Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.
Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.
Buat sendiri serbuk kunyit tanam pokok kunyit di rumah. Tambah lagi jika ada banyak pokok kunyit yang ditanam. Serbuk kunyit homemade ini tentulah lebih asli, tanpa pengawet dan bahan tambahan lain.
Caranya boleh ikut seperti dikongsi oleh Sue Tiez yang turut menghasilkan sendiri serbuk kunyitnya.
Buat sendiri serbuk kunyit
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapatlah 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa banyak tu.
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal.
Langkah demi langkah
1. Cuci bersih kunyit, guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
2. Potong nipis-nipis dan jemur hingga kering. Saya ambil masa 2 hari untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Saya lebih suka cara semula jadi.
3. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisar kunyit tadi sampai halus.
4. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang beberapa kali proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Cara tanam sayur dalam petak
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Cara saya buat:
Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
Buat petak dari kayu terpakai saja.
Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.
Cara buat air semburan bunga cengkih
Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Biarkan air semalaman.
Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.
Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.
Lagi frust kalau ia kerana kita terlupa siram, atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Cepat cepat buat langkah seperti yang dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan .
Tip pulih pokok layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.
1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
3. Kemudian biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...