daun sup (hiris halus)
Bawang goreng secukupnya
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
Ads
Cara membuat
Gaul kentang lenyek bersama daun sup dan bawang goreng.
Bulatkan dan leperkan sedikit.
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah, pukul hingga sebati.
Panaskan minyak (cukup untuk tenggelam separuh begedil saja).
Celup begedil dalam telur, goreng sampai bahagian bawah garing, baru balikkan. Jangan cepat sangat, nanti pecah.
Resipi Sambal Kicap Padu
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih (dititik)
Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1–2 sudu besar gula
1–2 sudu besar sos cili
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar minyak gorengan bawang putih
Cara membuat
Goreng bawang putih yang dititik tadi hingga garing.
Masukkan cili padi dalam kuali yang sama, goreng sekejap bersama bawang putih tadi. Angkat dan asingkan—jangan buang minyaknya.
Tumbuk cili dan bawang goreng sampai lumat.Masukkan gula, sos cili dan kicap manis secukupnya.
Tambah 1 sudu minyak gorengan tadi ke dalam sambal. Gaul rata. Tak perlu tambah garam sebab sos cili dan kicap dah cukup masin.
Nota: Sambal ini bukan saja sedap untuk soto, tapi juga sedap dicicah dengan mi sup, gorengan seperti pisang, ubi atau sukun. Pendek kata, ikut suka tekak masing-masing.
Cara penyediaan soto
Ads
Hidangkan kuah suo, begedil dan sambal kicap dengan nasi impit, ayam yang dicarik, suhun goreng, kacang goreng, taugeh, daun sup, serta bawang goreng.
INFO: Sukatan bahan ini adalah untuk enam orang makan, boleh gandakan jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak.
Nampak ringkas tapi posisi yoga mengangkat kaki ke atas sebenarnya mempunyai banyak kebaikan tubuh badan. Kita cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.
1. Melancarkan sistem peredaran darah
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Kurangkan stres
Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
5. Kurang sakit bahagian belakang
Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.
6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang
Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.
TIP
Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ia boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.
Almari pakaian jenis slididing bila lama digunakan, biasanya akan mengalami masalah pada pintu.
Pintu akan terkeluar dari landasan bila ditolak. Jika berdepan masalah ini tak perlu upah orang untuk baiki atau beli almari baru. Kita boleh betulkan sendiri sebab apa yang diperlu cuma mengganti satu alat saja iaitu roller/roda.
Untuk sesiapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh DIY tukar anti jump roller macam ni.
Roller V2 adalah yang asal, tiada besi memanjang terjuntai yang berfungsi sebagai anti jump. Fungsinya akan jadi macam spring, kita boleh tolak masuk roller ke dalam.
Roller ini boleh beli di Shopee. Klik SINI untuk beli roller.
Kalau sliding door memang macam dalam gambar pertama, cuma beli roller set saja, yang lain tak perlu. Untuk stopper nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail.
Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.
Ini pokok cili bara yang usianya 4 bulan.
1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).