Jika kawasan rumah beberapa kali terlihat kelibat ular, tak mustahil ada lubang atau sarangnya di kawasan berhampiran.
Untuk itu disarankan kita mengenal pasti lubang ular ini jika ada di sekitar kediaman. Bagaimana cara mengetahui lubang sarang ular dalam tanah ini? Ia boleh dikenal pasti melalui lima ciri berikut;
1. Perhati saiz lubang
Kebanyakan ular akan membuat lubang dengan diameter 2.5 cm atau kurang. Haiwan ini boleh menggali sehingga 91 cm, tetapi biasanya panjang yang mereka perlukan adalah sekitar 15 25 cm sahaja.
Ads
Snake hole in field
2. Keadaan sekitar lubang ular
Walaupun ada lubang tapi tak semestinya ia adalah lubang ular. Sekiranya ada kesan cakar di dalam libang boleh jadi ia adalah lubang tikus. Selain itu, timbunan tanah dalam lubang tikus lebih besar dan lebih meluas. Sekiranya tiada tanda-tanda ini kemungkinan ia adalah lubang ular.
3. Ada sisa kotoran
Ciri lubang ular dalam tanah boleh juga dilihat daripada sisa-sisa yang ada di luar lubang. Ular memakan tulang, tikus, burung dan bulusnya sekali. Najis ular mempunyai jalur keras, berwarna coklat tua dengan dengan salutan serbuk putih.
4. Cuba masukkan kayu panjang
Untuk memastikan lubang tersebut adalah lubang ular boleh juga cuba memasukkan kayu panjang ke dalam lubang. Tapi risikonya, kita mungkin tidak tahu sama ada ular ada di dalam lubang atau tidak. Sekiranya ada jika mungkin membahayakan.
Ads
5. Ada sisa kulit ular
Cara terakhir adalah dengan melihat sekiranya ada sisa kulit ular di luar lubang. Ular akan mengalami proses penggantian kulit. Sekiranya ada, sah itu adalah lubang ular.
Ads
Sebaiknya panggil pihak yang mahir untuk mengendalikan haiwan berbisa bagi mengelakkan perkara tak diingini.
Ayam masak kicap bersantan atau ayam semur ini antara hidangan orang Jawa. Kuah kicapnya yang sedap pekat memang jadi sasaran yang akan licin dikaup.
Menurut Syalfarina yang berkongsi resepi, bila masak hidangan ini ia memang tak pernah tak habis. Biasanya siap saja masak, anak dah mintak untuk makan dengan nasi.
Kalau dah jemu dengan lauk kicap biasa, boleh cuba masak stail Jawa pula. Memang tak menyesal.
Cara Buat Ayam Masak Kicap Bersantan Ala Jawa
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam / 15 ketul drumnet– dilumur kunyit & garam
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji buah keras – ditumbuk bersama bawang
1 inci halia – dihiris atau diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
Air asam jawa (setengah sudu asam campur sedikit air)
Kicap manis (disyorkan guna cap Kipas Udang)
5 sudu bear santan
Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Goreng ayam separuh masak saja. Jangan sampai garing untuk kekalkan tekstur lembut.
2. Kisar bawang merah dan putih, tumbuk sekali dengan buah keras untuk rasa lemak padu.
3. minyak gorengan ayam yang sama, tumis bahan 4 sekawan, halia dan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
4. air asam jawa untuk bagi rasa masam-masam sikit dan jadikan kuah lebih berperisa.
5. Masukkan ayam, kacau dan biar reneh perlahan supaya ayam serap semua rasa tumisan.
6. kicap manis secukupnya – warna dan rasa ikut citarasa, tapi jangan kedekut kalau nak nampak ‘glossy’.
7. Tambah santan dan biar kuah mendidih perlahan sehingga pekat dan likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat, kicap pun dah ada manis dan masin.
TIP
– Buah keras penting dalam resipi untuk rasa berlemak pekat yang unik. Kalau tiada, boleh ganti dengan sedikit badam kisar atau susu cair, tapi rasa takkan sama.
– Untuk aroma lebih wangi, boleh tambah sedikit daun limau purut di akhir masakan.
– Kalau nak kuah lebih, tambahkan sedikit air selepas masukkan santan — sesuai untuk yang suka cicah dengan roti atau ban.
– Rasa akan lebih mantap bila dipanaskan semula keesokan harinya – kuah jadi lebih pekat dan berempah.
Baru-baru ini dilaporkan di akhbar dan media sosial rumah seorang pempengaruh di media sosial terbakar akibat powerbank meletup secara tiba-tiba.
Kejadian powerbank meletup ini sudah beberapa kali berlaku dan pernah juga ada kes alat pengecas mudah alih ini meletup dalam seluar.
Memandang powerbank ini selalu kita gunakan dan sentiasa kita bawa adalah perlu kita mengetahui cara selamat untuk menyimpan dan mengecas alat ini. Info ini dikongsi oleh @zalyazahari dalam akaun beliau di laman X.
Cara simpan dan cas powerbank
Sebenarnya powerbank ada cara penjagaan dan jangka hayat. Bukan sekali beli tahan seumur hidup ya.
Jangka hayat powerbank
Hanya boleh digunakan 2- 3 tahun bergantung epada kekerapan penggunaan. Kalau hari-hari guna, 2 tahun dah boleh tukar sebagai langkah keselamatan. .
Tempat dilarang letak atau simpan powerbank
– Dalam kereta
– Atas tilam
– Atas/dalam benda mudah terbakar
– Atas peti ais
– Atas radio dan peralatan elektrik yang lain
Cas powerbank atas lantai bukan tilam!
Waktu mengecas powerbank sebaiknya letak alat ini atas LANTAI supaya lantai boleh menyerab haba powerbank dan kekalkan suhu supaya tidak terlalu panas.
Jangan letak powerbank, phone dan laptop di atas tilam, toto, karpet alat ini akan panas dan boleh berisiko meletup semasa di cas.
Tumpangkan rakan, saudara menaiki tanpa sedar rupanya yang dibawa itu adalah pembawa virus atau pesakit covid-19. Apatah lagi sekarang pesakit covid-19 ada yang tanpa simptom. Memang bahaya!
Lebih terdedah dengan risiko ini adalah pemandu e-hailing. Jadi bagaimana untuk mengurangkan risiko ini terkena jangkita bila berkongsi kereta? Panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipetik daripada Medical Mythbusters Malaysia ini perlu kita praktikkan.
Bagaimana kurang risiko Covid-19 bila berkongsi kereta
Anda mempunyai risiko untuk mendapat Covid-19 di dalam kereta jika ada penumpang lain yang membawa virus. Virus boleh hadir di dalam droplet yang keluar dari pernafasan, pertuturan, batuk dan bersin dari seseorang yang dijangkiti.
Droplet yang besar akan jatuh ke permukaan, tetapi droplet yang kecil dan aerosol akan berterbangan di udara sehingga 1 jam. Berikut adalah beberapa petua bagaimana anda boleh mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta (hasil kajian penyelidik di Universiti Swansea).
1. Pakai topeng muka belum tentu selamat
Memakai topeng muka tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti tetapi sangat bermanfaat. Pembawa virus yang memakai topeng muka dapat mengurangkan penyebaran partikel virus sebanyak 90% dan jika anda juga memakai mask, maka tentu kadar jangkitan dapat dikurangkan dengan banyak.
Memakai faceshield ataupun pelitup muka (face cover) dapat menurunkan lagi kadar penyebaran partikel virus dan jangkitan. Jadi anda ada hak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka.
2. Jarakkan kedudukan anda dengan penumpang lain.
Duduk pada kedudukan sejauh yg mungkin dari penumpang lain. Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.
3. Cuci tangan
Cuci tangan anda sebelum dan selepas menumpang kereta dan jika itu adalah kereta anda, cuci permukaan dan bahagian-bahagian yang dipegang oleh penumpang termasuk handle dan tali pinggang keledar.
4. Buka tingkap kereta
Kajian menunjukkan membuka tingkap selama 10 saat sekali sekala dapat mengurangkan pengumpulan partikel virus sebanyak 97%. Apabila tingkap kereta dibuka, akan berlaku perbezaan tekanan di dalam dan luar kereta sehingga partikel di dalam kereta akan disedut keluar.
5. Jangan pandu perlahan
Memandu kereta secara perlahan memberi peluang yang lebih besar kepada partikel virus untuk berkumpul, jadi jika anda memandu kurang daripada 30 km/jam, adalah lebih baik membuka kesemua tingkap.
Pemanduan yang perlahan juga menyebabkan perbezaan tekanan luar dan dalam lebih kecil, jadi kesan sedutan lebih rendah. Tetapi perlu ingat bahawa membuka kesemua tingkap boleh pula membawa mudarat lain iaitu pencemaran luar yang masuk.
6. Kalau pandu laju
Jika anda memandu kenderaan lebih laju, tidak perlu membuka kesemua tingkap. Sudah memadai jika sekali sekala anda membuka dua tingkap yang bertentangan, contoh satu di depan kanan dan satu di belakang kiri. Ini dilakukan setiap 10-15 minit, selama 10 saat, ataupun semasa mana2 penumpang bersin dan batuk.
7. Duduk depan risiko jangkitan lebih rendah
Duduk di kerusi depan kereta mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah kerana arah pergerakan udara dari depan ke belakang akan mengumpulkan partikel di bahagian belakang kereta. Jika penumpang terpaksa duduk di belakang, pilih tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap yang dibuka.
8. Risiko minimum jika sudah vaksin
Di samping kaedah-kaedah di atas, jika anda atau/dan penumpang lain sudah mengambil vaksin Covid-19, risiko jangkitan tentu sangat minima.
9. Jangan tumpang orang tak dikenali
Tidak berkongsi kereta dengan orang yang anda tidak kenali lebih-lebih lagi jika anda berada di tempat yang virus ini sudah merebak di dalam komuniti. Jika anda terpaksa juga, sebaik2nya pakai topeng muka berlapis ataupun digabungkan denga faceshield. Berdoalah semoga tidak ada penumpang lain yang membawa virus.
10. Kalau car pool lakukan dengan orang yang sama
CDC juga mencadangkan jika anda perlu amalkan “car pooling’, lakukan bersama orang yang sama dan lebih digalakkan tidak memasang penghawa dingin sebaliknya menggunakan aliran angin sahaja ataupun tingkap sentiasa dibuka.